Monday, March 16, 2009

Saturday, February 21, 2009







hari-hari yang kita lalu umpama mengharung padang hijau tiada
berkasut
pabila terpijak rumput renik umpama baldu hati gembira mau
berlari mengejar mimpi
takala terpijak duri sembilu ibarat pisau menghiris hati meraung
kesusahan
dialas kaki ini ibarat hilang pula deria jiwa
.......mari kita terus berlari lagi di padang hijau pemberian tuhan
Posted by mamat khalid -tempurungpecah-

Saturday, March 7, 2009

kitab hikam tok pulau manis -3

dan (qawi[1]) dan (qadiir[2]) dan (‘aziiz[3]) dan (kamalat[4]) maka fana’lah ia daripada tiap-tiap barang yang lain daripadanya.
(Dan inilah) bagi orang yang melihat akan kamalat qudrah Tuhannya kerana bahawasanya barangsiapa tiada melihat akan kamalat qudrah Tuhannya dalam ma’rifah, maka gugurlah ia daripada keadaan yang sempurna. Maka apabila engkau lihat akan kamalat qudrat Tuhanmu maka fana’lah engkau daripada tiap-tiap barang yang lain daripadaNya dan hendaklah engkau ketahui kehendakNya daripadamu dalam tiap-tiap hal[5] dan maqal[6] dan maqam. (Dan inilah) kesudah-sudahan adab[7] kerana bahawa sanya yang dikehendaki Haq Ta’ala itu, bahawa ada IA, tiada engkau. Maka adalah engkau gugurlah ikhtiar dan putuslah daripada iradah[8] pada tiap-tiap barang yang didirikan akan dikau dalamnya daripada tajrid[9] dan segala sebab.

notakaki:
[1] Bererti Maha Kuat – lawan bagi perkataan ‘dhoif’
[2] Bererti Yang Maha Kuasa – lawan bagi perkataan ‘lemah’ atau ‘ajuz’
[3] Bererti Yang Maha Mulia – lawan bagi perkataan ‘hina’ atau ‘haqir’
[4] Bererti segala kesempurnaan – lawan bagi perkataan ‘kurang’ atau ‘naqais’ (segala kekurangan)
[5] Keadaan
[6] Perkataan, penuturan, pengucapan dan bahasa isyarat
[7] Adab al-Haq itu adalah adab yang paling tinggi sekali martabatnya, tetapi dia tidak boleh berdiri dengan sendirinya tanpa adab syariat dan adab khidmat kerana kesemuanya merupakan serumpun yang tidak boleh dipisah-pisahkan.
[8] Kehendak atau kemahuan
[9] Pada bahasa ertinya tanggal. Pada istilah tasauf tajrid ialah mengasingkan diri dengan tujuan untuk bersunyi-sunyi dengan Allah Ta’ala dan menumpukan hati sepenuh-penuhnya kepada Allah, mengasingkan diri untuk beribadar semata-mata, sebagai lawan daripada as-sabab yaitu mengusahakan penghidupan atau mencari nafqah. Menurut Sheikh Ibn ‘Ajibah, tajrid disisi ahli sufi ada tiga jenis iaitu:
a) Tajrid dzahir
b) Tajrid bathin
c) Tajrid dzahir dan bathin
Sila rujuk kitab Iqazul Himam dan al-Futuhatul Ilahiyyah oleh Sheikh ibn ‘Ajibah untuk keterangan lanjut.

Sunday, March 1, 2009

birthday..

salam.
just got back from my parents place in pj. today's bak's birthday. he's 80, beb! not as strong as before, but his mind is still alert and very much alive with the happenings around him.
Allah has given bak a long and wonderful life, albeit some incidents yang agak menyedihkan dalam hidupnya. but he has taken everything in his stride..
meriah jugak beb, bila balik dan berkumpul ramai-ramai. all my siblings were there, all seven of us, plus nephews, nieces, and cucu-cucu sedara. it was a pot luck session, although the earlier plan was to have a bbq. xpe la, next time pulak kot..
last week was mak's birthday. she's 75. mak is still ok. makan terlalu lalu, : - ) , segalanya membuka seleranya, tu yg boleh tahan 'berisi' badannya, hanya sakit lutut tak leh nak buat apa dah kot.. kena dengan berat badan yg terlebih dan exercise yg kurang, dont think the ache in her knee will ever disappear. one thing that is rather worrying about mak is that since a couple of years ago, she finds it hard to fall asleep at nite. sometimes it lasts until dawn, barulah ngantuk. sabar je la mak. nak buat macam mana. zikrullah dan selawat je la byk2.

bak dan mak yang sangat ku cintai,
doa anakmu pasti meniti dibibir setiap hari,
apatah lagi di hati senantiasa mengingati,
semakin ku berusia, semakin ku menyedari,
tiada kasih sejati di dunia ini,
melainkan kasih bak dan mak yang tak pernah henti-henti....

maafkan anakmu yang terlalu,
menyakiti hatimu dalam segala sesuatu,
suatu tika dahulu, tika jiwa kacau,
tika jiwa nanar, tika jiwa lara,
tika jiwa gelora....

maaf zahir batin bak n mak.
Syair Dagang
Hai sekalian kita yang kurang
nafsumu itu lawan berperang
jangan hendak lebih baiklah kurang
janganlah sama dengan orang

Amati-amati membuang diri
menjadi dagang segenap diri
baik-baik engkau fikiri
supaya dapat emas sendiri

~Hamzah Fansuri

Saturday, February 28, 2009

ayatul kursi

Cara membaca wakaf 9, hendaklah berhenti pada setiap ayat (barisan) dan menyambung bacaannya dengan nafas yang lain.




Ertinya :
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Ada juga orang menjadikan benteng perlindungan diri dengan kaedah seperti di bawah:Bagi menjaga keselamatan diri kita, anak isteri, rumah dan harta benda, perniagaan serta urusan dan projek projek yang kita jalankan.Setiap hari berlaku rompakan, penipuan, perkosaan, pukau, kemalangan, pembunuhan, penzaliman, penindasan serta berbagai musibah keatas umat Islam serata dunia. Tiada daya dan kekuatan yang dapat memberikan perlindungan kecuali dari Allah SWT. Amalkan kaedah ini setiap hari.i. Baca Istiqfar - 3 kali.ii. Baca Selawat - 3 kali.iii. Baca Fatihah - 1 kali.iv. PASANG NIAT untuk memagar (sebagai contoh):- Sahaja aku membaca Ayat-Kursi untuk memagar diri, keluarga, rumah dan urusan kerana AlLah -1. Baca Ayat Al-Kursi 1 kali.2. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI HADAPAN - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.3. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-2.4. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BELAKANG - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.5. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-3.6. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KANAN - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.7. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-4.8. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KIRI - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.9. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-5.10. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI ATAS - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.11. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-6.12. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BAWAH - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.13. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-7.14. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah segenap sendi dan liang bulu roma hambaMu yang banyak dosa ini, Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat ditembusi nafsu amarah yang didalangi oleh syaitan dan iblis.15. Baca Selawat keatas RasulAlLah SAW.
courtesy Mountdweller. terima kasih tuan.

syair perahu

Inilah gerangan suatu madah,mengarangkan syair terlalu indah,membetuli jalan tempat berpindah,di sanalah i’tikat diperbetuli sudah
Wahai muda kenali dirimu,ialah perahu tamsil tubuhmu,tiadalah berapa lama hidupmu,ke akhirat jua kekal diammu.
Hai muda arif-budiman,hasilkan kemudi dengan pedoman,alat perahumu jua kerjakan,itulah jalan membetuli insan.
Perteguh jua alat perahumu,hasilkan bekal air dan kayu,dayung pengayuh taruh di situ,supaya laju perahumu itu
Sudahlah hasil kayu dan ayar,angkatlah pula sauh dan layar,pada beras bekal jantanlah taksir,niscaya sempurna jalan yang kabir.
Perteguh jua alat perahumu,muaranya sempit tempatmu lalu,banyaklah di sana ikan dan hiu,menanti perahumu lalu dari situ.
Muaranya dalam, ikanpun banyak,di sanalah perahu karam dan rusak,karangnya tajam seperti tombakke atas pasir kamu tersesak.
Ketahui olehmu hai anak dagangriaknya rencam ombaknya karangikanpun banyak datang menyaranghendak membawa ke tengah sawang.
Muaranya itu terlalu sempit,di manakan lalu sampan dan rakitjikalau ada pedoman dikapit,sempurnalah jalan terlalu ba’id.
Baiklah perahu engkau perteguh,hasilkan pendapat dengan tali sauh,anginnya keras ombaknya cabuh,pulaunya jauh tempat berlabuh.
Lengkapkan pendarat dan tali sauh,derasmu banyak bertemu musuh,selebu rencam ombaknya cabuh,La ilaha illallahu akan tali yang teguh.
Barang siapa bergantung di situ,teduhlah selebu yang rencam itupedoman betuli perahumu laju,selamat engkau ke pulau itu.
La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,di laut keras dan topan ribut,hiu dan paus di belakang menurut,pertetaplah kemudi jangan terkejut.
Laut Silan terlalu dalam,di sanalah perahu rusak dan karam,sungguhpun banyak di sana menyelam,larang mendapat permata nilam.
Laut Silan wahid al kahhar,riaknya rencam ombaknya besar,anginnya songsongan membelok sengkarperbaik kemudi jangan berkisar.
Itulah laut yang maha indah,ke sanalah kita semuanya berpindah,hasilkan bekal kayu dan juadahselamatlah engkau sempurna musyahadah.
Silan itu ombaknya kisah,banyaklah akan ke sana berpindah,topan dan ribut terlalu ‘azamah,perbetuli pedoman jangan berubah.
Laut Kulzum terlalu dalam,ombaknya muhit pada sekalian alambanyaklah di sana rusak dan karam,perbaiki na’am, siang dan malam.
Ingati sungguh siang dan malam,lautnya deras bertambah dalam,anginpun keras, ombaknya rencam,ingati perahu jangan tenggelam.
Jikalau engkau ingati sungguh,angin yang keras menjadi teduhtambahan selalu tetap yang cabuhselamat engkau ke pulau itu berlabuh.
Sampailah ahad dengan masanya,datanglah angin dengan paksanya,belajar perahu sidang budimannya,berlayar itu dengan kelengkapannya.
Wujud Allah nama perahunya,ilmu Allah akan [dayungnya]iman Allah nama kemudinya,“yakin akan Allah” nama pawangnya.
“Taharat dan istinja’” nama lantainya,“kufur dan masiat” air ruangnya,tawakkul akan Allah jurubatunyatauhid itu akan sauhnya.
Salat akan nabi tali bubutannya,istigfar Allah akan layarnya,“Allahu Akbar” nama anginnya,subhan Allah akan lajunya.
“Wallahu a’lam” nama rantaunya,“iradat Allah” nama bandarnya,“kudrat Allah” nama labuhannya,“surga jannat an naim nama negerinya.
Karangan ini suatu madah,mengarangkan syair tempat berpindah,di dalam dunia janganlah tam’ah,di dalam kubur berkhalwat sudah.
Kenali dirimu di dalam kubur,badan seorang hanya tersungkurdengan siapa lawan bertutur?di balik papan badan terhancur.
Di dalam dunia banyaklah mamang,ke akhirat jua tempatmu pulang,janganlah disusahi emas dan uang,itulah membawa badan terbuang.
Tuntuti ilmu jangan kepalang,di dalam kubur terbaring seorang,Munkar wa Nakir ke sana datang,menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.
Tongkatnya lekat tiada terhisab,badanmu remuk siksa dan azab,akalmu itu hilang dan lenyap,(baris ini tidak terbaca)
Munkar wa Nakir bukan kepalang,suaranya merdu bertambah garang,tongkatnya besar terlalu panjang,cabuknya banyak tiada terbilang.
Kenali dirimu, hai anak dagang!di balik papan tidur telentang,kelam dan dingin bukan kepalang,dengan siapa lawan berbincang?
La ilaha illallahu itulah firman,Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,iman tersurat pada hati insap,siang dan malam jangan dilalaikan.
La ilaha illallahu itu terlalu nyata,tauhid ma’rifat semata-mata,memandang yang gaib semuanya rata,lenyapkan ke sana sekalian kita.
La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,sekalian makhluk ke sana berpindah,da’im dan ka’im jangan berubah,khalak di sana dengan La ilaha illallahu.
La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,siang dan malam jangan kau sunyikan,selama hidup juga engkau pakaikan,Allah dan rasul juga yang menyampaikan.
La ilaha illallahu itu kata yang teguh,memadamkan cahaya sekalian rusuh,jin dan syaitan sekalian musuh,hendak membawa dia bersungguh-sungguh.
La ilaha illallahu itu kesudahan kata,tauhid ma’rifat semata-mata.hapuskan hendak sekalian perkara,hamba dan Tuhan tiada berbeda.
La ilaha illallahu itu tempat mengintai,medan yang kadim tempat berdamai,wujud Allah terlalu bitai,siang dan malam jangan bercerai.
La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,menyatakan tauhid jangan berubah,sempurnalah jalan iman yang mudah,pertemuan Tuhan terlalu susah.
~ Hamzah Fansuri

Sunday, February 22, 2009

kitab hikam tok pulau manis- 2

Kitab Hikam Tok Pulau Manis ini dirumikan oleh al-Faqir Abu Zahrah Abdullah Thahir daripada kitab jawi cetakan Sulaiman Mar’ie dengan penambahan nota kaki. Adalah dinasihatkan pada para pembaca agar belajar atau bertanya kepada guru yang rasikh ilmunya lagi mursyid, supaya tiada tersalah faham atau tersalah tafsir akan kalam-kalam hikam tersebut. Sekian – Penterjemah dari jawi ke rumi, Abu Zahrah

(Dan) adalah hal manusia itu atas tiga bahagi (Pertama) yang berjabat atas ‘amal dan alamatnya itu kurang harapannya kepada Allah Ta’ala tatkala tiada hasil yang dimaksudkannya (dan kedua) yang berjabat atas anugerah Allah Ta’ala dan alamat itu rujuk[1] ia kepada Allah dalam kesukaan dan dalam kesakitan dan tatkala suka dengan mengata ‘ الحمد لله ‘ dan syukur dan tatkala duka dengan berlindung dan minta tolong (dan ketiga) yang berjabat atas bahgian yang telah dahulu dan alamatnya itu tiadalah gundah[2] kerana ketiadaan sebab[3], maka tiadalah bertambah harapnya kerana suatu dan tiada berkurang harapnya kerana suatu, jikalau ditimbang harapnya dan takutnya nescaya bersamaan dalam tiap-tiap hal daripada segala ahwalnya tetapi adalah ia sentiasa suka.

(Dan kata) setengah mereka itu[4] adalah alamat yang ketiga itu iaitu orang yang menyerahkan dirinya dan diam dibawah perintah segala hukum iaitu orang yang menilik kepada tuhannya dan fana’ daripada dirinya.

(Dan kata) setengah orang yang muhaqqiq[5] (رضى الله عنه ) barangsiapa sampai kepada hakikat Islam maka tiadalah kuasa ia berhenti daripada ‘amal dan barangsiapa yang sampai kepada hakikat Iman maka tiadalah kuasa ia berpaling daripada ‘amal dan barangsiapa sampai kepada hakikat Ihsan maka tiadalah kuasa ia berpaling kepada seorang lain daripada Allah Ta’ala.

(Ketahui olehmu) bahawasanya adab kepada orang yang ahli thoriq didalam suatu waktu itu adab syariat dan dalam suatu waktu adab khidmat dan dalam suatu waktu adab al-haq.

(Maka) adab syariat iaitu berdiri kepada segala tandanya dan iaitu permulaan bagi segala orang yang menjalani jalan kepada Haq Ta’ala (Dan) adab khidmat itu yaitu fana’ daripada melihat segala tandanya itu dan tiadalah memandang ia kepada yang demikian itu melainkan kepada anugerah Allah Ta’ala jua kerana orang yang ahli khidmat itu wajib atasnya tiada berhajat kepada sekalian ‘amalnya (Dan) adab al-Haq itu yaitu seperti bahwa kau ketahui barang yang bagimu dan barang bagi Haq Ta’ala (Dan inilah) bagi segala orang yang ahli tahqiq kerana bahawasanya hamba itu apabila mengenal ia barang yang baginya daripada sifat (faqir) dan (dhoif) dan (lemah) dan (hina) dan (kurang) (Dan) barang yang bagi tuhannya daripada sifat (ghoni[6])

nota kaki:
[1]Kembali ia kepada kehendak dan kekuasaan Allah Ta’ala
[2] Merasa sedih, dukacita atau bimbang.
[3] Seperti rezeki, harta atau perkerjaan.
[4] Ulama-ulama sufi atau arifbillah
[5] Yaitu orang yang benar, sohih lagi tahqiq ilmunya
[6] Bererti Maha Kaya – lawan bagi perkataan ‘faqir’
 

Bali Accommodation