..bila org kg tu tengok yg kitorg ni bdk2 je, diorg pun takde la nk marah sgt. Tapi dalam hati mesti terbakar jugak gua rasa. Kitorg pun pinjam torchlight dan terus tukar tayar belakang yg meletup sebab langgar tiang td. Kaum gua si arif terus demam, pucat lesi gua tengok dia. Kesian.. sebaik saja tayar dh tukar, org kg pun balik la rmh mereka nk cari lilin, pelita dan sebagainya untuk menerangi kegelapan malam. Gamaknya la..
gua pun ajak kaum masuk kete dan bila dh start enjin, dalam kete yg separuh terbarai: bumper belakang dan sisi kete sebelah kanan dah terbarai, hampir nk terlerai, gua pun nk balik la ke pj. Tapi kaum gua berbelah bagi pulak. Adoi! Jadi kitorg meeting jap, dan yg bangangnya, majority nk pegi kb jugak. Adoyai! Kete dh tak serupa kete, ni diorg nk pegi jugak. Kalau ikutkan gua, balik je la. Gua dh potong stim giler, tak tau mcm mana nk jawab kete dh terbarai ni.. Oleh kerana demokrasi, diorg menang, jd gua pun mengalah la. Kitorg masuk semula dlm kete, dan bila nk start enjin, tak leh pulak!
Jenuh start tak leh jugak, last2 tolak dan masuk gear. Kesudahannya lampu bateri yg merah kt dashboard td tu pun terus kong.. mampuih! Kitorg pun tolak kete masuk dlm semak kt bawah pokok, bawak keluar seme brg2, kunci kete dan bla gitu je menghala kota baru. Masa tu jam dh 11steng dan kitorg lbh krg 10 batu lg dari kemaman. Kitorg pun menapak la ramai2. Jalan dalam keheningan malam, dan seme orang dibuai perasaan masing2. Nk hisap rokok pun, rokok dh habis..
lbh krg 10minit jalan kaki, kitorg sampai satu kawasan yg cerah dan berpagar, tertera signboard ‘kabel dasar laut’, klu tak silap gua. Gua Nampak ada van kt situ dan gua pun ckp kt kaum , kita mintak tolong sape2 kt dalam tu htr kitorg pegi kemaman. Gua pun bg la salam. Tak lama sorg brader ni keluar. Dia pun heran dan terkejut tengok kitorg budak2 tengah2 malam buta in the middle of nowhere. Brader tu pun tanya la apehal. Gua apa lagi terus kencing brader tu yg kononnya kitorg punya duit yg kononnya kitorg himpun dan bagi izlan pegang, dah cicir n hilang. Jadi kitorg pun berjalan kaki dari kuantan. Brader tu bila dengar yg kitorg jalan dari kuantan, terus terperanjat beruk, beb! “engkau org jalan kaki dari kuantan? Jauh tu! Dekat 12 batu!” kitorg buat muka seposen je seme. tapi memang letih pun.. Brader tu ckp dia tak leh nk htr kitorg sebab van tu bukan dia punya tapi dia offer kitorg tido kt quarters bujang dia. Dia siap suruh kitorg buat kopi dan bagi rokok lagi. Punya la kesian gamaknya.. : )
Bila brader tu dh pegi keje balik, kaum gua dh lena, gua masih tak leh nk tdo. Sampai la 4steng bru la lena2 ayam. Risau dan serabut tahap maksimum! 6steng gua dh bgn dan gua kejutkan lain2 ajak bla dari situ. Lbh krg pkl 7, kitorg naik bas menuju ke kemaman tanpa bgtau pada brader tu pun.. gua dapat tau kemudian yg petang tu brader tu round kg, dia nampak tiang tumbang, dia pun tanya la apehal. Bila org kg cite kt dia kisah semalam, punya la terbakar dia sebab dh kena kencing. Memang la sial!
sambung lain, aaa..
Tuesday, July 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment