Friday, February 28, 2014

"Tidak akan terjadi hari kiamat..



Air terpancar keluar dari batu di Tanah Arab pada hari sabtu 22/2/2014 jam 7.17 pagi.

14 belas abad yang lalu Rasulullah saw pernah menyatakan bahawa negara Arab akan menjadi padang rumput dan sungai.

وحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيُّ، عَنْ سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ الْمَالُ وَيَفِيضَ، حَتَّى يَخْرُجَ الرَّجُلُ بِزَكَاةِ مَالِهِ، فَلَا يَجِدُ أَحَدًا يَقْبَلُهَا مِنْهُ، وَحَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا "

Dan Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Abdurrahman Al Qari dari Suhail dari bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak akan terjadi hari kiamat, sebelum harta kekayaan telah tertumpuk dan melimpah ruah, hingga seorang laki-laki pergi ke mana-mana sambil membawa harta zakatnya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang pun yang bersedia menerima zakatnya itu. Dan sehingga tanah Arab menjadi subur Makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai."

Hadis dari kitab sohih Muslim.

Sunday, February 23, 2014

nk says..



says...



Wednesday, February 19, 2014

bikin baek!



**before the u-15 football quarter final against maahad this afternoon,
which we won 1-0. syukur alhamdulillah.

telling myself le..  : )

Tuesday, February 18, 2014

This kind of stupidity makes me cry.

This kind of stupidity makes me cry.

ode to guala!

This ode I write
Is supposed to be bright
Full of happiness
A piece of feeling honest
Dedicated to the one
Whom I always want
But too much pain
That I have gained
Derailed my focus
And makes me curse
The life I abhor
And the love I hope for

Along the way
I felt so gay
But the feeling subside
When I was taken for a ride
The life I gave
Became a grave
The joy disappeared
The bliss evaporated
And this wonder
Was actually a blunder

And now I move on
To leave this tension
Into the horizon
Into a new direction
Hopefully this time
I may discover
The perfect climb
To find the letter
Written with honesty
And stuff that’s godly      


guala!

woodstock music were u there?

Monday, February 17, 2014

full moon



semalam bulan ngambang, perasan tak?

Wednesday, February 12, 2014

222

Photo: Kempen Pertama: #Himpunan222MansuhPBS

Ada berani?

Tuesday, February 11, 2014

keroje sekolah yang tak sudah..

Tahun ni punya sibuk kalau dikenang2 sibuk tah apa2.. gamaknya jiwa pun letih dah, tu yang berasa sekolah macam ngarut je..

Gua ngajo English form 4 & 5. Budak2 kelas kenanga memang samdol belaka! Kalau bagi homework heavy sikit macam essay, harus tak siap. Bikin panas je!  Mujur la gua ni golongan sabirun, kan.. : ) Pastu ngajo pj form 3 jgk sekelas.. seronok jugak ngajo pj sebab boleh la beriadah=  main bola! Layan.. tapi yang tak tahannya gua dok berasa banyak bebeno keroje nya..  dari bukak sekolah hari tu sampai la ke hari ni dah tujuh kali meeting kot.. sabtu sekali dh kena datang Kursus.. dengo cite sabtu ni ada meeting guru, pastu gotong royong. Yang confirmnya sabtu depan ada kursus lagi.. adusss! Ngarut la diorang ni..   macam takde life je..

Setakat 3 minggu kebelakangan ni hari2 keluar rumah 6steng pagi sampai ke petang jam 5 baru balik. Samada training bola atau olahraga, tak pun rabu wajib ada ko-kurikulum. Kulit kilat ngerlip jangan cite la..

Gelanggang badminton, bola tampar, bola baling, bola jaring seme gua bikin dengan pak nuar @ kapten. Syukur Alhamdulillah. Esuk je tinggal nak buat line trek untuk budak olahraga.. nak amik minyak hitam pun gua kena bawak land rover amikkan.. sehinggalah beli gol bola baling sabtu lepas pun gua layankan aje..   memang le gua s/u sukan tapi tua, beb!

Celah2 tu deme @ pentadbir nak buat perasmian program i-think, gua jugak kena bikin lagu.. diorang ingat bikin lagu ni  macam gitu2 je ke?  Lagu dah siap tapi gua jugak kena train budak2..
Hari tu time isteri panglima tentera laut dari Myanmar datang dengan geng datin2 bakat lawat kelas pendidikan khas, gua jugak tukang entertain @ liaisons officer. Yela, gua kan cikgu bi. Serupa la tahun lepas isteri panglima dari India datang pun gua entertain jugak.. iyekan aje..

Ni pun sebenonya  malas gua nak taip, ye la, ada surat petanque nak siapkan beserta senarai pemain bolasepak lagi, tapi layan je la.. kurang2 lu tau la kalau gua tak dan nak post apa2. Pakcik sibuk, beb!

Ok la got to go, nak isya, nak amik anak2 balik ngaji lagi dan layan deme buat homework dan layan kehidupan ini..

Selamat!


Saturday, February 8, 2014

sistem pendidikan yang bengap

letih! 
 masa sekolah nak bukak hari tu hujung disember tahun lepas,  mesti kena buat  meeting.. sampai dua hari pulak tu.. ngarut je  meeting lama2 ni.. tp tu pun kira nasib baik jugak la.. ada sekolah straight lima hari  meeting..  memang bengong bebeno pihak pentadbir tu.. time dulu gua  mula ngajo, 25 tahun yang lalu, (lama dah tu, ekk! tua, beb..) kalau sekolah nak bukak, bukak je la.. minggu pertama sekolah tu la kutip yuran, pelajar masuk kelas, pelajar dapat buku pinjaman, cikgu dan pelajar tune kepala @ get into the groove @  mood untuk ngajo dan belajo, elok je seme nya, takde pun berlaku huru hara.. ni sekarang ni dah  memang ngarut giler gua tenguk sistem pendidikan..  meeting  mesti sebelum bukak sekolah.. hari pertama wajib ngajo. tak leh kutip duit dari budak hari pertama, pegawai dari ppd akan datang pantau dan  macam2 cekadak la, senang cite.. .. gamaknya orang2 yang  menggubal dasar tu tak berpijak di bumi yang nyata kot.. atau pun sibuk nak ngampu, nak jaga tembolok  masing2 gamaknya..
 sekarang ni gua tengok sistem pendidikan dah jadi biul.. cikgu dipaksa datang hari sabtu hadir kursus sedangkan sabtu dan ahad adalah hari rehat @ hari bersama family @ hari nak buat hal sendiri.. ni ada je program nak suruh cikgu hadir.. macam la cikgu tu dah takde keje nak buat.. diorang ingat cikgu dok rumah terkangkang je kot hari sabtu ahad ni? cikgu pun ada life la, beb! bila gua tanya pengetua gua dulu, apasal kena ada kursus hari sabtu, dia khabo kononnya semasa seminar pengetua satu ketika dulu, ada seorang pengetua membangkitkan keluhan cikgunya yang tak berpeluang berkursus.. itulah kononnya sebab diadakan kursus hari sabtu @ LADAP ni..  memang le lebih kurang tujuh lapan kali je setahun tapi patutnya kursus diberi kepada mereka yang nak ngikuti kursus le.. ni tidak, wajib hadir semua guru.. banyak la dia punya hadir! kalau kita luahkan rasa tak puashati,  pentadbir kira nak ngugut je.. "dah sain akujanji, kan, kan.."  macam sial!

lain kali sambung, ekk..

layan tuhan..

Tuesday, February 4, 2014

Sunday, February 2, 2014

menyimpul rindu

Dan hati yang kau guris
Menetes air mata tiada nyata
Lukanya jauh kedalam
Gelap pekat kusam

Dan aku berjalan di dalam luka
Di celahan bayangan derita
Memujuk hati untuk berlari
Jauh tinggalkan memori

Dan meskipun harapan
Telah musnah kau runtuhkan
Aku tetap memberi maaf
Kerna kita sentiasa khilaf

Cuma rasa hati ini
Tidak dapat dijualbeli
Lantaran perasaan
Telah habis ku serahkan
ku relakan
Dan tinggal ku
Menyimpul pilu
Di dalam rindu..

kutu

reading helps..

humor with children

..to increase vocabulary
…to widen knowledge
….to pass motion, too

Moyes the record breaker!

WoSUGUP Woeful graphic! David Moyes continues to create new records at Manchester United....

how low can you go?
baru first season boleh bikin tahi giler babi punya standard.
terbaek la abang Moyes..

Saturday, February 1, 2014

ampun maaf halal makan minum

salam.

kalau lu orang masih ada ibu dan bapa, pastikan setiap kali ketemu, mohon maaf siap2. mohon maaf selalu.. ye la, kalau tak pernah la. takkan nak tunggu hari raya je, kan.. tak rugged la..
tapi yang nak gua sarankan di sini adalah cara memohon maaf tersebut.

pastikan bila  memohon maaf tu,  mesti mohon maaf zahir batin, dan  mesti  minta halalkan makan minum dari dalam perut ibubapa lagi sampai ke akhir hayat.

apasal gua cite  macam gini?

lu bikin dulu nanti lu tau la..
 

Bali Accommodation