Wednesday, January 6, 2010

Sharabul-Ashiqin-iii

salam.
bab ketiga pada menyatakan perbuatan haqiqat.

ketahui bahwa jalan haqiqat itu jalan Muhammad Rasulullah saw kesudah-sudahan jalannya.
seperti hadith:
yang shariat itu kataku,
yang tariqat itu perbuatanku,
yang haqiqat itu pertingkahku.

ketiganya dipakai Nabi. Barangsiapa memakai ketiganya ini maka kamil mukammal namanya.

adapun amal ahlul-haqiqah, dahulu mengenal Allah dengan sempurna kenalnya. jika tiada mengenal Allah dengan sempurna kenal, tiada dapat memakai haqiqat kerana haqiqat perbuatan maqrifat. maka apabila bermaqrifat, dapat mengerjakan haqiqat.

adapun ahlul-haqiqah dua bahagi. sebahagi beranak beristeri berumah bertanaman, tapi tiada hatinya lekat pada segala yang disebut tadi. apabila tiada hatinya lekat pada sekalian itu, tiada hijab padanya. sungguhpun ia beranak beristeri berumah bertanaman, jikalau anak isterinya mati, tiada ia berchinta. jikalau rumah dan tanamannya tertunu tiada ia berduka, jikalau kerajaan Sulaiman dan kerajaan Iskandar diberi Allah akan dia tiada ia suka, kerana hina dan mulia sama padanya, kaya miskin sama padanya, sakit dan nyaman sama padanya- tiada ia melihat dirinya, melainkan Allah Taala juga dilihatnya, kerana pada ahlul-haqiqah wujud sekalian alam wujud Allah.

adapun ahlul-haqiqah sebahagi lagi daim menyembah Allah, dan berahi akan Allah, dan mengenal Allah tunggal-tunggal, dan kenal dirinya, dan meniadakan dirinya dan mengesakan dirinya, dan berkata pada dirinya dan fana dalam dirinya dan baqa dalam dirinya dan benci akan zahir dirinya dan kasih akan batin dirinya, dan menchela dirinya dan memuji dirinya.

seperkara lagi, tatakala ia memandang di luar dirinya, barang dilihatnya dirinya jua, kerana pada ahlul-haqiqah alam dengan dirinya esa juga, tiada dua-tiga. apabila alam dengan dirinya esa, neschaya barang dilihatnya dirinya juga dilihatnya.
seperti sabda Rasulullah saw:
ku lihat Tuhanku dengan mata rahmat Tuhanku.

ku lihat Tuhanku dengan Tuhanku.

firman Allah Taala:
barang kemana kamu hadap wajah kamu disitu ada Allah. 2:115

kearana itu maka kata ahlul-haqiqah sekalian makhluk diri kita juga, sekalian manusia saudara kita, Islam kafir, kekasih seteru, bisa tawar, syurga neraka, murka ampun, baik jahat, kaya miskin, puji chela, kenyang lapar, kecil besar, mati hidup, sakit nyaman, benar salah,- sekalian sama padanya, kerana bersandarkan firman Allah, barang kemana kamu hadap wajah kamu disitu ada Allah. nescaya dipandangnya, wajhu'Llah juga dilihatnya.

wallahualam.

No comments:

 

Bali Accommodation