Monday, July 27, 2009

terkenang..

senjakala tiba lagi..
dh seminggu senja gua berada di sekolah, sementara menanti kelas malam kang pukul 8.
apapun, gua rasa seronok @ syur begini. bukan apa, boleh bawak bertenang, sambil menyelam jiwa. jauh gua mengembara bila ketika begini..
kadang2 bila mcm gini gua bernostalgia, biasa la, kan, terkenang.. tapi orang cakap barang yg lepas jangan di kenang. tapi mana boleh tak kenang. terutama perkara yg mengusik jiwa. kisah budak2, time sekolah, time angau, time keje tak tentu hala, buat perkara2 yg zahirnya memang tak berfaedah, dan mcm2 lg la..
*antara yg tak leh gua lupakan adalah persitiwa semasa gua upper five @ mengulang spm. time tu gua memang buas giler. Setakat sekolah tu biasa la kalau memonteng.. ada satu hari tu, cuti birthday agung. member gua izlan, baru form three masa tu, ajak gua dan kengkawan yg lain- net, lutfi, arif, muet, dan lg 2 orang gua dh lupa nama, pegi kota baru. dia suruh gua bawak kete org tua dia. kononnya bila sampai kb nanti pakcik si muet akan bagi rm400 untuk shopping di Golok. pastu dia siap cakap yg kitorg boleh hisap ganja sebanyak mana kitorg nak. peh! mana jiwa tak tergoda. jadi petang jumaat tu, gua bgtau orang tua gua nk pegi penang, konon2nya. gua pun pegi rumah izlan dan amik kete org tua dia. gua tanya la kt dia mana org tua, dia ckp diorg blk kg dan kete honda accord boleh di rewang tapi by sunday petang kena htr balik. gua pun bawak kete tu pg amik kaum yg lain. padahal masa tu mak bapak si izlan ni pegi keje je. sial betul la!
bila dh amik seme kaum, pkl 4 suku, kitorg pun cargas! dengan takde lesennya, dengan duit rm10 je gua bwk, pkl 9steng sampai kuantan. sepanjang jalan kitorg menyanyi, seronok sesangat.. berhenti kt teluk cempedak untuk dinner dan isi minyak. siap tulis nama atas pasir lg. tu la first time gua sampai kuantan.. masa tu duit kitorg dh tinggal rm30 je. tp apedehal, beb! nanti sampai kb kitorg kaya la.. : ) konon2nya..
lbh krg jam 10steng kitorg bergerak semula. gua pun suruh pasang lagu p.ramlee sebab dari ptg td asyik lagu org putih je.. tgk2 lagu p.ramlee takde. ada lagu alleycats je. ok la tu, gua ckp kt diorg.
dlm perjalanan kuantan ke kemaman, mmg gelap giler. dari jauh nampak cahaya lampu je yg dtg ke arah kitorg. dh dekat baru nampak: kete, van, lori, kete, kete, lori.. lbh krg sejam jalan, time tu lagu, "dikeheningan malam indah syahdu.." depan gua nampak cahaya. bila dh dekat, rupa2nya treler dh makan jalan gua, sial! gua apa lagi, terus balas stering dan kete pun jatuh ke tebing. kaum gua seme menjerit. gua pun balas balik stering naik balik atas jalan dan elok2 je miss bontot treler tu! bila terlepas nk langgar treler, kete masa tu nk langgar tiang letrik kt seberang jalan sebelah sana pulak. lagi sekali gua balas stering tapi kali ni tak dan nk lepas dan sisi kete sebelah kanan kt tayar belakang terus langgar tiang tu. dan tiang tu pun patah... tinggal tak tumbang je lagi sebabkan wayar letrik yg sangkut pada tiang tu. dalam masa yg sekelip je tu, gua nampak api keluar dari wayar letrik dan rmh2 kg kt tepi jalan seme padam lampunya.. orang kg masa tu tengah tgk cite potret maria. gua ingat lagi..
sebaik je langgar tiang tu, kete tu terus pegi ke seberang jalan sana balik, tapi kali ni sempat gua kontrol, dan akhirnya berhenti la kete tu.. seme ni berlaku dalam masa +- 5 saat je.. sebaik je kete berhenti, gua pun keluar kete dan gua mintak dlm hati biar la ini seme mimpi. tapi haram! ini realiti, beb! gua terajang tayar kete dan berkata, biar la ni mimpi, biar la ni mimpi.. gua tengok kaum gua seme ada lagi, dalam keadaan pucat lesi, dan terperanjat giler..
tak lama, org kg pun keluar, siap dengan parang dan torch light. bila diorg tengok kitorg, diorg seme terperanjat sebab budak2 je: gua form five, dua orang form four, lagi 4 orang form three. adoyai!

dh maghrib, da! lain kali gua sambung lg, k.

*peristiwa ini berlaku jun '83

2 comments:

binjidan said...

ini betul2 suspen gua ingat smua dah mampoosssss td..cisss lu bikin crita best bro..hahaha gua tgelak lg ni ..kahhhhhkakakakkkkhhhhh

ku2 said...

salam binjidan.
thanks for ur appreciation. layan la lg cite tu. ada bhgn 2,3 pulak..

 

Bali Accommodation