Thursday, March 17, 2016

janji Tuhan

Pagi semalam bawak deme pegi breakfast
Singgah kt bt 10 membeli ikan dan sayur
Dolah pun khabo, cikgu dah tau ke?
Apa cite nya.. suami cikgu rosnah meninggal petang semalam.
Tersentak jiwa muhali meninggal dunia
Baru seminggu dua berlalu berjumpa
Hari ni dah takde
Petangnya ke rumah deme
Berjumpa rosnah bertanya khaba
Kisahnya demam gitu2 je
Tak lalu makan minum saja
Dekat asar lebih kurang gitu
Dia dah takde pulang ke hadrat
Yang Empunya
Senang je nampak zahirnya, kan
Yelah, dia memang orang baik2
Dua tiga tahun kebelakangan ni
Melayan jemaah tabligh
Solat tahajud idak lupa
Muka tenang senyum sahaja
Hanya doa dapat diberi
Semuga mendapat redha ilahi 
agar kita begitu jua
akhirulkalam mendapat kasih Nya
Insaf jiwa masa hanya sekelumit jua
Bila2 boleh pulang
Janji Tuhan

No comments:

 

Bali Accommodation