Wednesday, October 13, 2010

asal usul nama lekir


Salam.

Pada hari hang jebat mengamuk di istana, maka tiada lah siapa yang dapat menahannya. Lalu bertitahlah baginda sultan kepada hang lekir, hang lekiu dan hang kasturi.

“pergilah tuan hamba bertiga hapuskan si jebat derhaka.”

“menjunjung perintah tuanku,” dijawab mereka bertiga.

Lalu mereka pun pergilah ke istana bertemu si jebat. Disuruhnya jebat menyerah diri. Tetapi lain pula jadinya. Jebat telah mengacah mereka dengan keris tamingsari sambil menjerit,”haaa! Aku bunuh kamu bertiga, pengampu sultan!” dikejar si jebat akan mereka bertiga.

Lalu lekir, lekiu dan kasturi berteraburlah larinya sehingga tertunggeng tunggeng, tunggang langgang, tak cukup tanah menyelamatkan diri takut akan si jebat.

Si lekir berlari meredah hutan dan rimba, menyeberangi sungai, mendaki bukit, menuruni lurah dan setelah 3 hari 3 malam tanpa henti-henti kecuali sekali dua untuk ambil nafas, sampai lah si lekir akan sebuah kawasan yang agak lapang laman tanahnya dan dekat dengan kuala sungai walaupun tiada berpenghuni.

Berhasratlah si lekir untuk diam di situ saja kerana tersangatlah takut kalau kalau dibunuh akan si jebat jika dia kembali ke Melaka adanya. Lalu digagahinya untuk membuka kawasan di situ dan bercucuk tanamlah dia. Lama selepas itu lalulah orang-orang yang berdagang dan ditanya siapakah empunya tempat itu. Lalu dijawab lekir, “hamba, hang lekir, yang punya.” Tahulah akan orang-orang itu dan mereka sesama mereka selalulah singgah melepas lelah bila lalu di situ.

Pada orang lain juga dikhabarkan akan tanah si lekir itu. Lama kelamaan orang yang lalu lalang ingin menumpang mencari kais pagi dan kais petang di situ, dan bermulalah era kemakmuran tanah lekir.

Sehingga kini orang mengenali tempat itu dengan nama lekir, ataupun bagi orang tempatan, lekio, disebabkan pengaruh bahasa kedaerahan oghang perok.

Sekian adanya.

Hari tu anak gua, abil, bagitau gua yang cikgu dia tanya akan asal usul nama lekir @ lekio ni. Jenuh la gua search dengan bantuan pak haji google, tapi haram! Jadi, fikir punya fikir, gua pun karang la cite ni nak bagi kt anak gua bagi pada cikgu dia. Ok tak? : )

No comments:

 

Bali Accommodation