Saturday, May 12, 2018

PRU 14 - d aftermath

























   








PRU 14


Melihat kepada perbincangan kawan-kawan, saya tergerak nak menyatakan pandangan saya. Hanya pandangan peribadi. Bukan nak bertikai dgn sapa2 pun. Hanya nak mengulas peristiwa semasa . Tiada parti yang maksum, tidak pernah buat kesalahan. Begitu juga pemimpin dan ahli-ahlinya. Perlu bersifat terbuka kepada teguran dan nasihat. Perbezaan pendapat berlaku di mana-mana, tapi perlu kepada satu titik temu bagi membolehkan kita bergerak kearah kebaikan.


Melihat keadaan di Malaysia, kita perlu menerima hakikat bahawa ketika kita lahir di hospital, di kiri dan kanan katil kita turut ada bayi yang lahir dari pelbagai kaum seperti Cina dan India. Kena terima hakikat Negara kita, bermasyarakat majmuk. Pembangunan Negara tidak akan dicapai bila kita berbalah antara kaum. British tidak akan memberi kemerdekaan bila satu kaum bergerak mengikut prinsip parti masing-masing tanpa sedia bertoleransi untuk bekerjasama untuk memerintah Negara yang bakal merdeka. Kalau kita belajar dari sejarah, Pakatan Murni diwujudkan dan mesyuarat demi mesyuarat dibuat antara parti UMNO, MCA dan MIC bagi mencari titik temu yang boleh dibawa bersama tanpa mengenepikan kepentingan semua pihak sehingga lahirlah Parti Perikatan. Penyatuan itulah yang membawa kepada perundingan kemerdekaan kerana British mempercayai mereka sudah boleh bekerjasama bagi mentadbir Negara. British memberi tempoh 10 tahun jika tiada pergaduhan kaum , maka kemerdekaan akan dikekalkan. Nasib baik peristiwa 13 mei 1969 berlaku selepas 10 tahun merdeka.


Keadaan semasa di Malaysia, merujuk kerajaan pusat, perlu ada 1 pakatan yang bergabung dari pelbagai parti yang memegang kuasa . Sebuah kerajaan pusat yang dapat mengimbangi perbezaan pendapat pelbagai parti. Oleh kerana BN sudah tidak dapat dipercayai lagi kerana terlibat dengan masalah kleptokrasi, maka harapan terpaksa di bagi kepada barisan alternatif lain iaitu PH yang merupakan gabungan pelbagai parti .


PAS boleh bergerak terus dengan prinsipnya , cuma ia tidak mampu memerintah Kerajaan Pusat kerana tidak ada titik temu dengan orang cina DAP. Parti MCA dan MIC dalam BN tidak lagi boleh berfungsi mewakili kaumnya kerana mereka sudah tidak boleh dipercayai lagi oleh orang Cina dan India. Tinggallah BN didominasi oleh orang UMNO saja nanti. Gabungan BN dan PAS pun akhirnya akan didominasi oleh orang Melayu saja. Jadi bagaimana mahu mentadbir Kerajaan Pusat. DAP pula didominasi oleh orang Cina pun tidak boleh bersendirian tadbir kerajaan pusat kerana tidak mahu bekerjasama dengan BN dan PAS.

Dalam Pakatan Harapan , ia sedang digabungi oleh pelbagai parti DAP , PKR , BERSATU dan AMANAH. Mereka mempunyai pelbagai fahaman dan prinsip dalam parti. Jadi, bakal pemimpin Kerajaan Malaysia perlu ada seni ilmu mentadbir agar dapat membina jambatan yang murni agar pelbagai parti itu boleh duduk sebumbung. Tambahan pula, bila orang Cina adalah penguasa ekonomi dan orang Melayu hanya ada kuasa pentabiran. Kerajaan Malaysia yang baru perlu pandai mengurangkan suara tuntutan orang Cina DAP agar boleh diterima oleh orang Melayu dan Parti Amanah perlu bersifat lebih lembut dalam pendekatannya agar orang Cina DAP juga dapat menerima sentuhan Islam dalam pentadbiran. Kalau tidak, kita akan selamanya terpecah dua. Dalam PRU 14, dapat dilihat sinonimnya,sebelah pantai Timur Semenanjung dikuasai oleh Melayu PAS dan disebelah pantai barat dikuasai oleh orang Cina DAP. Siapa yang akan mentadbir Negara kalau dua-dua tidak boleh berkrompomi? Disinilah peranannya Pakatan Harapan bila BN tidak lagi boleh diharap.

Mahathir seorang yang bijak.Dia telah siapkan satu deklorasi yang mengandungi pelbagai elemen persetujuan bersama yang katanya ada berkait dengan agama, bahasa dan lain2 ( dia tak sebut secara spesifik) sebelum membentuk Kerajaan Baru PH. Deklorasi itu dibincangkan dan ditandatangani bersama oleh pemimpin PH itu beliau sendiri, Muhyiddin Yassin, Wan Azizah, Mat Sabu dan Lim Guan Eng. Ada 4 orang Melayu dan seorang Cina disitu.

Bagi saya, deklorasi itu penting dalam menentukan hala tuju PH yang baru . Mereka perlu bergerak atas persetujuan itu. Dah tentu deklarasi itu lebih memihak kepada Islam dan orang Melayu. Macam tindakan yang Nabi Muhammad SAW pernah buat perjanjian/ perlembagaan dulu sebelum tubuh kerajaan. Kita bersangka baiklah disitu dan kerajaan PH yang baru dapat memegang amanah, kepercayaan dan harapan rakyat Malaysia kepada mereka sehingga sanggup melakukan tsunami rakyat kali ini.

Ada kemungkinan juga UMNO akan diharamkan sekali lagi oleh Dr Mahathir kerana ia telah pun melanggar perlembagaan UMNO sendiri. Hanya ROS buat tak nampak dan tak nak bertindak atas perkara ini kerana pro BN. Jika UMNO haram, bagaimana dengan BN ? Adakah ianya haram juga? UMNO boleh ditubuhkan semula. Untuk mendaftarkan semula ahli, mungkin ambil masa dan akan ada ahli yang mengambil peluang untuk bertukar ke parti lain kerana telah kalah dalam PRU 14. Bilangannya akan jadi sikit. Apa pilihan yang kita ada? Kita perkemaskanlah PH, tegur mana-mana kesilapan yang ada, agar dapat memenuhi impian semua rakyat Malaysia. Bergerak sederap bersama membina inspirasi untuk memajukan Negara dan membangunkan Islam sekaligus. Orang melayu kena kuat dalam PH. Orang Melayu yang ada dalam parti Keadilan, AMANAH dan BERSATU kena main peranan. Makin ramai orang Melayu dalam parti ini, maka makin kuatlah ia. Jika PAS ada bersama alangkah baiknya, boleh berada dalam Kerajaan Pusat bersama mentadbir Negara terutama dalam bahagian yang memerlukan kefahaman Islam yang tinggi. Sekarang, peranan ini harap dapat dimainkan oleh parti AMANAH. Kini, PAS hanya dapat menguasai negeri sahaja dan kuasa negeri terhad dalam Senarai Negeri seperti yang terkandung dalam perlembagaan sahaja. Tidak boleh pergi jauh. Suara dalam Parlimen juga tidak banyak.

Walau apa sekali pun, kita mengharapkan Malaysia yang lebih adil dan memberi kesamarataan kepada rakyatnya agar masa depan generasi akan datang menjadi lebih terjamin dan bermakna.

Zunaini Dahlan 12 Mei 2018

bidadari datang bergelek


bagaimana nak pulang, sepatu dah hilang
bagaimana nak balik, mata tak bisa celik
bagaimana nak pulang, peta disambar helang
bagaimana nak balik, daun tak boleh belek
bagaimana nak pulang, perahu dah berlubang
bagaimana nak belek, yang biasa dah jadi pelik 

-wak jono-
april 6 2009

rindu

hu ya! ya hu!

heaven n hell



Hell is in the here and now. So is heaven. Quit worrying about hell or dreaming about heaven, as they are both present inside this very moment.
Every time we fall in love we ascend to heaven and every time we hate, envy, or fight someone, we stumble straight into the fire of hell.

Rule :25  the forty rules of love

Wednesday, May 9, 2018

D Day!

Image result for maruah

atau


Rasuah!

u decide...

Tuesday, May 1, 2018

1st of May

 

Bali Accommodation