Monday, July 30, 2012

lu n gua

Go and wash off all hatred from your chest. Seven times with water. Then you can become our companion. Drinking from the wine of love - Rumi

Sunday, July 29, 2012

kenangan pose..

Salam.

Masa tu tahun 1995, gua sambung ngaji kt usm.

Dok kt desa harapan. Seronok jugak time 1st year tu,

ye la, almost every fortnight, mesti ada jamming session,

jemputan buat show kt merata tempat n function di usm,

sampai terlupa yg gua ni student, beb.. mujur grad on time.

Tapi tu cite lain la..

Oleh kerana gua dh bekerja masa tu, jadi bila sambung ngaji ni,

Gua campur le dengan bebudak final year. Tak join sangat la 1st year yang masih fresh dan green.

Kaum gua masa tu “KGM”.. tah apa maksud akronim tu, gua pun tak pasti.. kaki geng mengendap kot.. kaumnya cha’om, abg zam (dh arwah), m.nasir, yus, zul, m’dan, dan salah satu budak 1st year yg kiranya boleh join ialah si jabit. Nama sebeno dia fairuz tapi kitorang gelar dia jabit jeckles morantoes al chicanos, budak tanjung karang. Memang dia ni pun biul2 jugak kepalanya..

Satu hari tu nak masuk hari pertama pose, kitorang pun bersiap le nak bersahur. Pagi tu kebetulan weekend. Pas sahur seme keras balik le, melingko atas katil..

Tiba2 je terdengar lagu ‘selamat hari raya’ kuat giler! Siasat punya siasat, rupanya si jabit yang pasang lagu tu.. dia ada bawak mini compo, kira masa tu gempak habis la.. memang terperanjat habis la kaum semua kt desa siswa n siswi masa tu.. tak pernah di buat orang.. 1st day pose dh pasang lagu raya.. lagu ‘dendang perantau’ rasanya, dengan lagu raya nyanyian saloma..

Jabit, jabit.. : )

Kenangan yg tak dapat dilupakan..

bengong tahap tak tau nk describe dh..

bengong tahap tak tau nak describe dah..
lain kali nak keluarkan logo, memikio le dulu..
pastu dh jadi kontroversi, tarik balik pulak dh..
rais yatim memang bengong gile, siap menipu pulak lagi
dengan logo kt atas ni yang standard budak sekolah di ciplaknya,
pastu dengan poster kt tepi jalan tu, banner2, t-shirt, bunting,
dan macam2 lagi apa kejadah yg pakai logo ni, yang dh siap tu,
nk buat apa, ek?
buat tukun pun ikan tak nak la..
kurang2 mesti juta2 punya projek jugak tu..
adoyai!
budak2 ad kt limkokwing mesti meraung gile babi tenguk
design creative maut ni..

depa cakap pose tak leh ngata, tapi gua tak ngata pun,
menyata je, kebenaran, beb..
lagi satu, bulan pose je la takleh buat kejaan bangang,
bulan lain boleh la, gitu?
apa la bangang punya notion..

Saturday, July 28, 2012

He Said It Best

Today is life – the only life you are sure of.

Make the most of today. Shake yourself awake.

Let the winds of enthusiasm sweep through you.

Live today with gusto.

-Dale Carnegie-

Friday, July 27, 2012

macam cilaka!



Macam Cilaka! (Bersih 3.0 d Aftermath)

macam cilaka

polis2 tu seme

belasah orang macam gangster

gangster berlesen, depa kata..

sekali fikir

kesian pun ada

pada polis2 cilaka

perangai macam hanjing belaka..

wahai kamu

si jiwa kacau

kenapa lagu tu

belasah menggile macam orang sasau?

Aduhai hanjing

Kenapakah kau diperkuda?

Eh! Bukan diperkuda, da!

Tapi diperhanjingkan..

Cilaka punya gangster berlesen

Ramai2 berani la eksyen

Kalau sorang2 mesti macam hantu kum kum

Harus terlekat telur di halkum..

Satu hari

Tibanya pasti

Hukum karma hanya menanti

Panggu masing2 tanggung sendiri..

12 mei 2012 ku2


Thursday, July 26, 2012

getting older

When it comes to getting older, we have a choice: cling to the past (and suffer), or let go and enjoy the spiritual journey.

Wednesday, July 25, 2012

di bawah perasaan

Di Bawah Perasaan

Seberang Takir

Meski aku tak pernah hadir

Memiijak tanah tanih mu

Namun diri mu dan nama mu

Menggamit pada ku kenangan

Melampaui bayangan dan khayalan

Perasaan pun kembali pulang

Menerobos ke ingatan silam

Yang sarat suka duka kenangan..

Bukit Berangan

Di sini pernah tertumpah isi perasaan

Pertama: tika menyata hasrat di hati

Kedua: tika tangisan seakan tiada henti

Kalau mampu tak ingin ku lewati lagi

Biar tenggelam

Biar terhunjam

Biar terdiam

Walaupun parut kekal mencengkam..

Guala! 24 juli 2012 858 pagi 5 melur

Tuesday, July 24, 2012

ku2 n d congregates







salam.

semua gambo2 ni adalah mural yg gua bikin dengan congregates @ anak murid gua selama ni kt sekolah.. ada banyak lagi sebenonya, tapi ni je yang dan gua upload. gua upload pun sebab sikit hari diorang nak cat baru bangunan kt sekolah, jadi habis le segala hasil keje seni gua tu, beb..

jadi, sementara diorang tak cat lagi, gua amik gambo dulu. to my congregates, year 2000, year 2004, year 2007, thanks for d memories..


























Sunday, July 22, 2012

effects of cold water

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this "sludge" reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine.

Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line.

You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive.

*artikel kt atas ni gua ciluk n paste untuk ingatan gua yg suka sangat minum ais..

Saturday, July 21, 2012

1st day pose

Pagi td gua tengah menaip keje sekolah.. (guru Malaysia, sabtu pun cargas, beb! : ) jgn marah, ha!)

Masa tu jam baru pukul 10. Datang anak gua si arief, tanya kt ibu dia, buka nanti makan apa? Ibu dia tanya balik, ‘arief nak makan apa?’ ‘nak makan roti canai, ibu buat.’

Tak lama tu datang abg dia pulak si nabil, tanya benda yang sama. Ibu dia pun tanya balik, ‘angah nak makan apa?’ ‘angah ingat nak pegi belakang Billion nanti, kt situ ada mcm2.’

Pastu datang balik si arief, minta sebiji gula2 eclipse dari gua. ‘hang tak pose ke?’ gua tanya kt dia. ‘Eh! Eh! Lupa la..’

Dah dekat tengahari dua beradik tu melekek2 ketawa kt bilik, tah apa yang diorang main tah.. gua pun cakap le kt missus, ‘semalam lepas terawih dh pesan pada anak2 tu yang kita pose ni mesti la bersederhana. Seboleh2nya elakkan pegi bazaar ramadhan sebab banyak membazir je nanti, ngikut nafsu.. tak de ertinya pose tapi ngarut membeli berlebih2. Pastu buang je. Tapi mengenangkan diorang masih anak2, sekali sekala, seminggu sekali ke, boleh la dilayan, tapi mesti bagi duit secukupnya atau pun tanya siap2 nak makan apa.. kalau tak, apa ertinya pose, kan?’

Panjang jugak la gua bersyarah pada missus, tapi untuk kebaikan anak2. Kecuali nia, anak bongsu gua, lagi empat orang anak gua, iliya, abil, lisa dan arief dah mesti berpuasa. Dan bila berpuasa mesti la faham hakikat puasa tu, bukan sekadar ikut2an saja. insyaAllah iliya dan abil faham kot, sebab diorang dh sekolah menengah.. lisa dan arief belaja puasa orang awam dulu, ye..

Layan..

Puas

Pada

Yang

Esa

Thursday, July 19, 2012

ahlan wa sahlan!

Ahlan wa Sahlan,

Ya Ramadhan!

FASTINGiluvislam by iluvislam.design

ayuh! ayuh!

DSC01221 by Muqtar Ahmed

Katakanlah:

Cukup bagi ku Allah..

Maka, apa lagi yang perlu?

Ayuh! Masanya telah tiba!

Ayuh!

Ayuh!

Dan jangan menoleh lagi..

Wednesday, July 18, 2012

starry starry night


Layan….

Tuesday, July 10, 2012

cite petang tadi..

Petang tadi, macam biasa, gua mesti lepak2 kt luar rumah, layan apa yang patut le.. tadi gua mencantas pelepah nyiur, dan pastu, belah buah nyiur sebab depa ni, missus n anak2 tersayang le, sibuk dari hari tu nak minum air nyiur muda. Nyiur yang gua belah tadi tu takde le muda bebeno pun, tapi tak lah tua lagi.. dapat la merasa minum jugak, kan.. sambil2 tu missus gua ngutip pelam telur yang dah ranum dan jatuh ke tanah.

Bila the kids masuk rumah untuk mandi dan bersiap, gua pun ngemas le perkakas2 semenya.. tiba2 biras gua, hj tahir berhenti depan rumah. Dia pun khabo le yang hamdan, anak ustaz zaini, sedang tenat kt hospital. Citenya jantung, paru2 dan buah pinggang dah tak berfungsi sebab jangkitan kuman.. adoyai! Si hamdan ni anak buah hj tahir le, sebab hj tahir adek kepada ustaz zaini.. takde la gua kenal sangat si hamdan ni, tapi pernah le menyembang.. dia muda sikit dari gua, 2 @ 3 tahun gamaknya.. bila cite gitu, gua pun terkenang le macam2, terutamanya kesempatan2 yang gua lepaskan, dan juga sesalan yang tiada dapat gua padamkan dari kamus kehidupan gua ni.. jadi gua pun join la deme tu (read: family terdekat hamdan) baca yasin kt rumah ustaz zaini yang merupakan jiran gua jugak.. ustaz zaini khabo tadi sebelum membaca, “kita mohon tiga perkara, pertama, semuga Allah sembuhkan dia, kedua, semuga Allah berikan dia kesabaran menempuh ujian kesakitan ini, dan ketiga, jika sudah sampai ajalnya, kita mohon Allah ambil dia dalam keadaan beriman.”

Gua?

Layankan saja..

No Regrets Copper Bracelet by Wire-N-Whimsy

Masa gua dok petang tadi selepas hj tahir bagitau gua kisah tentang hamdan tu, terdetik puisi di bawah ni.. ni yang gua kongsi dengan lu orang. layan je le, ye..

Bercerita tentang kematian

Bercerita tentang penyesalan

Maaf yang tidak dijelaskan

Kata yang tak terucapkan

Dan kesempatan pun berlalu.

Oh! Begitu sukar menjadi manusia

Kan lebih mudah menjadi pokok pain

Di depan laman

Atau fotogarbus yang tinggi menjulang

Di hembus bayu petang

Seakan berdansa

Di kala senja.

Hmm..

Memang sukar menjadi manusia

Berjiwa waja berjiwa besar

Tawadu’

Khauf

Sabirun

Ya wajibul wujud

Kau permudahkanlah.

-kala senja tiba- 717pm 100712

guala!

Monday, July 9, 2012

jalan manakah?

Dan hati berbisik lagi ke dalam telinga

Mana jalan yang ingin kau pilih?

Jangan sembunyi dan lari dari mimpi sendiri

Pada sebahagian hidup ini

Kau sebenarnya sudah ketemu tuju

Tapi kaki masih berat untuk melangkah

Kekasih, jalan manakah yang harus ku ambil?

The Road to Dark Dreams - Tayside Scotland by idg

nk chai

Wednesday, July 4, 2012

hakikat salat - Sunan Bonang

Mengikut Sunan Bonang, dalam suluk wujil,

Unggulnya diri itu mengetahui hakikat salat, sembah dan pujian. Salat yang sebenarnya bukan mengerjakan salat isya atau maghrib. Itu namanya sembahyang. Apabila disebut salat, maka itu hanyalah hiasan dari salat daim. Hanyalah tata karma.

Manakah yang disebut salat yang sesungguhnya itu? Janganlah menyembah bila tidak tahu siapa yang disembah. Akibatnya akan direndahkan martabat hidupmu. Apabila engkau tidak mengetahui siapa yang disembah di dunia ini, engkau seperti menyumpit burung. Pelurunya disebar tetapi tidak ada satu pun yang mengenai burungnya. Akhirnya Cuma menyembah adam sarpin, penyembahan yang tiada guna.

Salat yang unggul itu tidak mengenal waktu. Semua tingkahlakunya itulah salat. Diam, bicara, dan semua gerak geri badannya merupakan salat. Hingga wudu’, istinja’ dan segalanya merupakan salat. Itulah yang disebut niat sejati. Pujian yang tak putus-putusnya.

Waterfall-close-up by baaker2009

 

Bali Accommodation