Saturday, July 11, 2009

Asraru'l-Arifin

Salam.

ketahuilah anak adam, bahwa Allah menjadikan kita dari tiada bernama diberi nama, tiada berupa diberi berupa, lengkap dengan telinga, hati, nyawa dan budi. maka kita carilah akan Tuhan kita supaya kita kenal dengan makrifat kita, atau dengan khidmat kita kepada guru yg sempurna yg mengenal Dia, agar jangan keliru dan tertanya2 kita.

adapun sementara belum bertemu dengan yg sempurna bermakrifat, pandanglah pada lima belas bayt. jika tiada kamu faham, maka ulangilah kerana padanya itu perkataan makrifat Allah dengan nyata dalamnya. wallahualam.

Aho segala kita yg menyembah akan Nama,
Yogya diketahui apa yg Pertama,
Kerana Tuhan kita yg Sedia,
Dengan ketujuh Sifat bersama2.

Tuhan kita yg Empunya Zat,
Awalnya Hayy pertama bilang sifat,
Keduanya Ilmu dan Rupa Maklumat,
Ketiga Murid akan sekalian Iradat.

Keempat Qadir dengan QudratNya tamam,
Kelimanya Sifat bernama Kalam,
Keenamnya Sami' dengan adanya dawam,
Ketujuhnya Basir akan halal dan haram.

Ketujuhnya itu adanya qadim,
akan isti'dad alamin sempurna 'alim,
Kerana sifat ini dengan Kamal al-Hakim,
bernama BismiLlahi-Rahmani-Rahim.

karangan Hamzah Fansuri

InsyaAllah akan disambung.

No comments:

 

Bali Accommodation