Friday, September 19, 2014

UPSR - iii

Soalan upsr bocor habis cikgu kena tangkap..

Setakat hari ni, seramai 10 suspek direman bagi membantu siasatan termasuk seorang guru besar, jurutera, ejen insuran, dan tujuh guru, masing-masing dari Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. (BH online)

Aduss!! Ngikut logik le, cikgu2 tu habis2 kuat tolong share dengan kaum2 cikgu dan anak murid je soalan yang diorang dapat. Dan kalau nak ikut logik tu, harus beribu2 cikgu nak kena tangkap lee..

Modus operandi penggubalan soalan adalah penggubal soalan sediakan 2 @ 3 set soalan bagi setiap subjek, dan soalan tu diserahkan kepada pegawai kementerian dan mereka di peringkat atasan yang memutuskan soalan mana nak guna, dan kemudian hantar untuk cetakan.

Dan juga, sebelum dan semasa hari peperiksaan, guru2 yang bertugas mengendalikan peperiksaan hanya menerima kertas soalan dalam bungkusan keselamatan, yang kemudiannya diletak dalam guni yang diikat dengan kunci @ tag keselamatan, yang hanya boleh dibuka di depan calun semasa hari peperiksaan. Jadi, bila masa pulak cikgu2 tu dapat akses kepada soalan2 tersebut!

Jadi, persoalannya, sape yang buat tahi kat sini?
Penggubal? Pegawai kementerian? Pencetak? Cikgu?

Poning pakcik lagu ni.. harapnya polis jangan jadikan cikgu2 tu black sheep udah le..
Naya profesyen perguruan lagu ni, beb!

nota kaki: yang gua dengo, seme soalan bocor, beb!

No comments:

 

Bali Accommodation