Friday, February 12, 2016

wujud

Adakah “Aku” wujud?
Aku sebenarnya tidak wujud.Yang wujud adalah unsur daripda Allah yang menjadikan aku.Adakah begitu?Ya!!

Pada permulaan yang ada hanya Allah.Tidak ada apa-apa pun bersamaNya.
Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya Allah s.w.t. itu wujud, dan tiada yang wujud bersamaNya. Allah s.w.t. itu wujud dalam keesaan, tanpa bersama dengan selainNya" (Hadith riwayat Al-Bukhari).

Jadi apabila Allah swt berfirman “Kun” semua ciptaan terjadi daripada ZatNya.

Allah pencipta langit dan bumi,dan bila Dia berkehendak(untuk menciptakan)sesuatu maka(cukuplah)Dia hanya mengatakan kepadaNya “KUN” .lalu jadilah ia. Al Baqarah 2:117

Bila Allah berfirman KUN..Dia hanya mengatakan kepada NYA”.NYA itu siapa?Kalau Allah sahaja yang ada,sedangkan Dia Tunggal..jadi KUN itu ditujukan kepada siapa?Oleh kerana tidak ada selain Allah disampingNya...”TIADA” pun tidak ada.atau APA-APA pun tidak ada selainNya maka KUN itu ditujukan kepada DIRI Allah itu sendiri.Memang ada bukti Allah berfirman kepada DiriNya Sendiri.
Seperti mana Rasulullah (saw) ada bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah ketika mencipta makhluk,Dia menulis dengan tanganNya atas ZatNya sendiri bahawa RahmatKu mengalahkan KemurkaanKU Sunan At Termidzi Bk 5, 484.Sahih Muslim Bk 4 685

Kalau ada sesuatu yang lain disamping Allah semasa Dia berfirman KUN maka sudah ada dua wujud.Allah wujud dan entiti kedua pun wujud..maka Tauhid akan runtuh.

Sekiranya ada di langit dan bumi tuhan-tuhan selain Allah tentulah keduanya itu telah rosak binasa Al Anbiya 21:22)

Siapakah Allah?
Adakah semua Zat Allah digunakan untuk menjadi ciptaan?

No comments:

 

Bali Accommodation