Thursday, January 21, 2010

al-bayan -i

AL-BAYAN
………. menulis kembali apa yang didengar…..
1. KALIMAH SYAHADAH

Tiada tuhan melainkan Allah SWT

Allah letakkan kejayaan manusia hanyalah dalam mentaati seluruh perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh baginda Muhammad SAW.
Bagaimana kita hendak mengeluarkan kebesaran makhluk dan memasukkan kebesaran Allah dalam hati. Semasa sebelum kerasulan Nabi, terdapat 360 berhala di sekeliling Kaabah. Ada tuhan hujan, tuhan cahaya, tuhan tanah dan berbagai macam kesyirikan. Pada zaman ini, manusia bertuhankan duit, pangkat jadi tuhan, harta kekayaan jadi tuhan.. Dalam hati manusia sekarang ada 360 berhala. Manusia yakin pada makhluk
Allah hantar manusia ke dunia ini untuk satu masa yang singkat, tetapi mempunyai satu maksud yang amat besar.

Manusia dijadikan dalam dua unsur, roh dan jasad. Suatu ketika dahulu, sebelum manusia diciptakan, Allah telah kumpulkan semua roh, roh kita, roh ibubapa kita, roh Nabi-nabi, roh manusia yang belum lahir sekarang, yakni semua roh sejak zaman Nabi Adam sehinggalah bayi yang akan lahir sebelum kiamat. Semua dikumpulkan di alam roh dihadapan Allah taala. Lalu Allah bertanya kepada mereka, “ Adakah Aku ini tuhan kamu ?” Lalu semua roh menjawab, “ Bahkan, kami bersaksi ( engkaulah Tuhan kami )”. Perkara ini dinyatakan dalam Alquran. Kenapa semua roh mengakui Allah tuhan yang sebenar ? Kerana mereka berhadapan secara terus dengan Allah tanpa as-sebab. Ini ikrar atau janji yang diucapkan oleh manusia dahulu. Untuk mengetahui atau menguji kebenaran ikrar atau perjanjian ini, maka Allah hantar manusia ke alam dunia. Alam sebab dan akibat.

a. Kebesaran Allah SWT

Dalam buah kelapa ada air, bila potong batangnya kita tak akan jumpa saluran air atau paip yang menyalirkan air ke puncak. ….. ini adalah kuasa Allah semata-mata

Tetek lembu yang diperah maka keluarlah susu yang putih, bila kita ambil pisau dan potong tetek lembu, tiada susu yang keluar tapi yang keluar hanyalah darah yang merah. … ini adalah kuasa Allah semata-mata.

Pada tubuh badan kita sendiri, terdapat rambut di atas kepala, bulu kening, bulu mata, bulu hidung, misai, janggut, bulu dada, bulu ari-ari, di kaki pun ada rambut. Rambut, misai, janggut jika tidak dipotong sentiasa bertambah panjang. Rambut, misai, janggut dipotong 2 minggu sekali. Apa kata bila Allah izinkan bulu mata, bulu hidung dan bulu roma tumbuh memanjang tiada had seperti rambut. Apa akan jadi jika bulu hidung panjang sejengkal, malah bulu mata dan bulu roma panjang sejengkal. Anda akan dikenal sebagai orang utan. Tetapi kehendak Allah taala, hanya bulu tertentu sahaja tumbuh panjang. Inilah kebesaran dan kekuasaan Allah taala.

Kuku kita tumbuh semakin panjang, jika gigi kita juga ikut tumbuh memanjang seperti kuku, apa akan jadi…

bersambung, insyaAllah.

No comments:

 

Bali Accommodation