Thursday, May 28, 2009

Barca 2 Man U 0

salam.
guess i'm not too late to give my thought on the game played earlier in the wee hour..
barca were simply the better team, and they deserved to be crowned campions..
utd were never near their true ability, and credit to barca, as a team, they functioned smoothly, at ease, so composed, that made man u look just like any other ordinary teams..
for man u fans, sabar je la byk2. after a fantastic season, it was disappointing to end like this. anyway, berlapang dada je la, kan.. rezeki masing2, beb!

layan....

Wednesday, May 27, 2009

Yang mana satu?

salam.
kalau diikuti, solat bermula dari waktu subuh, bersambung dengan zohor, lanjut ke asar, masuk maghrib dan berakhir isya'.
tapi ada satu lagi cite mula zohor, sambung asar, jumpa maghrib, pastu isya', dan last sekali subuh.
Ha! yang mana satu sebenarnya?

ikut yang zahirnya sehari solat 17 rakaat, ( ustaz gua masa gua darjah 2 dulu, awal tahun 70an, bgtau klu nk telepon tuhan, dail 24434. balik sekolah jenuh gua try, haram xdpt.... saja la cite kt lu orang. terkenang, beb! ) tapi ada pulak cite 20 rakaat. Apa cite pulak ni?

persoalan timbul persoalan timbul persoalan, tapi tuhan takkan biarkan lu terkapai-kapai selama mana lu yakin Dia berserta. insyaAllah.
lain kali pulak nyembang. Asar, beb. walaupun solat tu hakikatnya solahudaim adanya. Wallahualam.

Thursday, May 21, 2009

Saje la bgtau....

God is everywhere.
you just need to pause long enough to feel Him.

Wednesday, May 20, 2009

Anggur....


salam. ceritera lagi....

satu ketika dahulu, empat sahabat berlainan bangsa; parsi, turki, arab dan greek, sedang berada dalam perjalanan bila mereka mula bertengkar tentang bagaimana mereka hendak membelanjakan wang simpanan mereka yang terakhir. keempat-empat mereka kelaparan, tetapi si parsi hendak membeli angur, si turki pulak nak beli uzum, si arab nak beli inab, dan si greek ingin membeli stafil. pertengkaran semakin panas kerana mereka semua inginkan apa yang mereka kehendaki.

kebetulan lalu seorang ahli bahasa di situ. maka orang itu pun meminta wang simpanan yang tinggal itu dan berkata yang dia dapat memenuhi hajat keempat-empat sahabat itu. setelah mengambil wang tersebut, ahli bahasa itu pun pergi ke kedai dan membeli empat tangkai anggur. dia pun memberi kepada sahabat2 itu setangkai seorang. "Inilah angur ku", kata si parsi. "Inilah yang aku panggil uzum", kata si turki pulak. "Oh, engkau telah membeli inab untuk ku", kata si arab. "Tidak!" kata si greek. "Dalam bahasa aku, ini di panggil stafil".

tiba-tiba, keempat-empat sahabat itu sedar apa yang mereka tengkarkan dan kehendaki tadi adalah perkara yang sama tetapi mereka tak dapat menyatakannya..


keempat-empat sahabat tadi adalah perlambangan aneka manusia yang mencari pengisian jiwa @ santapan rohani yang mereka tak ketahui bagaimana nak menyatakannya, dan dinyatakan dengan cara yang berbeza. ahli bahasa itu pula adalah seorang sufi, seorang mursyid yang bisa mempertontonkan jalan kepada manusia tentang apa yang dicari oleh jiwanya, walaupun namanya berbeza tapi hakikatnya tetap sama.

walaubagaimanapun, ahli bahasa itu hanya boleh menawarkan anggur sahaja, tetapi tidak araknya, yang menjadi pati kepada anggur tersebut. dengan kata lain, manusia tidak boleh diberitakan tentang hakikat segala, kerana ilmu sedemikian bukan untuk dikongsikan, melainkan ia dirasai, dinikmati, dialami oleh jiwa yang sanggup menempuh jalan berliku, halangan tak berkesudahan, ranjau yang panjang, dan semuanya berlaku di dalam alam saghir, bukan alam kabir tempat pertarungan ini, sekadar meneguk secangkir arak dari piala kecintaan Tuhan, yang nikmatnya tiada terbanding.. wallahualam.


Nukilan dari Jalaluddin Rumi, diceritakan semula oleh Idris Shah, Sheikh Sardana, dan disampaikan di sini dengan bahasa sehabis mudah oleh nk chai.

Sunday, May 17, 2009

layan....

so much to say
so little time

Sunday, May 10, 2009

awal agama


awal agama mengenal Allah

kenal Allah kenal diri

kenal diri kenal Tuhan

kenal Tuhan binasa diri

binasa diri nyatalah Tuhan


wallahualam

Saturday, May 9, 2009

raja si muraq


versi melayu pulak kali ni gua cite kt lu orang. ye la, hari tu cite versi inggeris lu orang x nk layan. tapi sebenarnya gua x kisah pun, sbb gua layankan saja....

cite raja si muraq ni asalnya ditulis oleh Farid ad-Din Attar, seorang berbangsa parsi yang hidup di abad ke duabelas dulunya...

kisahnya bermula bila semua burung di dunia berkumpul mengelilingi hoopoe, seekor burung mitos, yang terpilih untuk membawa mereka semua berjumpa dengan Si Muraq, raja segala burung. sebelum bermula perjalanan, kesemua burung itu disuruh bersumpah taat setia patuh kepada arahan hoopoe. sumpah itu perlu kerana perjalanan yang akan mereka tempuhi penuh dengan halangan2 yang hebat, baik dari segi fizikal maupun emosi. segala arahan hoopoe harus dipatuhi tanpa banyak soal.

untuk sampai ke hadrat si muraq, mereka harus tempuhi tujuh lembah yang penuh halangan. lembah pertama adalah lembah pencarian. di sini semua burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak duniawi. lembah kedua adalah lembah kecintaan di mana semua burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka terbakar. lembah seterusnya adalah lembah misteri, di sini semua burung harus memilih jalan sendiri lantaran "terlalu banyak jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa yang sesuai dengannya." di lembah perpisahan, semua tuntutan, semua nafsu duniawi harus ditanggalkan dari hati. di lembah kesatuan, yang banyak menjadi satu.

sebaik saja sampai ke lembah yang keenam, lembah keanehan, burung2 itu, yang sangat keletihan dan kebingungan, menembusi hijab berpasang2an, dan mendapati jiwa mereka kosong. hinggakan mereka menangisi, "aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu dari diriku." "Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah yang sebenarnya aku dambakan?"

akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kekosongan, di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran, menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.

bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja si muraq.

daripada beribu2 ekor burung yang memulakan perjalanan, hanya tiga puluh saja yang berjaya mengharungi segala payah jerih. dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam cermin diri. si muraq, ataupun sirmurgh, adalah perkataan parsi yang bermaksud tiga puluh ekor burung. maka di sini, di penghujung jalan, burung2 itu berhadapan dengan realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah 'diri mereka sendiri' dan 'diri sebenar diri'.

begitulah adanya..

jadi, apa sebenarnya yang tersirat disebalik segala yang tersurat, atau bak kata orang puteh, the moral of the story? hmm, it makes me wonder.... try tanya m.nasir tengok.. amacam? ha!

kenal diri

"Aku kenal akan Tuhanku dengan pengenalan Tuhanku jua "
 

Bali Accommodation