Wednesday, September 2, 2009

santapan jiwa..

salam.
segalanya mempunyai rahsia. yang ingin dikongsikan di kesempatan ini adalah rahsia solat.
solat memiliki bentuk gerakan khusus pada zahirnya, yakni berupa tatacara n semacamnya,
tetapi juga pada batinnya, yakni niat.
niat adalah kebangkitan ruh menuju al-Haq.
hukum, syarat, adab, n juga sunnah solat telah ditetapkan demi mencapai rahsia solat.hal2 ini merupakan kaedah persiapan dan pendukung.
waktu paling utama untuk mencapai rahsia solat adalah dinihari, kerana pada waktu itu keracunan n pengaruh siang @ duniawi sudah tidak ada, sisa2 keletihan awal malam telah hilang. seperti firman Allah:
Sesungguhnya bangun pada waktu malam adalah lebih tepat untuk khusyuk dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan. surah al-Muzzammil ayat 6.
solat adalah langkah pertama untuk mencari teman agar setelah itu langkah2 berikutnya dimulai dengan ditemani. setelah teman didapati, akan tampak jelas bahawa Hadirat Kekasih ternyata ada bersama si mushalli, menemaninya. tetapi si mushalli tidak melihatnya, bahkan memanggil2 dari jauh, "ya Allah." keadaan ini betul sebagai sumber mencari petunjuk, bahkan banyak hasil boleh didapati dari solat sebegini. contohnya sampai ke maqam terpuji @ maqam al-mahmud. seperti mana sabda Rasulullah saw:
dan pada sebahagian malam, hendaklah kamu bertahajud sebagai ibadat tambahan bagimu. mudah2an Tuhanmu mengangkatmu ke maqam terpuji.
dikhususkan solat malam kepada Nabi saw dan dianjurkan solat tersebut kepada orang lain. diriwayatkan oleh Imam al-Hasan al-Askari as:
Sampai kepada Allah merupakan safar yang hanya boleh dicapai dengan mengendarai malam.
sampai ke pertemuan dengan al-Haq adalah hal yang mungkin, bukan mustahil. sampai kepada Allah diperolehi dengan gerakan dan perjalanan batin, bukan dengan diam dan membatu.
teman perjalanan dalam semua perjalanan kebatinan-yang mula maupun yang akhir-hanyalah Allah. Kekasihku adalah teman perjalananku, dan Dia juga jalan itu. dengan itu, segala sesuatu selain Allah adalah kesesatan;
maka tidak ada sesudah kebenaran itu selain kesesatan. surah Yunus ayat 32.
siapapun yang tidak termasuk ahli solat, tentu tidak memiliki perjalanan mendaki, bahkan ia terus menerus ditimpa kesesatan dan kebingungan;
mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi. surah al-Maidah ayat 26.

fahamkanlah! renungkanlah!

InsyaAllah, di lain bicara pula kita bersua.

disimpulkan dari kitab Sirr as-Shalah, karya Imam Ruhullah al-Musawi al-Khumaini, bahagian penghantar.

2 comments:

aku said...

salam ku2,

adakah solat itu menyembah?

ku2 said...

salam aku.
iye jugak solat itu mnyembah: bila mana zahir sembah yg batin, namun solat itu jugak doa, solat itu juga pernyataan, solat itu adalah kenderaan, solat itu adalah percakapan@permintaan, n pelbagai lagi interpretasi bila dilihat dari pelbagai sudut.
wallahualam.

 

Bali Accommodation