Friday, October 23, 2009

Mencintai Nya

Seorang pengembara tiba pada sebuah kampung dimana Abu Yazid al-Bisthami tinggal. Ia bertemu kepada al-Bisthami kemudian bertanya kepadanya.
“Ajarkan aku cara yang paling cepat menuju Tuhan”
al-Bisthami menjawab: “Cintai Dia dengan seluruh kekuatanmu.”
“Itu sudah kulakukan”, seru pengembara tersebut.
“Lalu kau perlu dicintai oleh orang lain.” Jawab al-Bisthami.
“Tetapi mengapa?” tanyanya kembali.
“Karena Tuhan melihat hati setiap manusia. Ketika Ia mendatangimu, tentu saja Ia akan melihat cinta yang kau miliki kepadaNya dan Ia akan bahagia. Bagaimanapun, jika Ia juga menemukan namamu tertulis dengan penuh cinta dihati orang lain, Ia pasti akan jauh lebih memperhatikanmu.”

yang mengenal dirinya mengenal tuhannya

Thursday, October 22, 2009

syawal is over..

salam.
syawal is over, three days ago to be precise.
personally, in a way, i’m thankful it’s over, what with endless ‘open house’ invitation to fulfill. not that i’m against open house, but then, it’s too much la.
starting from 1st syawal till the last day, invitations kept coming in. i think people here have got the concept of eidul fitr all wrong. yes it’s true that we should invite and attend to guests during 1st syawal, but the coming days after that should be a moderate affair.
instead, what the masses were doing was attending and holding open house. it’s a month to reconcile and to start anew. but having sumptious meals almost daily after fasting for a month doesn't make sense. the occasional open house done maybe during the first week of syawal would be a better option. if not, the perception will be that the muslims @ malays here are indulging themselves in over eating as well as overdoing things.
it’s like an overkill. a little of these stuffs would be a wonderful memory but if it’s too much, then there’s nothing special anymore.
looking at it the way i see it, glad it’s over.

happy belated birthday lisa! luv u, tau..

sape yg pening ni?

salam.
sekadar nak bgtau sikit, do you notice that they (the people handling this blogging stuff) have yet to update for the past one week?
dh bangang kot?
since a week ago, i had posted a couple of entries, but still when i went to blogs which have link to my blog, it is stated that my last posting was seven days ago. peh!
what's happening?
can anyone share info? : \

Friday, October 16, 2009

awal dari sebuah perjalanan..

Seseorang bertanya kepada Yusuf bin al-Husain:
“Apakah yang harus aku lakukan agar aku boleh dekat dengan Tuhan?”, tanyanya.
“Ceritakan rahasiamu kepadaNya, dan jangan sampai ada seorang pun di dunia ini yang mengetahui rahasianya. Melalui hal itu, sebuah tali keimanan akan tumbuh kepada Sang Ilahi.
Orang itu melanjutkan pertanyaannya: “Hanya itukah yang akan membantuku dekat denganNya?”
“Dirikan hubungan yang teguh di awal perjalanan spiritualmu. Beribadahlah. Memiliki niat yang kuat juga penting. Dan jika memungkinkan, nikmati kesunyian, itu akan lebih baik.” Jawab al-Husain.
“Tetapi bagaimana aku mencapai tahap dimana aku boleh berkomunikasi denganNya?” tanyanya kembali.
“Aku telah menjelaskan apa yang engkau perlukan” kata al-Husain. Tetapi engkau ingin mencapai sebuah akhir sebelum engkau memulainya, dan hal itu tidak mungkin.
*
adaptasi dari:
-yang mengenal dirinya, mengenal tuhannya-

sambutan raya yg tak berkesudahan..

salam.
hari ni kt sekolah sambutan hari raya pulak. kiranya besar2an la jugak..
ada catering, siap buat concert @ persembahan pelajar n guru lagi.. kiranya majlis poya2 jugak la, pada gua.
hari ni dh 27 syawal, beb! tapi oleh kerana dh dibudayakan oleh orang melayu, selama mana ada syawal, selagi tu la ada open house n sambutan raya. kalau ada 35hb syawal pun nescaya diorang tibai semacam je buat jamuan raya..
tapi tahun lepas ada satu badan swasta buat sambutan raya, tp dh masuk bulan zulkaedah. peh! maksimum punya bangang.. penganjur yang buat maybe tokei2 cina ke apa ke, jenis tak tau amende, tak kisah la sangat bengong diorang tu. tapi kaum yang datang beraya melayu belaka memang confirm akai tak cukup, bak kata orang perak.. tak puas2 raya sampai habis haribulan. puasa rasanya takde semangat setara mana.. sabor je la.
kalau ditanya apa makna raya, harus puak2 ni cakap raya adalah untuk berpoya2. jawab la nanti..
gua?
layankan je la.. pandai2 la depa.

-selamat bersolat jumaat-

Thursday, October 15, 2009

cite sekolah..

Salam.
Kelmarin anak2 murid form three habis exam pmr. Lapang kepala depa, gamaknya.. yang kelas hujung2 tu seronok bebeno le, tak payah nak ngaji dh sebab exam dh selesai. Bagi budak2 kelas depan terutamanya anak2 dara cuak pulak memikio keputusan.. relax la, gua cakap kt diorang. Sementara boleh meriah dan poya2, layan la dulu..
Gua pun relax jugak, sebab gua ngaja form three je. Tapi form five gua layan ngaja pendidikan jasmani. Waktu pj mesti main bola je la.. : ) dari awal tahun sampai la ke la ni, bola je.. bulan puasa baru ni stop jap.. form three pun gua ngaja pj jugak, selain dari ngaja English..
Main bola seronok dengan from five sebab diorang main pakai otak. Kiranya game boleh build up, boleh create movement, main pun lebih cool.. tapi main dengan form three kelam kabut sikit. Depa main kira nak terjah je.. umpama pagi semalam, lepas hujan, pukul lapan main tujuh sebelah. Main padang separuh je, pakai gol handball, kira cantik sangat la.. bila main tak ramai ni tak la serabut sangat, diorang pun takde nak terjah sangat sebab space banyak.. gua walaupun dah forty plus, setakat main dengan budak2 ni, kira boleh layan la. Senang cite, budak2 segan jugak la, ehem, ehem.. nkchai, beb!
Sebenarnya gua nak cite part terjah tu.. ada sekali tu gua dah square boleh kat flank kiri, mamat tu pun cross balik kt gua, bola fifty2 header dengan keeper. Tah macamana keeper tu masuk, dia lututkan gua, kena kt tulang kering kiri. Adoyai! Sakit, beb! Tapi gua control jap sebab ball still in play. Pastu gua usha sat kt tulang kering tu, peh! Putih je, kulit dh tanggal, siap bengkak lagi... tapi gua buat ceren je la, main je. Enjoy the game, bak kata depa. Lastly, menang beso, 8-3..
Apapun, gua enjoy main bola dengan budak2 ni. It makes me feel energetic, young, and thankful that I’m still able to do things I like. Alhamdulillah, nikmat yang tak berkesudahan, beb!

Tuesday, October 13, 2009

andai ku tahu..

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

UNGU

layan jugak lagu ni.. : )

Saturday, October 10, 2009

telefon tuhan..

salam.
masa gua kecik2 dulu, darjah satu kalau tak silap, tahun '72, gua sekolah kt bukit bintang boys school kt jalan air jernih, petaling jaya. pj masa tu first satellite town in Malaysia. tapi itu cite lain la..
ustaz yg ngajar gua ugama masa tu ialah ustaz kamil. time tu kalau ikut gua punya terkenang + ilusi + imaginasi, ustaz tu memang jenis skema punya la.. pakai spec frame tebal, songkok, baju butang sampai rapat. lembut gaya orangnya masa ngajar tapi time naik angin, pernah dia lempar buku kitorg keluar kelas. siap masuk longkang lagi.. tp itu cite lain la..
yg gua nak cite, ada satu hari tu ustaz bagitau kt kitorg, " sape nak telefon tuhan, boleh." kitorg pun tanya la, "apa nombornya?" "24434", jawab ustaz.
balik sekolah tu terus cari telefon, nak telefon tuhan. masa tu bukan mcm sekarang ni, seme org ada telefon. sampai budak2 sekolah rendah pun ada telefon bimbit. keracunan tu.. tapi itu cite lain la..
last2 jumpa telefon kt bit base polis kt SS3, (masa tu gua duduk kt bit base polis dengan keluarga polis yg lain. mcm dok berek jugak la..) masa anggota polis yg bertugas kt counter pegi ke lain, gua dan kaum pun cepat2 dial nombor yang ustaz bagi td..
haram! apapun tak dapat.. jenuh jugak la try 2, 3 hari. last2 asyik tak dapat je, terus lupa tentang kisah nak telefon tuhan..
lama lepas tu, tak pasti la macam mana, baru la dapat tahu yang nombor 24434 tu rakaat2 dalam waktu solat. adoyai!
sabar je la..
bila dikenang2kan hari ni, kemas kias ustaz kamil tu. tapi terlalu tinggi martabatnya untuk budak2 darjah satu.. iyekan saje.. apapun, salam dan terimakasih untuk ustaz kamil.
layan....

Friday, October 9, 2009

jumaat n solat jumaat n petala2nya..

salam.
hari jumaat tiba lagi, alhamdulillah.
maknanya, adalah lagi hayat kita dikandung jasad.
tiba pada hari jumaat, penghulu segala hari yang tujuh, dituntut kita lelaki islam yang sempurna akal, sihat tubuh badan, dan cukup umur, mengerjakan solat jumaat.
maka, perkemaskanlah solat jumaat kita yang dua rakaat dan dua khutbah tu.
bacaan fatihah yang tujuh petala tu pastikan khusyuk agar ia menyelinap menembusi bulu, kulit, daging, darah, tulang, lemak, lendir yang juga tujuh petala di badan kita, agar terus menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan pastikan tujuh gerak solat dari berdiri, rukuk, berdiri, sujud, duduk, sujud dan duduk dihayati, ta'kala tujuh bahagian: dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut, dan kedua ibu jari kaki mencecah bumi semasa sujud, sepertimana tujuh liang dikepala kita: dua di telinga, dua di mata, dua di hidung, satu di mulut senyap hilang ditelan syur, maka kembalilah diri pada keadaan sedia ada kekal selamanya yang menunggang di tubuh adam berbangsa muhammad lengkap dengan hayat, ilmu, kudrat, iradat, sama', basar, qalam.

maka, sempurnakanlah solat.

wallahualam.

Tuesday, October 6, 2009

Layan kitab..



salam.

ni kitab yg gua dok baca at the moment. Kaum-Kaum Yang Pupus oleh Harun Yahya. baru beli pagi sabtu lepas kt mamat niaga kitab di pekan sabtu. kiranya mencelikkan minda la jugak, kitab ni. info yang dipamirkan siap dgn dalil al-Quran dan perbandingan dgn kitab2 agama lain. kiranya sandarannya kemas la, senang cakap. buku ni translation dari versi bhs inggeris, Perished Nations. ada sembilan bab semuanya, dari kisah banjir besar Nabi Nuh, Kehidupan Nabi Ibrahim, Kaum Lut, Kaum 'Ad dan Uber, Kaum Thamud, Firaun yg dilemaskan, Kaum Saba', Nabi Sulaiman, dan diakhiri dengan Ashabul Kahfi. kalau lu orang zoom in pada gambar tu bawah sebelah kanan, boleh tenguk cap mohor Rasulullah. racun, beb!

sebelum ni layan kitab Ayatullah Ruhullah Khomeini, Rahsia Solat. racun kitab tu! begitu halus dan indah bahasanya. terjemahan Indonesia.

layan kitab ni menghidupkan jiwa juga, iyela, bila baca teringat je kt Dia, kan.. nampak Dia saja.

tapi gua layan belaka sebenarnya. semua genre layan.. john grisham, stephen king, fatimah busu, pak sako, lat, buku bola, bahan sejarah, ensiklopedia, semuanya gua layan. kadang2 sampai tak terlayan.. : )

yang penting membaca memperkayakan kita dengan ilmu, pengalaman, imaginasi, angan-angan dan pelbagai perkara yang tak mampu kita kecapi dalam hidup ini. itu sebab kadang2 gua tenguk membaca ni sebagai satu escapism. bila kita mampu baca serta menghayati bahan bacaan itu, kita sebenarnya berada di sebuah planet yang berbeza. itu sebab setengah-setengah orang kalau dah membaca tak nak berhenti. sebab? begitu khusyuk dan menjiwai hinggakan tak nak berpisah dengan alam serta kehidupan yang dilayan dalam bacaan itu..


apapun, layan..

Monday, October 5, 2009

kata za'aba..

ilmu alat sangat berguna
idaman orang yang bijaksana
hamparnya luas amat saujana
tepinya ajal sempadannya fana

za'aba

Friday, October 2, 2009

Nia..

salam.
semalam birthday Nia. Hani Dania nama sebenarnya.. Masuk dua tahun.
tapi takde la mak bapak dia buat apa2 yg special pun, kecuali mendoakan kesejahteraan zahir batin dia je. Petang semalam masa cari nasi lemak untuk angah dan along dia yang turut puasa enam, belikan Nia kek. Jangan tak buat apa2 langsung. nanti dia besar, kalau dia tau mak bapak dia tak kisah, kecik hati dia nanti..
jadi, lepas dh buka puasa dan solat, parents n along, angah, alang, achik dia nyanyikan lagu 'happy birthday' untuk dia. siap tiup lilin lagi.. layan.... ambik gambar, rakam video je..
tenguk la petang karang nanti. maybe nak bawak dia beli sesuatu kot.. maybe la..
tapi yang penting sekali, family dia sangat sayangkan dia, walaupun dia masih kecil untuk appreciate perkara yg agak abstrak. but i know she knows that..



i love u, my little sweetheart!


Thursday, October 1, 2009

putikkan sedikit cinta..

Tuhan, tolong putikkan sedikit cinta dalam hati.
untuk aku cambahkan sedikit baja buat teman diri.
Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk Mu.
sebab rasa macam dah lama tak berasa macam tu.
boleh, ya?
adapted from Thumbelina
 

Bali Accommodation