Friday, August 31, 2012

nak makan sandwich..

Hari tu kt sekolah gua terasa nak makan sandwich, tapi malas nak ke kantin.. gua pun keluar dari bilik @ markas gua, perhati2kan sekitar cari budak lalu lalang, nak mintak tolong belikan le..

Usha punya usha, lalu la kaum 3 , 4 orang budak2 form 1. Gua pun panggil la diorang..

Gua: bang! Tolong belikan saya sandwich, boleh tak?

Student: boleh, sir. Nak beli berapa?

(Sambil hulurkan duit..)

Gua: beli singgit, dapat dua, kan..

Student: ok, sir..

Gua: nanti hanto ke bilik, k. saya tunggu..

Student: ok, sir..

(Sambil berjalan budak2 tu tanya gua pulak..)

Student: sir, kalau sandwich takde, macam mana?

Gua: ada punya la..

Student: tapi kalau takde?

Gua: kalau takde hang suruh makcik kantin pegi kedai beli

roti, sardine, planta, timun, cili sikit, pastu suruh dia

buat sebantal roti tu jadi sandwich, pastu suruh dia sedekah je

sandwich tu semuanya, buat keje amal, khabo kt dia..

Ha! Amacam? Jelas isunya?

(Budak2 tu blur, terpinga2, dan terus bla pegi kantin.. tak lama sampai sandwich gua.)

Gua: ha! Ada tak sandwich?

Student: ada, sir.

Gua: terimakasih banyak2 atas kerjasama saudara semua. Semuga diberkati Tuhan.

Student: sama2, sir. (…dan terus bla..)

Saje la cite kt lu orang..

sandwiches by Mo Westein 1

biarlah sgala pergi berlalu

Kalau pilu datang bertamu

Sedih pedih menusuk qalbu

Prasaan berantakan dihiris sembilu

Biarkan saja ia berlalu

Kerna tiada la ia

Hanya palsu


Kalau gembira menyapa dada

Mengusap ria seronok terasa

Biarkan saja ia berlalu

Kerna tiada la ia

Hanya lagho


Yang penting dituju

Agar syukur dan tenang selalu

Adalah bersama yang Satu


Maka biarlah sgala pergi berlalu

nkc

Thursday, August 30, 2012

keputusan..

apa keputusan hati,
itulah keputusan Tuhan jua..

merdeka!


now, that's what i call a real merdeka..

nunkaf

Wednesday, August 29, 2012

bliss


Sunday, August 26, 2012

raya seminggu

Jumaat 17hb

Petang pkl 3 cargas otw balik pj rumah bak n mak.

Packing baju budget tiga malam punya stok.. kereta banyak atas jalan, beb.. maklum je la, nk raya, kan.. tapi bila sampai pj, pukul 535 masa tu, memang heaven la, gua cakap lu.. kereta ada, tapi tak banyak, n tiba2 menyebabkan gua terlebih seronok pulak balik pj kali ni..

malam terawih dengan mak, bak, al, ida n anak2, adek n anak2.. janji ditepati dengan mak..

Sabtu 18hb

Last day pose.. bermalas2an je kt rumah.. petang sikit pegi giant mall dengan family. Window shopping je.. buka pose hari ni ada abang n anak2, ida n fmly, al n anak2.. meriah! Sebab almost everyone was here..malam takbir ramai2..

Ahad 19hb

Raya 1433. Pagi2 lg pukul 7 dh makan nasi Bukhara, leftover semalam.. got ready, n jln kaki ke masjid bersama abil n arief.. the whole day was filled with joy n laughter, n food of course. Ketupat nasi n pulut, nasi empet, nasi minyak were the main dishes. Siap dengan rendang, ayam masak merah, dalca, sambal tumis ikan bilis n kacang, peh! Banyaknya..Time of merriment.

Semua ada except ajib n family yg balik Melaka dulu.. sampai ke malam pkl 10 ada org dtg lagi. Letih! Tp layan..


Isnin 21hb

Pagi ni lontong! Memang special klu mak yg buat @ resipi.. tengahari, 1235, gerak balik. Stop kt rumah akak kt kkb. Lunch sana.. ptg sikit gerak balik. Sampai rumah kt maghrib. Alhamdulillah. Malam goreng telur dadar je buat lauk dinner..

Selasa 22hb

Pas dh siap seme org, pegi beraya kt rumah abg mat. Ada soto, gua ckp lu, pagi2 ni..pastu singgah rumah kak enon pulak. Lon buat pecal. Terbaek! Pkl 2, fuad n fmly, ina n fmly dtg beraya. Petang mawi n fmly, halil n fmly dtg pulak.. pegi kg gjh dgn mawi, tunjuk kebun swt 5 ekar kt dia.. malam pas gorib, dewi pulak dtg dgn hubby nya.. malam tu I got to know that I was not welcomed at akak’s house the previous day, just because I wanted to promote my health drink...iyekan saje..

Rabu 22hb

Pagi2 lg dh cargas ke jawang, kuala kangsar. Membaja kt kebun, beb.. sambil mmbaja sambil mengemas pelepah.. so good to be there again. pukul 2 baru siap, pukul 4 baru sampai rumah.. malam terkulai keletihan.. layan..

Khamis 23hb

Breakfast kt nasi beriani manjung pagi ni.. ok jugak.. pastu cargas buang sampah, pegi kebun kelapa kg sg tiram, beli baja untuk esuk, ke manjung beli barang2 untuk iliya n abil. Diorang nk balik asrama sabtu nanti, kan.. pastu lepak dgn joi sambil2 menge’teh’. Kt rumah, anak2 murid missus dr pagi sampai ptg tak henti2 sampai.. Malam bawak bertenang.

Jumaat 24hb

Pagi ni pegi kebun kg gajah pulak.. missus ikut jgk.. membaja F4 100 pokok, urea 320 pokok. Repair pintu pagar jap, tengahari cargas! Pas mgrb raya rumah kak pau,

pastu pegi beli oblong burger sambil bawak abil n arief gunting rambut..

Sabtu 25hb

Pagi ni pegi pekan sabtu. Tak ramai lg orang niaga n datang.. tengahari ada kenduri kawin. Ptg bwk bertenang kt rumah dgn fmly.. malam pun gitu je, n mlm ni dh tak berapa sronok sebab lusa nk sekolah dh.. baru nk cuti.. : (

Sabo je la..

Saturday, August 25, 2012

solat


solat itu adalah isra' dan mikraj.
solat adalah pengembaraan yang
membawa kepada kebenaran.

hati adalah tempat Dia bersemayam.
cahaya di atas cahaya.
Dia membimbing ke jalan Nya.

أشهد أن لآ إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله

Kerana yang dikasihi

hati saya gembira,

jiwa saya diterangi.

Dari kehijauan tercinta

beratus-ratus sungai diberkati

mengalir ke taman mawar.

Dalam usaha untuk memasuki taman mawar,

jiwa berdamai dengan duri.

Memilih cinta. Memilih cinta.

Tanpa cinta yang indah ini,

kehidupan hanyalah beban..

- Rumi

 

Bali Accommodation