Saturday, May 9, 2009

raja si muraq


versi melayu pulak kali ni gua cite kt lu orang. ye la, hari tu cite versi inggeris lu orang x nk layan. tapi sebenarnya gua x kisah pun, sbb gua layankan saja....

cite raja si muraq ni asalnya ditulis oleh Farid ad-Din Attar, seorang berbangsa parsi yang hidup di abad ke duabelas dulunya...

kisahnya bermula bila semua burung di dunia berkumpul mengelilingi hoopoe, seekor burung mitos, yang terpilih untuk membawa mereka semua berjumpa dengan Si Muraq, raja segala burung. sebelum bermula perjalanan, kesemua burung itu disuruh bersumpah taat setia patuh kepada arahan hoopoe. sumpah itu perlu kerana perjalanan yang akan mereka tempuhi penuh dengan halangan2 yang hebat, baik dari segi fizikal maupun emosi. segala arahan hoopoe harus dipatuhi tanpa banyak soal.

untuk sampai ke hadrat si muraq, mereka harus tempuhi tujuh lembah yang penuh halangan. lembah pertama adalah lembah pencarian. di sini semua burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak duniawi. lembah kedua adalah lembah kecintaan di mana semua burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka terbakar. lembah seterusnya adalah lembah misteri, di sini semua burung harus memilih jalan sendiri lantaran "terlalu banyak jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa yang sesuai dengannya." di lembah perpisahan, semua tuntutan, semua nafsu duniawi harus ditanggalkan dari hati. di lembah kesatuan, yang banyak menjadi satu.

sebaik saja sampai ke lembah yang keenam, lembah keanehan, burung2 itu, yang sangat keletihan dan kebingungan, menembusi hijab berpasang2an, dan mendapati jiwa mereka kosong. hinggakan mereka menangisi, "aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu dari diriku." "Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah yang sebenarnya aku dambakan?"

akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kekosongan, di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran, menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.

bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja si muraq.

daripada beribu2 ekor burung yang memulakan perjalanan, hanya tiga puluh saja yang berjaya mengharungi segala payah jerih. dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam cermin diri. si muraq, ataupun sirmurgh, adalah perkataan parsi yang bermaksud tiga puluh ekor burung. maka di sini, di penghujung jalan, burung2 itu berhadapan dengan realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah 'diri mereka sendiri' dan 'diri sebenar diri'.

begitulah adanya..

jadi, apa sebenarnya yang tersirat disebalik segala yang tersurat, atau bak kata orang puteh, the moral of the story? hmm, it makes me wonder.... try tanya m.nasir tengok.. amacam? ha!

7 comments:

otakgila said...

begitu lah kisahnya bro..

Digitalite said...

Terima kasih. Tapi saya ada masalah mempercayai hoopoe. Macam mana nak tau lepas kita ikut dia, kita akan jumpa Si Murak? Macam mana nak tau samada hoopoe adalah hoopoe sebenar?

. said...

aku suka kisah ni..lame cari..aku post kan cita ni kat blog aku..bleh kan? hehe

phantomX said...

Hoopoe tu adalah nama burung hud - hud dalam english..

Anonymous said...

Hoopoe/Hudhud itu bolehlah dianggap sebagai ar-Rasul SAW. Manakala, 30 itu merupakan simbolik makna hasil 30 juzu' al-Quran yang berjaya dilaksanakan atas dasar taqwa. Itulah yang baginda Nabi SAW telah lakukan & diwariskan pula kepada ummatnya.

Dalam lagu M. Nasir, ramai yang menganggap bahawa “Huu, Sang Algojo, Huu nanti dulu” itu sebagai 1 sindiran bahawa tiada yang mampu meminta agar mati ditangguhkan. Hal itu benar.

Namun, jika dihayati melodi lirik tersebut, ia seolah² bersemangat, seakan² mengatakan “ah, nanti dulu maut! Tak kupeduli bilapun kau mahu tarik nyawaku, akan kusampaikan jua risalah Tuhan ini!”

Mengingati hadits Rasulullah SAW yang berbunyi lebih kurang, “seandainya esok qiyamat, dan dalam tanganmu ada benih, tanamlah benih itu!”

Semangat inilah yang menjadikan 30 ekor burung itu berjaya sampai walau menempuhi lembah² yang dahsyat. “Di mana pula kau berdiri? Di sini!” pula bermaksud kita yang mencapai makrifat 30 itu ialah juzu' dalam al-Quran yang perlu diamalkan dan diwariskan sebagaimana yang dibuat oleh Nabi SAW, kita memikul tanggungjawab itu sebagai ummatnya.

Kita perlu menyahkan rasa takut kepada mati itu, lalu membakar semangat “berikan ku kesempatan hari ini untuk menyatakan kalimah sebenar” iaitu syahadah.

Selagi tidak sampai 30 juzu', selagi itu tidaklah kita berhenti walau apapun yang berlaku. Biarlah tulisan² al-Quran itu hilang pada waktu kemunculan Dajjal laknatullah.

Yang penting apabila kita membuka kitab yang kosong itu, kita dapat melihat cerminan diri kita kerana ayat² dalam 30 juzu' itu telah terpelihara dalam amalan kita.

Maka, menyatulah kita sebagai hamba dengan Tuhan kita, Allah SWT, yang mendapat gelaran Simurgh itu tadi.

“Cukuplah kamu mengenal Allah dengan kamu mengenali diri kamu sendiri (sebagai hamba-Nya yang ditugaskan untuk bertaqwa menurut 30 juzu' perintah-Nya itu)”.

Wallahu a’lam.

Unknown said...

Pada penghayatan aku, sang algojo ini ialah simbolik mereka yang suka menghukum. Menghukum orang itu sesat, orang itu fasik dan macam macam.
Jadi 73 jalan, yang sampai hanya 1 jalan.

Kisah hud hud itu kisah mengenal diri.
Banyak kita dengar orang mengatakan tarekat, hakikat dan makrifat itu sesat.

Jadi huu sang algojo. Huu nanti dulu.
Simbolik kepada rilek dulu wahai kamu yang suka menghukum,sebelum kamu kata aku sesat.
Beri kesempatan untuk aku nyatakan siapa tuhanku. Kalimah yang aku agungkan.

Anonymous said...

Ajaran Wahdatul Wujud

 

Bali Accommodation