Saturday, July 21, 2012

1st day pose

Pagi td gua tengah menaip keje sekolah.. (guru Malaysia, sabtu pun cargas, beb! : ) jgn marah, ha!)

Masa tu jam baru pukul 10. Datang anak gua si arief, tanya kt ibu dia, buka nanti makan apa? Ibu dia tanya balik, ‘arief nak makan apa?’ ‘nak makan roti canai, ibu buat.’

Tak lama tu datang abg dia pulak si nabil, tanya benda yang sama. Ibu dia pun tanya balik, ‘angah nak makan apa?’ ‘angah ingat nak pegi belakang Billion nanti, kt situ ada mcm2.’

Pastu datang balik si arief, minta sebiji gula2 eclipse dari gua. ‘hang tak pose ke?’ gua tanya kt dia. ‘Eh! Eh! Lupa la..’

Dah dekat tengahari dua beradik tu melekek2 ketawa kt bilik, tah apa yang diorang main tah.. gua pun cakap le kt missus, ‘semalam lepas terawih dh pesan pada anak2 tu yang kita pose ni mesti la bersederhana. Seboleh2nya elakkan pegi bazaar ramadhan sebab banyak membazir je nanti, ngikut nafsu.. tak de ertinya pose tapi ngarut membeli berlebih2. Pastu buang je. Tapi mengenangkan diorang masih anak2, sekali sekala, seminggu sekali ke, boleh la dilayan, tapi mesti bagi duit secukupnya atau pun tanya siap2 nak makan apa.. kalau tak, apa ertinya pose, kan?’

Panjang jugak la gua bersyarah pada missus, tapi untuk kebaikan anak2. Kecuali nia, anak bongsu gua, lagi empat orang anak gua, iliya, abil, lisa dan arief dah mesti berpuasa. Dan bila berpuasa mesti la faham hakikat puasa tu, bukan sekadar ikut2an saja. insyaAllah iliya dan abil faham kot, sebab diorang dh sekolah menengah.. lisa dan arief belaja puasa orang awam dulu, ye..

Layan..

Puas

Pada

Yang

Esa

1 comment:

dragonfly said...

Itulah namanya Ibu. Seboleh boleh nak gembirakan anak, tanpa niat yang lain. Dan dalam mahu menggembirakan anak, tidak semestinya lupa untuk bersederhana. Semoga Ramadan ini membawa barakah kepada kehidupan kita semua, insyaAllah :)

 

Bali Accommodation