Tuesday, January 26, 2010

Sharabul-Ashiqin-iv

salam.
bab keempat pada menyatakan maqrifat Allah Taala.

Sabda Nabi saw:
Yang maqrifat itu rahasiaku.

dan lagi sabda Rasulullah:
tiada sah solat melainkan dengan maqrifat.

ketahui bahwa ittifaq sekalian Anbiya dan Awliya dan Hukama dan Ahlul-Kalam mengatakan Allah Taala Esa, tiada dua, Qadim tiada muhdath, Khaliq tiada makhluq, tiada berupa dan tiada berwarna, Kekal tiada fana, tiada bercerai dan tiada bertemu, tiada putus, tiada mithal dan tiada sebangsa dan tiada sekutu dan tiada bagaiNya, dan tiada bertempat dan tiada bermasa dan tiada akhir- suci Ia dari kata ini!

Ahlul Suluk mengatakan Ia tiada berhingga dan berkesudahan, tiada atas dan tiada bawah, tiada kanan dan tiada kiri, tiada hadapan dan tiada belakang. Kata Ahlul Suluk Allah Taala kepada semesta sekalaian alam ini meliputi.

seperti firmanNya:
bahawa sesungguhnya IA dengan sekalian alam meliputi. 41:54

Jika ditanya orang, "jikalau Dhat Allah kepada sekalian alam lengkap, kepada najis dapatkah dikatakan lengkap?" maka jawabnya, seperti panas lengkap kepada sekalian alam, kepada najis pun lengkap, kepada busuk pun lengkap, kepada baik pun lengkap, kepada jahat pun lengkap, kepada kaabah pun lengkap, kepada berhala lengkap, kepada sekalian pun lengkap; namun, kepada najis tiada ia akan najis, kepada busuk tiada ia akan busuk, kepada baik tiada ia akan baik, kepada jahat tiada ia akan jahat, daripada kaabah tiada ia beroleh kebajikan, dari rumah berhala tiada ia beroleh kejahatan. suchi daripada segala suchi, di mana ia akan najis dan busuk?

jika ditanya orang, "jika Dhat Allah lengkap kepada sekalian makhluqat, siapa yang merasai siksa neraka, siapa yang merasai nikmat syurga?" maka jawabnya, seperti emas dan ashrafi, jika ditunu ashrafi itu, ashrafi juga hangus, emas tiada hangus.sungguhpun ashrafi dan emas tiada bercerai, namun bila ditunu, ashrafi jua yang hangus, emas baqa'; kerana ashrafi seperti makhluqat, emas seperti Khaliq, makhluk juga yang hangus dan binasa. Kata ini terlalu mushkil. barang orang tiada lulus di sini, yogya kita bicarakan sabda Ali ibni Abi Talib:
tiada ku lihat sesuatu melainkan ku lihat Allah didalamnya.

dan sabda Rasulullah:
barangsiapa memandang kepada sesuatu, tiada ia melihat Allah di dalamnya, maka sia-sia itu.

wallahu a'lam bil-sawab.

2 comments:

aku said...

salam,
kena baca ulang2 ni br nk paham..

ku2 said...

salam.
bacalah, dan terus membaca. insyaAllah terbuka pintu, tersingkap hijab.

 

Bali Accommodation