Sunday, July 29, 2012

kenangan pose..

Salam.

Masa tu tahun 1995, gua sambung ngaji kt usm.

Dok kt desa harapan. Seronok jugak time 1st year tu,

ye la, almost every fortnight, mesti ada jamming session,

jemputan buat show kt merata tempat n function di usm,

sampai terlupa yg gua ni student, beb.. mujur grad on time.

Tapi tu cite lain la..

Oleh kerana gua dh bekerja masa tu, jadi bila sambung ngaji ni,

Gua campur le dengan bebudak final year. Tak join sangat la 1st year yang masih fresh dan green.

Kaum gua masa tu “KGM”.. tah apa maksud akronim tu, gua pun tak pasti.. kaki geng mengendap kot.. kaumnya cha’om, abg zam (dh arwah), m.nasir, yus, zul, m’dan, dan salah satu budak 1st year yg kiranya boleh join ialah si jabit. Nama sebeno dia fairuz tapi kitorang gelar dia jabit jeckles morantoes al chicanos, budak tanjung karang. Memang dia ni pun biul2 jugak kepalanya..

Satu hari tu nak masuk hari pertama pose, kitorang pun bersiap le nak bersahur. Pagi tu kebetulan weekend. Pas sahur seme keras balik le, melingko atas katil..

Tiba2 je terdengar lagu ‘selamat hari raya’ kuat giler! Siasat punya siasat, rupanya si jabit yang pasang lagu tu.. dia ada bawak mini compo, kira masa tu gempak habis la.. memang terperanjat habis la kaum semua kt desa siswa n siswi masa tu.. tak pernah di buat orang.. 1st day pose dh pasang lagu raya.. lagu ‘dendang perantau’ rasanya, dengan lagu raya nyanyian saloma..

Jabit, jabit.. : )

Kenangan yg tak dapat dilupakan..

No comments:

 

Bali Accommodation