Friday, July 31, 2009

terkenang.. iii

Lbh kurang 7 setengah sampai la kitorg kt kemaman.. tak tahu mana nak tuju. Lapar punya pasal kitorg pun pegi la kedai mamak. Duit masa tu tinggal rm20 lebih2 je. Oleh kerana gua yg tua, gua tolong budgetkan. Seme orang dapat canai dgn the tarik je. Tapi rokok Marlboro dua kotak, ha! Habis sarapan seme, tinggal la lima enam ringgit je.. oleh kerana kitorg nk pegi jugak ke kb, maka kitorg telah pegi ke taxi stand. Bila Tanya teksi ke kb, drebar tu ckp sebuah kete rm80. Maknanya dua buah teksi rm160 la.. oleh kerana yakin yang pakcik si muet ni nanti akan bagi sen, kitorg pun chartered la dua buah.
Setelah menunggu sehingga pukul 10, kitorg pun bergerak la. Perjalanan tu terasa sangat panjang bagi gua yg tak henti2 mereka idea untuk digunapakai bagi cover line nanti. Lebih kurang dekat zohor sampai la kitorg kt kuala Terengganu. Salah sorang drebar tu tak jadi teruskan perjalanan dan dia mintak separuh bayaran iaitu rm40. Mana la kitorg nk cekau rm40, beb! Drebar tu bengang jugak tapi setelah diterangkan yg kami akan bayar penuh sebaik je sampai kb, dia cool sikit.. adoyai! tengahari tu pakat tak makan nasi semenya. kongsi minum sirap je.. :(
Dari kuala Terengganu ke kota bharu mengambil masa 3 jam, dan akhirnya lbh kurang jam 6 kitorang pun sampai la kt rumah nenek si muet. Tu dia! Rumah kt bawah lembah, kt bulatan kijang. Sape biasa main kb, tau la dia.. Rumah kampong dah satu cite la, ini pulak orang miskin, beb, nenek dia. Memang la pakcik dia ada, dan pakcik dia pun kaki mantul, tapi mana pakcik dia ada sen.. adoyai! Tua macam gini..
Bila drebar teksi tu tau yg kitorg takleh nak bayar dia, punya la terbakar dia. Dia ugut nk heret kitorg pegi balai. Jenuh la kitorg merayu. Nenek si muet ni pulak pegi ke rumah jiran2 mintak pinjam sen. Memang kitorg ni sial betul la, gua rasa masa tu.. akhirnya dekat maghrib, dapatlah dikumpulkan rm160 untuk bayar duit teksi tu. Naya kt nenek si muet.. bila dh selesai cite tu, kitorg pun mandi dan bawak bertenang jap. Nenek muet hidang kami nasi lauk ikan kering dengan budu je. Itu la first time gua jumpa budu.. kalau ikutkan, mmg tak lalu, tapi dh lapar punya pasal, hentam saja la..
Dah makan, kitorg pun plan la utk tindakan seterusnya. Ye la, hari dah sabtu, isnin nanti nak sekolah, duit dah takde, kete dah terbarai, kitorg pulak dh dok kt kb ni, yg pada ketika itu standard duduk hujung dunia la.. celah2 tu siap hutang pulak rm160 dengan nenek si muet ni. Memang bengong la jugak.. sakit kepala memikirkan apa yg seharusnya dilakukan..

No comments:

 

Bali Accommodation