Tuesday, September 29, 2009

-hakikat nikmat-






salam.
kegembiraan, kesenangan, kesihatan yg baik, dan pelbagai perkara yg positif adalah dianggap sebagai nikmat. sebaliknya, kesedihan, kesusahan, sakit, dan lain2 yg negatif dianggap sebagai bala @ kepayahan. lantaran manusia itu terlalu jahil, maka diklasifikasikan keadaan2 itu mengikut nafsu mereka, lantas terjadilah nikmat dan bala.
namun hakikatnya, segalanya adalah nikmat belaka kalau manusia itu memerhatikan dengan bersungguh2. segala2nya adalah nikmat pada hakikatnya kerana Dia memberi kita rasa pelbagai perkara. umpama nikmat sakit itu adalah bila kita ditimpa kesakitan, maka pastinya kita akan bersyukur bila kesihatan kita pulih seperti sedia. tanpa merasai sakit, sukar untuk bersyukur @ berterimakasih atas kesihatan yg diberi. begitu juga bila kesedihan berlaku, ia sebenarnya adalah nikmat bagi mereka yg mengerti, kerana bila kegembiraan menjelma, pasti akan berasa seronok @ bersyukur yg teramat sangat.
begitulah jugak dengan sakit perut dan kentut, nikmat yg teramat bila dihalusi. ye la, kalau tak sakit perut, tiba2 'melepas' dalam seluar, macam mana nak jawab?
contoh yg paling mudah adalah bila makan ubat, mestinya pahit, dan tidak dianggap nikmat, namun itulah yg terbaik sebenarnya.
kesimpulannya, segala yang mendatang adalah nikmat lantaran ia datang dari Dia. Maka jika lain kali berasa nak marah, tak puas hati, dan pelbagai persepsi negatif, cubalah lihat di sebaliknya kerana nescaya disebalik yg negatif, ada baiknya.
bak kata pepatah inggeris, in a dark cloud there is a silver lining.. gitu2lah bunyinya.

layan..

2 comments:

aku said...

salam ku2,

semuanya utk mengcompletedkan. tanpa ada lapar, kita tak tau camane kenyang.
tanpa ada sesat, kita tak tau apa itu benar.
betulkan andai salah bro..

ku2 said...

salam aku.
betul dh tu.
dan lagi jika diperhati,
semuanya dijadikan berpasang2an..
ada tak, yg tidak berpasangan?
rasa2 lu la..

 

Bali Accommodation