Saturday, March 7, 2009

kitab hikam tok pulau manis -3

dan (qawi[1]) dan (qadiir[2]) dan (‘aziiz[3]) dan (kamalat[4]) maka fana’lah ia daripada tiap-tiap barang yang lain daripadanya.
(Dan inilah) bagi orang yang melihat akan kamalat qudrah Tuhannya kerana bahawasanya barangsiapa tiada melihat akan kamalat qudrah Tuhannya dalam ma’rifah, maka gugurlah ia daripada keadaan yang sempurna. Maka apabila engkau lihat akan kamalat qudrat Tuhanmu maka fana’lah engkau daripada tiap-tiap barang yang lain daripadaNya dan hendaklah engkau ketahui kehendakNya daripadamu dalam tiap-tiap hal[5] dan maqal[6] dan maqam. (Dan inilah) kesudah-sudahan adab[7] kerana bahawa sanya yang dikehendaki Haq Ta’ala itu, bahawa ada IA, tiada engkau. Maka adalah engkau gugurlah ikhtiar dan putuslah daripada iradah[8] pada tiap-tiap barang yang didirikan akan dikau dalamnya daripada tajrid[9] dan segala sebab.

notakaki:
[1] Bererti Maha Kuat – lawan bagi perkataan ‘dhoif’
[2] Bererti Yang Maha Kuasa – lawan bagi perkataan ‘lemah’ atau ‘ajuz’
[3] Bererti Yang Maha Mulia – lawan bagi perkataan ‘hina’ atau ‘haqir’
[4] Bererti segala kesempurnaan – lawan bagi perkataan ‘kurang’ atau ‘naqais’ (segala kekurangan)
[5] Keadaan
[6] Perkataan, penuturan, pengucapan dan bahasa isyarat
[7] Adab al-Haq itu adalah adab yang paling tinggi sekali martabatnya, tetapi dia tidak boleh berdiri dengan sendirinya tanpa adab syariat dan adab khidmat kerana kesemuanya merupakan serumpun yang tidak boleh dipisah-pisahkan.
[8] Kehendak atau kemahuan
[9] Pada bahasa ertinya tanggal. Pada istilah tasauf tajrid ialah mengasingkan diri dengan tujuan untuk bersunyi-sunyi dengan Allah Ta’ala dan menumpukan hati sepenuh-penuhnya kepada Allah, mengasingkan diri untuk beribadar semata-mata, sebagai lawan daripada as-sabab yaitu mengusahakan penghidupan atau mencari nafqah. Menurut Sheikh Ibn ‘Ajibah, tajrid disisi ahli sufi ada tiga jenis iaitu:
a) Tajrid dzahir
b) Tajrid bathin
c) Tajrid dzahir dan bathin
Sila rujuk kitab Iqazul Himam dan al-Futuhatul Ilahiyyah oleh Sheikh ibn ‘Ajibah untuk keterangan lanjut.

No comments:

 

Bali Accommodation