Monday, August 30, 2010

tenguk kaki la!

salam.

ni orang tak pose punya cite..

satu hari di bulan pose tu, beberapa orang kaum tengah baguih punya dok melantak waktu tengahari dalam kedai makan yang dibuka pintu belakangnya saja.. tengah seronok punya makan, tiba2 datang orang pejabat agama buat serbuan.
perh! apa lagi, berterabuq la depa pakat lari hingga tunggang langgang pinggan mangkuk kerusi meja seme..
dalam ramai2 yang tak pose tadi tu habis lari, tinggal sorang mamat ni dengan ceren je dok makan lagi. orang pejabat agama tenguk mamat ni, depa pun cakap sesama depa,"hebat brader sorang ni. tak lari pun.." diorang pun sound la kt mamat tu..
"oui! apasal tak lari?" "tenguk kaki la!" mamat tu jawab. "ewah! berlagak pulak dia ni! orang tanya kenapa tak lari?" lagi sekali mamat tu cakap,"tenguk kaki la, beb!"
terkedu jugak orang pejabat agama tu. last2, diorang pun datang dekat, dan tenguk2,"laa! takde kaki rupanya! patut la tak lari.."

bahagia di dalam, berwarna di luar..




bahagia di dalam,
berwarna di luar..

waktu terbaik untuk belajar

salam.

posting kali ni dituju khas kepada yang bergelar pelajar.
yang bukan pelajar pun boleh jugak nk baca, k.

gua nk tanya pada lu orang, bilakah waktu terbaek untuk belajar?
mesti jawapan lu orang pelbagai versi, kan. contohnya: waktu malam; tengah malam; dinihari; awal pagi dan macam2 lagi la, betul tak?

sebenarnya, waktu terbaik untuk belajar adalah masa cikgu ngaja la, yop!
saje la bgtau..

kalau cikgu ngaja tapi hang tak nak belajar, tu namanya kurang ajar. ahak!
sendiri mau ingat, ha!

Friday, August 27, 2010

bohemian rhapsody - ii


anywhere the wind blows
doesn't really matter
to me....


salam.
u may be wondering why i like this song so much, well, it is because of a few reasons, namely, the lyric, the arrangement, the variety of melodies, and the influence with regard to the song, and most of of all, all of the above, came from a single mind of a genius, freddie mercury.
the first time i heard this song was in 1980, introduced to me by my brother, nazam. the first time i heard him play this song and straight away i fell in love with it, and with Queen. if you had followed the rise of Queen, the songs they played, then you would surely know what i mean.
one great thing about this song is, it is evergreen, and it is the greatest song in Queen's history, though most people may be familiar with the tune of we will rock you, we are the champions, another one bites the dust and others. but to me this song stands out compared to the rest.
btw, freddie mercury was not even an english. he was an indian parsi, hailed from zanzibar, born with the name farrokh bulsara, grew up in india.
not only he was able to compose songs with outstanding flair, he could play the piano and guitar as well.
guess it is not too much if i were to say that he was a charismatic musician. and his songs surely did influence bits of my life.
my friends used to say i look like him , way back in 1986 then, ehem, ehem.. wish i had his voice and ability as well too, : ) nevertheless, i am content with what God has given me, ok!
finally, he died in 1991. gone but never forgotten.
that should be enough of freddie mercury in one day.
ta!

bohemian rhapsody

salam.

one of my favourite songs of all time, bohemian rhapsody, by Queen.
hope u enjoy it as much as i do.
layan, k..


  Download this mp3 from Beemp3.com

Thursday, August 26, 2010

bergembiralah wahai wanita

salam.

dedicated to all the ibu2, isteri2, wanita2, out there.
layan....

pabila kau bertanya

dan pabila kau bertanya
bagaimana dengan kita
aku hanya mampu berkata
kita hanyalah secubit rasa
yang berlari di dada dunia

dan pabila kau bertanya lagi
ke mana harus dibawa hati lara ini
tatkala airmata berderai di pipi
sukar untuk ku memberi janji
agar dapat bersama hingga ke mati

dan pabila kau bertanya untuk kesekian kali
noktahkah cinta ini
kenangan terus berlari
kembali pada hari-hari mimpi
kekal terus di dalam sepi

seketika cuma seusia terasa
menghambat hati sukar diubati

imaginasi nkc

ingat pada Allah

salam.

segala mulut yang menyebut Allah, kebarangkalian itu masih dusta.
akan tetapi hati yang menyebut Allah, itulah yang sebenarnya.
kerna apabila ruh meninggalkan jasad,
darah masih berzikir kepada Allah.

wallahualam.

Wednesday, August 25, 2010

malam ke-16....


salam.

malam ni malam 16, ada doa qunut, beb.

saje la bgtau.

saling ingat mengingati, kan..

bahasa malaya..

salam.
gua baru je habis kelas.. letih, beb! tapi layan..
tadi pas ngaja dan time budak2 buat latihan, gua pun tanda la mana2 latihan yg dh siap.. masa dok menanda buku students, sorang student ni gua tenguk cuak semacam je..
gua tanya la dia, "apehal, beb? terketo2 ni.."
"buku tinggal, sir."
"habis tu, hang pakai buku amende?"
tak sempat dia jawab, gua dh amik buku tulis dia. tertera di bawah nama dia, 'bahasa malaya'. adoyai! ni mana punya cikgu ngaja pulak ni, subjek baru..
budak form 3 pun ini macam ka?
mesti keracunan tahap tinggi. tu la, gua selalu pesan kt diorang jangan buat maksiat, tak mo dengar..
kan dh jadi bengong.

sabo, yob, sabo..

-cari n dicari-

dan yang dicari itu
adalah penyataan terhadap
penyaksian
dan yang didengar itu
adalah keheningan dalam
keriuhan
dan yang dilihat itu
adalah kesatuan dalam
ribuan
dan yang dikata itu
adalah firman bukannya
nafsu perasaan
dan yang diimpi itu
adalah hakikat bukannya
khayalan
dan yang dituju itu
adalah kehidupan di sebalik
kematian
dan yang diperhati itu
adalah ketuhanan ternyata dalam
ketuhanan
dan yang dipegang itu
adalah keyakinan sukma meniti
kefanaan
dan yang terakhir itu
adalah pengabadian dalam
kebenaran

-nunkaf -

Tuesday, August 24, 2010

hakikat sholawat

salam.

hakikat sholawat itu adalah bila mana Tuhan memuji dirinya sendiri melalui bayangannya (Muhammad) di layar imajinasi. Yang dipuji sebenarnya yaa Tuhan yaa Muhammad. Karena Seluruh alasan penciptaan adalah Muhammad. Sifat-sifat Muhammad. Laku-laku Muhammad. Nama-nama Muhammad. Orang-orang yang disekeliling Muhammad diciptakan untuk menerima dan menyata percikan-percikan sifat, nama dan laku Muhammad yang terlalu besar untuk dikandung dalam diri seorang baysar. Karena itu dibuat selain Muhammad. Yaitu ‘Ali. Setelah itu Fathimah. Setelah itu turunan-turunan suci Muhammad. Setelah itu para Nabi, para malaikat al-muqorrobiin dan para wali. Setelah itu yang lain. Setelah itu para Malaikat. Karena Ya itu hakikat penciptaan tajalliyat perwayangan. Takhayyul. Dunia nyata ini takhayyul. Khayalan. Ngimpi. Sebagaimana dikatakan oleh Yang Mulia Rasulullah SAW, “Manusia itu tidur, ketika mati ia terbangun.”

Alang Alang Kumitir.


sengsara urutan kung-fu


salam.

sebulan dua ni badan gua sakit2, sengal2, tapi masih lagi tahap boleh dilayankan la.. fitness masih maintain, beb, paling koman main bola waktu pj dengan budak2 kt sekolah. tapi dh tua gamaknya, tu yang sengal2 je ni.. depa kata kita mesti nk amik supplement: agar boleh cargas dan tak lesu. jadi gua pun ada la jugak makan omega 3 sekali-sekala. memang ok, gua cakap lu, bila makan je belah malam, the next day mesti cargas! tapi gua makan jarang2, bila berasa lesu je la.. celah2 tu gua minum jugak air akar kayu. air amende gua tak pasti, kaum bagi, tapi memang kelat giler.. kale nya coklat2 hijau. ada kaum gua cakap ketom tu.. iyekan saja. tapi bila minum air tu, memang badan rasa rock steady je @ ala-ala mantul. buat keje pun no hal punya la..
tapi the main problemo adalah badan gua punya sengal tak hilang2. lesu kiranya dh boleh cover la, dengan makan omega 3 @ minum air akar kayu. tapi sengal ni menjadi-jadi pulak.. adoyai!
kebetulan ada kedai refleksologi @sinseh kt pekan kg koh, dekat la jugak dengan rumah gua. kaum gua cite tempat urut tapak kaki terbaek! jadi last saturday gua pegi la dgn missus gua. rezeki kitorang, sampai je sana xde orang. amoi sorang tu urut kaki missus gua, ada brader cina ni urut kaki gua. peh! dia punya urutan n tekanan, memang menusuk sakitnya, terutama kt ibu jari dan tengah tapak kaki. brader tu cite klu sakit sangat maknanya gua ada stress, tido tak cukup, sakit tengkuk n bahu, dan macam2 lagi la. kebetulan gua sakit kt tengkuk lbh kurang 2 minggu dh. jd, dia pun suggest urut badan pulak, tapi hari tu xleh la. di suruh dtg lain kali pulak.
nak jadi cite, semalam balik sekolah, gua ada lapang sikit. gua pun cal kedai cina tu. dia cakap dtg la.
sesampai kt sana, tokei dia ajak gua masuk bilik. jeng! jeng! jeng! bilik tu cahayanya suram je , beb. pastu dalam bilik tu dibahagikan kepada empat bahagian, dipisahkan dengan langsir mcm kt hospital. dia suruh gua baring, meniarap. gua tanya , nk bukak baju n stokin ke, dia bilang xpayah. pada katil @ stretcher @ sofa tu, pada bahagian kepala ada lubang. rupa2nya bila meniarap, muka masuk kt lubang tu. peh! lain macam ni. bila gua baring dengan berpakaian, tokei tu tutup belakang gua dgn selimut. pastu dia pun start ngurut cara tradisi @ refleksologi. harapan gua untuk mendapat belaian mesra hancur berkecai bila brader tokei ni menggunakan genggaman, siku, tapak tangan, dan tah apa2 tah lagi untuk menekan badan gua di setiap sudut. ya Allah, dia punya sakit! gua rasa nak menjerit sangat2, especially bila dia nak pecahkan ketulan2 pada urat @ urat simpul kt belikat gua, pinggang, dan macam2 tempat lagi la.. memang masa tu tuhan je la tahu betapa sakitnya, dan gua hanya dapat berkata dalam hati, "cepat la habis, cepat la habis!" gua memang menjerit pun, tapi soundless la. rasa gua muka gua mesti macam cekadak masa tu, menahan kesakitan yg teramat. the pain was killing me, excruciatingly killing me.. nak suruh tokei tu berhenti, x rugged la, kan.. jadi, nak x nak, tahan jugak. dan selepas 40 minit enduring the massage @ pain @ torture, sesi ngurut pun tamat la. tokei tu siap bahasakan gua jangan minum ais, jangan makan benda goreng, minyak, nanti kolestrol sumbat blood vessel, boleh kena strok. gua dengar tu, terkedu kejap.. balik terus singgah farmasi beli fibre oat untuk serap kolestrol.. konon2nya nak makan nanti la.
masa nk balik tu, rasa longlai tubuh gua, siap dengan sengal yang bertambah2 pulak. terus demam, beb! punya la hebat penangan urutan kung-fu tokei tu.. ni pun masih terasa sengal2 lagi. kalau dikenangkan semalam, memang tobat tak pegi dh. tapi bila difikir2kan, minggu depan gua mesti mau repeat. mau test power! semuga hilang sengal nanti. alah bisa tegal biasa, kan..
layan..

Monday, August 23, 2010

a taste of ur own medicine..


salam.

anak gua yg kecik sekali, nia, nak masuk tiga tahun dh.. by far, she is the most cargas and agressive compared to her siblings. ye la, she has two sisters and two brothers as guidance, tak kira la good or bad. most of the time she spends singing on her own when she's not playing with her toys or browsing thru the books and magazine.
kadang2 tu bila dia main, dan terhantuk dan sebagainya, i would tell her, "xpela, sikit je tu" to console and to stop her crying.
petang semalam, dia tolong gua basuh kete. tolong ngacau sebenarnya (though i enjoy her company coz she is always in a meriah mood je..) tengah seronok membasuh tu, jari gua yang terpeleot hari tu, tersangkut kt pembuka pintu. gua pun jerit, "aduh!" nia dengan ceren je sambil membasuh kete cakap kt gua, "xpela, sikit je tu , pa.." and continued to play with the soap foam as if nothing happened. gua yang agak kesakitan sengih je la.. : )



Surga dan Neraka dari sisi Syekh Siti Jenar

salam.

“anal jannatu wa nara katannalr al anna”, sering digunakan oleh Syekh Siti Jenar dalam menjelaskan hakikat surga dan neraka. Penulisan yg benar nampaknya adalah “inna al-janatu wa al-naru qath’un ‘an al-ana” (Sesungguhnya keberadaan surga dan neraka itu telah nyata adanya sejak sekarang atau di dunia ini). Sesungguhnya, menurut ajaran Islam pun, surga dan neraka itu tidaklah kekal. Yang menganggap kekal surga dan neraka itu adalah kalangan awam.

Sesungguhnya mereka berdua wajib rusak dan binasa. Bagi Syekh Siti Jenar, surga atau neraka bukanlah tempat tertentu untuk memberikan pembalasan baik dan buruknya manusia. Surga neraka adalah perasaan roh di dunia, sebagai akibat dari keadaan dirinya yg belum dapat menyatu-tunggal dgn Allah. Sebab bagi manusia yg sudah memiliki ilmu kasampurnan, jelas bahwa ketika mengalami kematian dan melalui pintunya, ia kembali kepada Hidup Yang Agung, hidup yang sempurna abadi sebagai Sang Hidup. Yaitu sebagai puncak cita-cita dan tujuan manusia.

Jadi, karena surga dan neraka itu ternyata juga makhluk, maka surga dan neraka tidaklah kekal, dan juga bukanlah tempat kembalinya manusia yang sesungguhnya. Sebab tidak mungkin makhluk akan kembali kepada makhluk, kecuali karena keadaan yang belum sempurna hidupnya. Oleh al-Qur’an sudah ditegaskan bahwa tempat kembalinya manusia hanya Allah, innalillah hi wainna ilaihii rajiun.

wallahualam.

alang alang kumitir

Thursday, August 19, 2010

what do you want out of life?

what do i want out of life?

hmm..

i want life: with its ups and downs and in-betweens.

that's what i want.

michel angelo @ soulmate

soulmate

"one day you will ask me, what is more important to me, my life or you, i will answer my life. then you will leave me and go without realizing you are my life".

michel angelo @ soulmate

Wednesday, August 18, 2010

mencintai tuhan


salam.

Saya ini termasuk orang yang tidak bisa mencintai sesuatu jika saya kenal (tahu?) saja belum. Maka untuk urusan berTuhan inipun saya pertama-tama berusaha untuk mengenal terlebih dahulu. Dan sampai sekarang saya masih dalam tahap berusaha mengenal. Maka jika ditanyakan kepada saya apa saya mencintai , takut, atau malah melawan Tuhan? Maka jawab saya adalah bahwa saya belum tahu. Saya sekarang hanya berusaha mengenalNya.

Nanti jika sudah kenal, maka jika itu adalah sebenar-benarnya Tuhan maka niscaya saya akan mencintainya sampai tulang sumsum. Itu keyakinan saya, entah jika nanti keyakinan saya tidak terbukti, maka itu urusan lain saat nanti.

Tapi yang jelas, sekarang ini, saya belum bisa mengatakan saya bagaimana kepada Tuhan. Sebab toh jika saya paksakan untuk mengatakan bahwa saya mencintaiNya, sementara saya belum kenal, bisa-bisa ternyata saya hanya mencintai imajinasi saya akanNya. Bukankah itu akan menjadikan saya penyembah berhala?

Maka tidak mengapalah saya belum bisa menjawab saat ini. Yang penting saya sedang berusaha terus untuk mengenalNya, hingga pada masanya nanti saya menjadi benar-benar bisa yakin mengatakan : “Ya, saya mencintaiNya dengan sepenuh hati. Dia adalah kekasihku. ” . Yup, semua bisa indah pada saatnya.

sebuah perjalanan: kisah-kisah dijalan yang aku lalui

Tuesday, August 17, 2010

lapis ketujuh=kun!

nutfah

alaqah

mudghah

selaput

embrio

ruh

janin




7 ramadhan 1431

vincent van gogh

The best way to know God is to love many things.
Vincent Van Gogh

Zelfportret, Vincent van Gogh (1887-1888) by jankie

fasting: d typical malay culture

Ramadan ,The month of fasting by s3ood
salam.
la ni kat sekolah. free for the time being. ingat nak masukkan markah ke dalam sistem, tapi payah nak masuk. initially it was ok, pastu dah tak boleh get thru. sabo je la..
so, how is your fasting @ saum @ puasa getting on? hopefully bukan sekadar mendapat lapar n dahaga at the end of the day. tu standard pose budak2 kecik.
anyway, the typical malay culture is that every fasting month many people indulge themselves in over-spending at the so called bazaar ramadhan. they tend to buy all the food they crave for, and before bedtime, most of this food will find itself in the tong sampah. even if they manage to eat all the food n drink they bought earlier, it is not supposed to be that way. since fasting is a way for us to experience a bit of hardship, by right we should not be spending lavishly and have this eating session charade.
another typical thing is playing with firework @ mercun. isn't it a waste of money, and creating sound pollution unnecessarily? i, for one, can't stand the sound of mercun, but i try to tolerate.
and lastly, every raya parents will be burdened with spending their money buying new clothes, and this will definitely burn a hole in the pocket for most of us, me including. i know you would say that our parents used to do that for us too last time. siege mentality. that's what need to be changed.
so, where am i leading to here? ramadhan is meant for us to ponder the previous eleven months of our lives, to live life moderately, and to better them spiritually, so that we can be closer to God. do you have the same idealism? hmm..
got to go for now, coz i have a class soon, and i wanna get ready for it.
so, i c u when i c u!
ttfn!

Monday, August 16, 2010

melayu kite..


yop! bulan pose ni, banyak2 la beringat. ni asyik ingat nombor je, apa barang..
mamat ni mesti bengong tahap maksimum. siap pakai baju melayu lagi, nak beli nombor, beb! ni mesti melayu malaysia boleh @ 1 malaysia @ perkasa..

layan video pulak..

salam.

tadi gua dok layan from one blog to another blog, from one site to another site, baca cite agama, cite politik, cite lawak, macam2 la gua layan, pastu gua jumpa *video ni. kira lawak la jugak. layan..


yang ni pun layan jugak..


itu la saje untuk kali ni, ek..

*ciluk dr tuberawak

Thursday, August 12, 2010

Subhanallah!



test tenguk! and u will be amazed!


taken from Diari Putri Lindungan Bulan

Wednesday, August 11, 2010

bait-bait cite puasa

salam.

selamat berpuasa.
selamat berbuka.
selamat segala.

siang jangan banyak membuta.
malam biarlah kerap berjaga.
senang cite tapi susah nak nyata.

kali ini buatlah yang terbaik.
walau tahun dulu dh kira terbaik.
bukan senang nak jumpa bulan ni.
silap gaya tak jumpa dh nanti.

orang puasa dia puasa,
orang solat dia buat tak reti,
orang dapat apa yang di nanti,
dia cuma dapat lapar dahaga.

beramal beribadat sepanjang masa,
itulah kerja orang berpuasa,
puas mengEsa adalah tujuan,
hanya ditemui di bulan ramadhan.

Selamat! T_T

Monday, August 9, 2010

nusuk jiwa gua

salam.

"betapa hati manusia akan menyinarkan cahaya, bila cermin hati kita masih memantulkan beraneka macam gambaran tentang alam kemakhlukan? betapa seorang hamba mampu menjumpai Allah, padahal ia terbelenggu ke dalam syahwat. bagaimana mungkin seorang hamba dengan keinginan kerasnya untuk masuk ke hadirat Allah, padahal ia belum bersih dari janabat kelalaiannya. bagaimana mungkin seorang hamba mampu memahami berbagai rahasia yang halus-halus, padahal ia belum juga bertobat dari kesalahannya."

penjelasan tentang Mungkin Hati Akan Bersinar

Sunday, August 8, 2010

cite gue 4 2day..


salam.


hari ni begitu produktif sekali, dan begitu memenatkan. tapi syukur alhamdulillah, banyak mission accomplished. pagi td, meracun keliling rumah, luar n dalam kawasan. dapat la lima tong racun. pas tu, bawak famili pg shopping kt Giant jap. balik rumah terus sambung mengecat pulak sampai la asar, in between tu break for lunch n solat. petang tadi, lisa ada birthday party kawan dia kt kfc lumut. the whole family went to send her, and then we all took a walk along the lumut seashore. layan.... very relaxing, crowd pun tak terlalu ramai. maghrib, sampai rumah in the nick of time to pray..

talking about painting td tu, i painted the car porch because our house has undergone a renovation at the patio which has been converted into a family room. basically, it's ready, except for the door grill, the alarm system and the curtain. once everything's done, baru la boleh dirasmikan lepak kt sana.. this family room looks and feels cozy. anyway, we'll know soon.

i like painting. i like painting mural actually. i like to paint abstract stuffs. why? coz abstract can represent my thoughts and feelings, and you can never go wrong with whatever you draw and paint, unlike figurative la.. last time, i used to paint on the walls at school. i had students helping me. but not every student. those who are really interested, have the skill and technique, and the virtue of patience, are allowed to join and layan kepala to paint. honestly, painting helps to relax the mind. it is also an escapism. previously i painted on the walls only, but since a couple of years ago, i started to paint on art papers and even plywood. i even had my painting on the plywood framed, and soon it will be on the wall of the new family room. my painting is no great deal, lebih kepada layan kepala stuff je.. yang penting, seronok!

at the moment, i'm contemplating on painting something new, but just couldn't find the time and the feel to start. maybe in the near future kot, insyaAllah.

well, it's isya', so the time has come to sign off for now. i'll write again later-later. : )

ciao!

Saturday, August 7, 2010

adalah dunia

yang ada jarang disyukuri
yang tiada selalu dicari
yang diburu hanyalah debu
melayang-layang bersama waktu
timbul rasa jemu
timbul rasa lesu.
dunia hanyalah
fatamorgana
khayalan
ilusi
sementara
alpa
lagho.
tinggalkan ia
yang melekat di sanubari
yang memamah minda dan sukma
leraikan ia
agar suci hati
dari fana meracuni.
nunkaf

Friday, August 6, 2010

ahlan ya ramadhan!


salam.


lagi empat kali siang, maka bertemu la kita dengan ramadhan, insyaAllah.

so, is it a 'yes!' : ) or 'aah!' : ( ? whatever your choice, the fact is that ramadhan is just around the corner. hopefully, yours is yeah, yeah! ala cromok.

bercerita tentang ramadhan, gua berharap kali ni pose gua adalah yang terbaik dari segi zahir batin. mungkin setahun dua dulu prasan dh buat yang terbaik (konon-kononnya!), tapi selagi hayat dikandung tanah, bikin baik, beb! dengan segala yang ditempuhi dalam masa yang terbatas ini.

maka di sini timbul persoalan, macam mana yang dikatakan yang terbaik itu? hmm, jenuh jugak nak cite tu, ek.. lain kali je la gua nyembang. dekat nak masuk waktu isya' ni. gua pun nak bersosial kt mussalla tu. selamat!

Thursday, August 5, 2010

choices





salam.


we spend a lot of our time wondering about what path to take in our lives. experience taught us that sometimes, you don't really have to worry about big decisions. at times, these decisions are made for you - and that whatever happens is the best.



reader digest pg32 august 2010

Tuesday, August 3, 2010

menghurai hati


yang tertinggal itu
adalah biang-biang
kerinduan
yang meruntun
jiwa

yang merindu itu
hanyalah jiwa pilu
berlagu sendu
di kala bening di pipi
membasahi

semalam
adalah mimpi
yang tak mampu dimiliki
walau selumbarnya
tetap berdenyut di dada

harapan
dan penantian
tinggal kenang-kenangan
tatkala airmata bergenang
menangis acapkali
di dalam hati



ku2 20100802

doa


salam.

doa adalah permintaan.
doa adalah hubungan.
doa adalah kewajipan.
doa adalah penjelasan.
doa adalah kemuliaan.
doa adalah puji-pujian.
doa adalah pengabdian.

nukilan solusi-nkc

Monday, August 2, 2010

cite orang berjanggut

salam.

Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.

Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.

Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut…
Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda…

“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?”

Lalu Baginda menjawab..

” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat”…..

mujur gua berjanggut. ahak!

ciluk dr panglima 7

Sunday, August 1, 2010

selagi ada hayat








salam.
basahkan lidah,
teguhkan jiwa,
hidupkan hati:

la ilaha ilallah,
la ilaha ila anta,
la ilaha ila huwal hayul qayum,
la ilaha ila huwal wajibul wujud,

itulah kunci.
selagi hayat di kandung tanah, insyaAllah.





guala!
 

Bali Accommodation