Tuesday, May 11, 2010

mereka yang tersampuk-ii

Salam.
Maka pada sabtu n ahad, takde la apa2 yg berlaku. Isnin tu, (tiga isnin yg lalu) bila sekolah buka, mula la budak2 tersampuk balik. Tapi kali ni tak la ramai, sekitar 7, 8 orang je. Maka datang la beberapa kaum nak mengubat budak2 perempuan ni. Ada sorang tu bagitau yang dia boleh berkata2 dengan jin2 yang ada di sekitar sekolah tu. Hebat tu, beb! Datang lagi dua orang kaum, depa ni pulak gunakan ilmu apa gua pun tak tau, tapi berinteraksi dengan jin jugak. Tapi cara kasar, siap hentak lantai dan suara menjerit2 lagi. Gua tenguk diorang ni pun, rasa seriau je. Dari pagi sampai la tengahari, tapi tak pulih2 jugak. Kesian gua tenguk anak2 murid gua tu..
Akhirnya, pas zohor, datang la seorang ustaz dari bota, dia suruh seme orang kumpul dalam surau, buat solat hajat, baca yasin, pastu pulut kuning, pisang, n air mineral yang disediakan tu, dia suruh seme orang kongsi makan n minum. Tapi gua masa tu dh takde kt sekolah, gua dh bla dulu, ada urusan.
Esuknya, selasa, tenteram sekolah sebab budak2 yg tersampuk tu seme tak datang. Tapi hari rabu jadi pulak dah. Adoyai! Macamana, ek..fikir punya fikir punya fikir punya fikir, last2 ada la cikgu sorang tu bawak budak2 yg tersampuk ni pergi ke bota, terus ke rumah ustaz @ bomoh yang hari tu..
Ingatkan dh selesai la semenya, tapi masuk minggu lepas ada lagi kes tersampuk ni. Tapi dh tinggal sorang dua.. sampai la pagi tadi pun ada lagi. Dan malam ni, dengar cite, ada sorang ustaz pulak didatangkan dari mana gua pun tak tau, akan usaha ‘bersih’kan kawasan sekolah dari gangguan jin.
Kita tunggu je la, ek.. apa2hal, nanti gua update. insyaAllah.

No comments:

 

Bali Accommodation