salam. ceritera lagi....
satu ketika dahulu, empat sahabat berlainan bangsa; parsi, turki, arab dan greek, sedang berada dalam perjalanan bila mereka mula bertengkar tentang bagaimana mereka hendak membelanjakan wang simpanan mereka yang terakhir. keempat-empat mereka kelaparan, tetapi si parsi hendak membeli angur, si turki pulak nak beli uzum, si arab nak beli inab, dan si greek ingin membeli stafil. pertengkaran semakin panas kerana mereka semua inginkan apa yang mereka kehendaki.
kebetulan lalu seorang ahli bahasa di situ. maka orang itu pun meminta wang simpanan yang tinggal itu dan berkata yang dia dapat memenuhi hajat keempat-empat sahabat itu. setelah mengambil wang tersebut, ahli bahasa itu pun pergi ke kedai dan membeli empat tangkai anggur. dia pun memberi kepada sahabat2 itu setangkai seorang. "Inilah angur ku", kata si parsi. "Inilah yang aku panggil uzum", kata si turki pulak. "Oh, engkau telah membeli inab untuk ku", kata si arab. "Tidak!" kata si greek. "Dalam bahasa aku, ini di panggil stafil".
tiba-tiba, keempat-empat sahabat itu sedar apa yang mereka tengkarkan dan kehendaki tadi adalah perkara yang sama tetapi mereka tak dapat menyatakannya..
keempat-empat sahabat tadi adalah perlambangan aneka manusia yang mencari pengisian jiwa @ santapan rohani yang mereka tak ketahui bagaimana nak menyatakannya, dan dinyatakan dengan cara yang berbeza. ahli bahasa itu pula adalah seorang sufi, seorang mursyid yang bisa mempertontonkan jalan kepada manusia tentang apa yang dicari oleh jiwanya, walaupun namanya berbeza tapi hakikatnya tetap sama.
walaubagaimanapun, ahli bahasa itu hanya boleh menawarkan anggur sahaja, tetapi tidak araknya, yang menjadi pati kepada anggur tersebut. dengan kata lain, manusia tidak boleh diberitakan tentang hakikat segala, kerana ilmu sedemikian bukan untuk dikongsikan, melainkan ia dirasai, dinikmati, dialami oleh jiwa yang sanggup menempuh jalan berliku, halangan tak berkesudahan, ranjau yang panjang, dan semuanya berlaku di dalam alam saghir, bukan alam kabir tempat pertarungan ini, sekadar meneguk secangkir arak dari piala kecintaan Tuhan, yang nikmatnya tiada terbanding.. wallahualam.
Nukilan dari Jalaluddin Rumi, diceritakan semula oleh Idris Shah, Sheikh Sardana, dan disampaikan di sini dengan bahasa sehabis mudah oleh nk chai.
No comments:
Post a Comment