Wednesday, June 27, 2018

a day ( n a nite) in singapore..



It was at 2 am Monday morning, (yes, two days ago) or should it be wee hour, when I, together with my wife and nia, left for senai johor to send abil for his practical session there. Of course la abil tagged along.. we needed to be there by 9 am. As the road was clear, I took almost six hours, plus resting n prayer at ayer keroh, to reach senai.

Once there, we had breakfast as everyone was starving. Then abil went to the nearby mosque to refresh n get himself ready. At quarter to nine, we sent abil to senai airport to report for his practical. After waiting for more than two hours, abil finished his briefing. Phew! Searched for his rumah bujang and had lunch together.

abil waiting to get into senai airport
Once we said our goodbyes n making sure he would be okay, the three of us left for Singapore. But we needed to find a mechanic first coz the bmw was having a problem with the front left tyre bearing. Luckily we found one , hj amat, near kempas al mizan mosque, a bmw specialist. Earlier we were contemplating where to park the car coz we wanted to get into Singapore via public transport. In the end He showed us the place which was at the workshop.. knnnnn hahahah Alhamdulillah

welcome to Bugis!!
It was already 4pm when we boarded the Singapore johore express from larkin to queen street. After the formality at the immigration counters of both Malaysia n singapore sides, we were on our way to queen street @ rochor bus station. I managed to catch a nap while in the bus. Ngantuk giler beb!!

mrt time!
nia's dinner
At 530pm, we were heading to our Victoria Hotel room in Bugis vicinity. It was a real bargain coz we managed to get a room with a king size bed together with a single bed. And the room was comfortable, spacious and airy, and we even had a window view of victoria street. We left our bags and headed to bras basah mrt station and went to garden by the bay for its live show at 745pm. It was a spectacular show and the view that evening surrounding the garden was so picturesque. By 830pm, we left for for dinner at zam zam restaurant, consisting of mutton beriani for me n my wife, n chicken chop for nia. We had our seat outside the restaurant and the view in front us was the splendid sultan mosque. The mosque had a character of its own that made it looked grand.

As we were tired n sleepy, we walked back to our hotel. Everyone took a shower and performed the prayer before falling asleep.

haji lane
d girls with d dervish
The next morning we planned to go to merlion and sentosa but the plan was cancelled due to the heavy rain. Since we had to abort the morning session plan, after the rain had slowed down to a drizzle, we went to kg glam which was famous for its assorted streets and lanes: arab street, haji lane, to name a few. The place was so colorful and clean and full of vibes that I wished I could stay longer. We went around and snapped photos of the rare and special artworks and stuffs all over the place. By two, after buying some merchandise as memorabilia, as well as having deer murtabak n mutton murtabak, washed down with a glass of the tarik for lunch, it was time to get back across the causeway.
haji lane - 2

nia n john lennon
we would remember these moments for a long time.  

Sunday, June 24, 2018

I wrote Your Name


I wrote Your Name
in the sky
in the sea
in the earth
in the sun
in anything
in everything
so I won't
forget
You

-nkc-

Sunday, June 10, 2018

Gurindam Puas Se


Dan telanjang itu kamu
Tiada rasa malu
Pada Tuhan yang Satu

Dan berpakaian tapi telanjang
Mau makan terajang
Tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia kasi lagi peluang

Dan sembang macam cilaka
Mulut penuh dengan puaka
Ada aje nk mengata
Macam dia je ahli syurga
Lain orang boleh mampus masuk neraka

Udah2 le wahai diri
Melayan sekadar pekerti
Dunia ni mana kekal abadi
Tilik le ke dalam hati
Kalau kau mengerti
Kerna jauh tersembunyi
Dia dok perhati

Tuhan sayang sangat kat kita
Hanya kita leka alpa
Perangai tah apa2saja
Tak mau ingat kat Dia
Dia aje teringat kat kita
Memang kita tah apa-apa

Dan kubur udah digali
Tunggu hari kita nak mati
Masuk ke liang jasad ini
Terus dikambus tanah kembali
Tapi sebenar diri ke mana pergi
Pulang ke hadrat Rabbul Izati

Jom le taubat
Ate, nk tunggu sakit baru nak buat
Atau bila berlegar malaikat
Dan membaca yasin keluarga rapat
Nafas naik turun hilang kudrat
Ate, mana pilihan nak buat

Dan kita mesti telanjang
Dan benar2 bersih
Sucikan zahir dan dalam batin
Baru la seronok jumpa Tuhan

Kannnnn

-nkc-

berita kepada kawan



kenangan bersama cherry boys 1980s

Thursday, June 7, 2018

pelam telor kembali... lagi!!


Pelam telor kembali daaa!
Tapi sebenonya hampir di penghujungnya dh ni haha
Idak le hujung bebeno, mungkin seminggu lagi tahan kot..
Tapi kali ni punya rezeki beribu2 jugak la buahnya.. sebelum puasa lagi hari tu..
Ni dh berapa puasa, kan.. hampir jugak sebulan la
Jenuh ngutip tiap2 petang dengan Nia, jolok mana yg dh nampak ranum, kumpul dalam baldi.
Mau le dapat 60-70 biji jugak sepetang
stok!!

Oleh kerana terlalu banyak, bukan sekadar jiran2 je dikongsi bersama hasil tuaian, tapi saban hari bawak sepuluh bungkus tiap pagi ke sekolah. Dalam sebungkus ada 10-12 biji, ate, idak ke 100++ jadi nya.. habis di bagi kt kawan2 cikgu dan anak2 murid.. tapi time bagi tu minta maaf la jgk siap2 sebab kdg2 ada ulat. Tp idak le seme nya, knn

Dan panggu kali ni bukan aje pelam telor, pelam epal pun ada sikit, kuini pun ada jgk wlpun tak banyak sangat, ciku @ sawo nila pun ada, belimbing pun sama. Jenuh makan, beb!!
kiri kuini, kanan pelam telor.. standby untuk buka puasa..
Kalau ada rezki, pas raya ni masak le nangka madu pulak, dan kali ni ada 4@5 biji jugak la buahnya. inshaAllah merasa le makan nangka, pengat nangka..
Tak rugi berbudi dengan tanah, kn.. tak ke gitu, yop.. hahahah alhamdulillah

Sunday, June 3, 2018

Bunga Batu Bor - ii



Bunga Batu Bor - ii

Masih ku siram
Masih ku pandang
Kerna
Masih ku sayang
Walau
Daun kemesraan
Bunga kerinduan
Dan akar kenangan
Semakin berkurangan 

Bunga Batu Bor
Tetap ku kenang


3 juni ‘18
Guala !



(Jalan Pulang) Menuju Tuhan


(Jalan Pulang) Menuju Tuhan

Runtuhkan berhala di depan mu
Kemasyuran kekayaan kedudukan mu

Tanggalkan pakaian Tuhan
Keangkuhan kesombongan keakuan mu

Kosongkan rumah hati mu
Kehendak kemahuan berahi perasaan mu

Putuskan rantai dunia yang mengikat mu
Pindahkan keberadaan mu kepada ketiadaan mu

Carilah keseorangam kesunyian
Kekosongan kesengsaraan kepedihan

Pabila segala itu mampu
Maka terbitlah rindu serindu-rindu
Dalam jiwa yang membara
Ingin pulang pada Tuhan

Bersama seperti
Awal yang tiada bermula
Akhir yang tiada hujungnya
Fana diri
Baqa Ilahi
               
-kutu-  Image result for jalan menuju tuhan

irama dunia


Irama dunia

Pada jantung yang berdegup
Sayap burung yang berkibar
Angin yang menderu
Embun yang menitis
Air yang mengalir
Ombak menghempas pantai
Hela nafas naik turun

Irama dunia senada
Berkitar bergetar
Berkala kekal sama
Senada sejiwa

-guala!-

cinta


Cinta:
Adalah            menggapai kerapuhan
                        Menjaring angin
                        Menongkah derusan
                        Ketidakpastian
Lantaran
                        Cinta adalah
                        Berontakan antara
                        Rindu dan pilu
                        Kasih dan pedih
                        Lagha dan hampa

                        Hak Illahi
                        pasti

-nkc-   Image result for heart gif

A new Malaysia


Today, when I read the news, and seeing all the ministers clocking in for their first day at work, I couldn’t help but to feel so happy and proud. Tears welled up my eyes.
Hopefully we will see a new Malaysia, a vibrant one, prosperous and just, coated with love for the masses.
                                 
22 may 2018

-Pada hari kematian ku-


-Pada hari kematian ku-

Bersyukurlah
Jangan berhiba
Bergembiralah
Jangan berduka

Panggillah keramaian
Adakan jamuan
Dimulakan dengan doa
Dan pujian pada Tuhan

Maklumkan pada sekalian
Itu yang aku pinta

Kerna, apa perlu berduka
Bila aku sudah pulang bersatu
Dengan Tuhan

22 Mei 2018   nkc

mimpi


Mimpi

Tadi aku bermimpi
Mimpi indah terasa ghairah
Mimpi sayu terasa pilu
Mimpi ngeri berdebar hati
Mimpi takut terus berselimut

Mimpi yang Kau beri
Pelbagai warna
Pelbagai erti
Namun fana
Namun buana
Tiada yang baqa

Tadi aku bermimpi
Setelah sekian lama
Tiada berkunjung di hati
Hanya sepi hanya gelita
Sekian lama

nkc

Maafkan aku ya Allah


Maafkan aku ya Allah
bila gagal melihat Kamu
tika menyempurna wudu’ ku
kala dinihari
dan dhuha sebentar tadi
sedang aku tahu
itulah kunci pada pintu
solat ku menemui Kamu

Maafkan aku ya Allah

-nkc-
Dhuha td

 

Bali Accommodation