Saturday, July 18, 2009

Solahudaim


salam. khusus untuk Aku.


solahudaim boleh ditakrifkan sebagai solat sepanjang masa, iaitu penyaksian diri sendiri zahir n batin tanpa henti2.


jikalau di dalam solat kerja kita adalah untuk menilik diri batin kita tanpa menolehkan hati ke arah lain, maka solahudaim adalah penyaksian sebenar seseorang itu terhadap diri batinnya pada setiap masa.


solat adalah latihan awal bagi kita melatihkan diri supaya menyaksikan diri batin kita yang menjadi rahsia Allah, maka setelah berjaya, haruslah pula kita melatihkan diri supaya dapat menyaksikan diri batin pada setiap ketika sepanjang hayat kita.


syarat yang perlu untuk mendapat maqam solahudaim adalah:

pertama, seseorang itu harus memahami dan berpegang teguh dengan hakikat kelakuan zikir nafas.

kedua, seseorang itu harus terlebih dahulu mendapat hati nurani @ nur qalbun.

ketiga, seseorang itu hendaklah menemui dan mengamalkan solat Rasulullah.

keempat, seseorang itu telah pun mengalami khawaful khawah.

kelima, seseorang itu telah pun memahami dan dapat berpegang dengan penyaksian sebenar.


sesungguhnya sukar, walaupun tidak mustahil, untuk mencapai maqam solahudaim. apatah lagi seandainya tiada panduan penuntun jalan @ mursyid yang berkhidmat kerana Allah semata2.


segala yang dinyatakan di atas adalah sekadar ringkasan untuk bacaan sahaja. jika ingin ketahui selanjutnya dan sehalusnya, carilah penuntun jalan agar ketemui jalan pulang, insyaAllah.


sememangnya sangat sukar menemui mursyid pada zaman ini lantaran keracunan dunia yang semakin hebat dan menjadi2. sukarnya menemui mursyid adalah ibarat mencari sebilah jarum di celah rerumputan di padang kehijauan.


walaupun demikian, sekira kita sanggup bermujahadah, nescaya Allah akan permudah.


wallahualam.

6 comments:

aku said...

salam ku2,

nampaknya tak ada satu syarat pun yg aku lulus.. huhuhu
tapi aku yakin Dia maha segala maha..
lambat laun ada la rezeki kot..

ku2 said...

salam aku.
bahagian masing2, rezeki masing2.
bersangka baik je.

aku said...

yang bersangka pun Dia gak kan..
segala-galanya Dia..
yang punya keinginan ni pun Dia gak..
ku2, sesungguhnya tiada aku, tapi terkadang aku menangis..

ku2 said...

salam aku.
klu dah semenya Dia,
yang menangis tu sape?
ha!

aku said...

Dia gak la kot..
huhuhu

ku2 said...

salam.
segalanya kita yang rasa. nama pun duduk kt dunia, kan.yg berkehendak kita, yg menentukan Dia. itu citenya. kita ni mawujud. Dia Wajibul Wujud.
wallahualam.

 

Bali Accommodation