Sunday, February 22, 2009

kitab hikam tok pulau manis- 2

Kitab Hikam Tok Pulau Manis ini dirumikan oleh al-Faqir Abu Zahrah Abdullah Thahir daripada kitab jawi cetakan Sulaiman Mar’ie dengan penambahan nota kaki. Adalah dinasihatkan pada para pembaca agar belajar atau bertanya kepada guru yang rasikh ilmunya lagi mursyid, supaya tiada tersalah faham atau tersalah tafsir akan kalam-kalam hikam tersebut. Sekian – Penterjemah dari jawi ke rumi, Abu Zahrah

(Dan) adalah hal manusia itu atas tiga bahagi (Pertama) yang berjabat atas ‘amal dan alamatnya itu kurang harapannya kepada Allah Ta’ala tatkala tiada hasil yang dimaksudkannya (dan kedua) yang berjabat atas anugerah Allah Ta’ala dan alamat itu rujuk[1] ia kepada Allah dalam kesukaan dan dalam kesakitan dan tatkala suka dengan mengata ‘ الحمد لله ‘ dan syukur dan tatkala duka dengan berlindung dan minta tolong (dan ketiga) yang berjabat atas bahgian yang telah dahulu dan alamatnya itu tiadalah gundah[2] kerana ketiadaan sebab[3], maka tiadalah bertambah harapnya kerana suatu dan tiada berkurang harapnya kerana suatu, jikalau ditimbang harapnya dan takutnya nescaya bersamaan dalam tiap-tiap hal daripada segala ahwalnya tetapi adalah ia sentiasa suka.

(Dan kata) setengah mereka itu[4] adalah alamat yang ketiga itu iaitu orang yang menyerahkan dirinya dan diam dibawah perintah segala hukum iaitu orang yang menilik kepada tuhannya dan fana’ daripada dirinya.

(Dan kata) setengah orang yang muhaqqiq[5] (رضى الله عنه ) barangsiapa sampai kepada hakikat Islam maka tiadalah kuasa ia berhenti daripada ‘amal dan barangsiapa yang sampai kepada hakikat Iman maka tiadalah kuasa ia berpaling daripada ‘amal dan barangsiapa sampai kepada hakikat Ihsan maka tiadalah kuasa ia berpaling kepada seorang lain daripada Allah Ta’ala.

(Ketahui olehmu) bahawasanya adab kepada orang yang ahli thoriq didalam suatu waktu itu adab syariat dan dalam suatu waktu adab khidmat dan dalam suatu waktu adab al-haq.

(Maka) adab syariat iaitu berdiri kepada segala tandanya dan iaitu permulaan bagi segala orang yang menjalani jalan kepada Haq Ta’ala (Dan) adab khidmat itu yaitu fana’ daripada melihat segala tandanya itu dan tiadalah memandang ia kepada yang demikian itu melainkan kepada anugerah Allah Ta’ala jua kerana orang yang ahli khidmat itu wajib atasnya tiada berhajat kepada sekalian ‘amalnya (Dan) adab al-Haq itu yaitu seperti bahwa kau ketahui barang yang bagimu dan barang bagi Haq Ta’ala (Dan inilah) bagi segala orang yang ahli tahqiq kerana bahawasanya hamba itu apabila mengenal ia barang yang baginya daripada sifat (faqir) dan (dhoif) dan (lemah) dan (hina) dan (kurang) (Dan) barang yang bagi tuhannya daripada sifat (ghoni[6])

nota kaki:
[1]Kembali ia kepada kehendak dan kekuasaan Allah Ta’ala
[2] Merasa sedih, dukacita atau bimbang.
[3] Seperti rezeki, harta atau perkerjaan.
[4] Ulama-ulama sufi atau arifbillah
[5] Yaitu orang yang benar, sohih lagi tahqiq ilmunya
[6] Bererti Maha Kaya – lawan bagi perkataan ‘faqir’

1 comment:

otakgila said...

moga orang banyak dapat manfaat

 

Bali Accommodation

avandia class action