Friday, April 30, 2010

mereka yang tersampuk..

salam.
khamis lepas, bukan semalam, daa!, ada 3 anak murid gua tersampuk, atau bak kata orang pekan, histeria. gua takde la kisah sangat, sebab jarang2 sekali memang ada berlaku macam tu.. tapi keesokan harinya, jumaat, semasa perhimpunan rasmi pagi tu, berderet2 budak perempuan rebah dan tersampuk. mula-mula 2,3 orang je, tapi bila nak dekat 8 steng, dekat 20 orang budak dh tersampuk! terus perhimpunan berhenti sebab cikgu2 n pelajar2 yg lain nak nolong budak2 yg tersampuk tadi tu.
makin lama makin ramai gua tenguk.. nak nolong, ilmu takde. setakat baca fatihah, ayat kursi dengan selawat boleh le. tapi ni nak lawan dengan jin, beb.. sendiri mau ingat, la. akhirnya setelah tenguk keadaan tak terkawal, masa tu dh hampir 30 orang yg tersampuk, pengetua pun cal kaum dia, datang la KAGAT punya staf, dengan tah mana punya ustaz gua pun tak kenal. gua pulak terus keluar pegi kg padang tembak jumpa dengan hj husin, tok bilal masjid teluk muruh. dikatakan dia ni boleh ubat kes2 mcm gini..
tapi hj husin ni pulak ajak gua pegi rumah pak cu bidi, seorang tok pawang kt area ni. cu bidi ni memang disegani dari segi perubatan tradisional ni. hj husin nk minta pendapat n izin dr cu bidi. maka cu bidi pun jampi atas kemenyan dan bagi pada hj husin. masa gua sampai sekolah dengan hj husin, memang kawasan sekolah huru hara, gua cakap lu. mana dengan budak menjerit la, budak berlari, dan tukang menyakat pun ramai jugak..
setelah diikhtiarkan, akhirnya keadaan pun terkawal la untuk sementara. masa hantar hj husin balik, singgah rumah cu bidi, minta pendapat nak pulihkan sekolah. cu bidi kata pihak sekolah buat bangunan baru kt tapak rumah jin tu, itu yg depa marah tu. jadi nak settlekan, cu bidi minta kambing jantan seekor, ayam jantan seekor, nasi minyak, pulut kuning, bertih dan tepung tawar. boleh tahan jugak tu.. gua tak la setuju, tp gua sampaikan jugak kt pengetua agar dia ada beberapa pilihan nanti.. bila dh tengahari, gua pun balik la sebab sekolah dh habis, da!

sambung lain kali, insyaAllah.

2 comments:

aku said...

salam,

best gak jd tok pawang ye..
bleh mintak macam2..

deen said...

nak bagi makan jin la tu..tp bertih? bertih jagung tu ke???

 

Bali Accommodation