salam.
boleh tahan jugak lama gua tak
menulis, ek.. last sekali gua check tadi end of november. dekat sebulan tu,
beb..
bz! sebenonya..
ahak!
tapi dunia, kan, bila nak
berkesudahan.. kecuali kita yang sudah dulu. tak gitu?
ALLAH SAYS: “YOU MAY HAVE SOMEONE IN YOUR MIND, SOMEONE IN YOUR HEART, SOMEONE IN YOUR LIFE, BUT I AM YOUR SOMEONE WHEN YOU HAVE NO ONE.”
ALLAH SAYS: “YOU MAY HAVE SOMEONE IN YOUR MIND, SOMEONE IN YOUR HEART, SOMEONE IN YOUR LIFE, BUT I AM YOUR SOMEONE WHEN YOU HAVE NO ONE.”
masuk disember , memang
tah apa-apa sibuknya.. kebun kg gajah je tiap2 minggu berulang alik pergi ke
sana.. mana nak menebas lagi, cerah2kan kawasan, pastu buat pagar pulak.. buat
sendiri, tu yg slow and steady je.. tak la banyak, +- 30 tiang je, korek
lubang, tanam tiang, ikat kawat duri dua baris.... celah2 tu tiap2 minggu mesti
nak meninjau projek ikan sangkar lagi.. petang tadi ni pun baru pergi..
insyaAllah minggu depan ikan2 tu masuk sangkar masing2..
masa ni tak siap lagi sangkar sepenuhnya.. |
mujur la perkakas sekolah anak2
semua dh beli awal bulan hari tu..
weekend jangan tanya la, kenduri
kawin memanjang.. esuk lusa pun ada lagi. last kopek for the year.
yang tak bestnya pembantu rumah gua,
dewi namanya, yang cekap serba serbi, setelah dua tahun kerja, minta nak balik.
last weekend dia berhenti.. bila ditanya bila nak datang balik, dia jawab,
"tak pasti, mungkin lagi enam bulan." adoyai! tapi tu la dia, sampai
bila nak harap dia je, kan.. seminggu dua ni jenuh gua cari ke hulu ke hilir,
cal indon, thailand, kemboja, kt sekitar kampung berdekatan cari orang keje, tapi setakat ni takde apa2
lagi.. takpe, gua berpegang pada kata2, ' pagi mencari petang mendatang..'
insyaAllah dipermudahkan, kan..
semalam dan hari ni dah tak best
sangat dah. sebab? sebab dh mula meeting2 sekolah 2013 yg tak berkesudahan..
macam2 akronim diperkenalkan oleh kementerian pelajaran ni. jenuh nak layan..
gua pun tertanya2, apa sebenonya deme tu kt kementerian nak capai @ kejar?
dasar berubah2, keje menimbun2 makin menyusahkan.. memang sape tak tahan takleh
keje cikgu ni.. dulu, lebih 23 tahun yg lalu, masa gua mula ngajo, takde
langsung gua terfikir yg keje cikgu akan jadi setara ni.. takpe la, sabo
bebanyak..
minggu lepas sempat jugak balik pj
sat.. jumpa bak dan mak terutama sekali, dan adik beradik yg sempat ditemui
hanyalah abang dan ida.. syukur la diberi kesempatan lagi, kan.. dapat jugak jumpa hakam dan jef robin..
dan isnin depan
berakhir la tahun ni, ek.. kejap je setahun setahun.. dah dekat bebeno nak mati
nya pun, kan.. tapi dunia ditinggal jangan kerana kita mesti berpijak di bumi
yang nyata.. hanya jangan bagi melekat kat hati, dah le..
Rasulullah saw selalu
berdoa:
“Ya Allah, kurniakanlah
kepadaku kelazatan memandangMu dan rasa rindu untuk bertemu denganMu"
kalau ada umur, insya
Allah, kita jumpa lagi, ye.. Selamat!