Saturday, February 27, 2016

intimasi

Intimasi
Antara diri dan sebenar diri
Adalah milik peribadi
Sejati dari dulu lagi

Tika bersama
Tiada dua
Yang tinggal hanya
Dia semata

Lalu
Apa perlu
Bercerita seperti dulu
Pada mereka yang tak tahu

Tak perlu mengejar
Mahu duniawi
Yang pudar
Dimakan hari
Cukup sekadar
Berpuas hati

Berintimasi 

nkc

No comments:

 

Bali Accommodation