Thursday, July 30, 2015

cinta bintang kejora


Cinta kita laksana bintang kejora
Kerdipan menerangi maya-
Tapi kini
Sudah mati -        tiada lagi
Image result for bintang kejora
nkc

Pada lelangit melankoli

Pada lelangit melankoli
Hati bertanya lagi
Kenapa hanya pilu
Datang meracun kalbu 
Luka yang dulu masih terasa

Kenapa hadir pula kata berbisa

nkc

Tuesday, July 28, 2015

hasbi Rabbi

Tuesday, July 21, 2015

nameless and forgotten



if only i were nameless and forgotten

Virgin Mary

Tuesday, July 14, 2015

demi wajah Nya


Siapa yang beramal  demi pahala, nescaya akan letih dengannya.
Siapa yang beramal kerana takut siksa, nescaya akan letih dengan prasangka baik.

Siapa yang beramal demi wajah Nya, nescaya tiada letih baginya.

Sunday, July 12, 2015

won't they?


when somebody love you
they will always do..

won't they?

Image result for love

gerhana cinta luka

suatu ketika dulu ada cahaya dalam jiwa
kini yang tinggal hanya gerhana

Image result for eclipse of the heart

Friday, July 10, 2015

Thursday, July 9, 2015

Muntanabbi

Mereke mengenakan kain brokat,
Tidak untuk membuat dirinya lebih cantik,
Tetapi dengan itu mereka hendak melindungi kecantikan mereka.

Tuesday, July 7, 2015

Monday, July 6, 2015

bangsa dan agama

Umumnya di Malaysia tanggapan tipikal orang melayu khususnya adalah, melayu mesti Islam, cina mesti budha, india mesti hindu, serani mesti kristian dan lain2. Tapi ia tak semestinya dan tak sepatutnya demikian, kerana bangsa tidak melambangkan atau menunjukkan agama. Apa kena mengena bangsa dengan agama? Tiada langsung. Di China, ramai penduduk beragama Taoist atau budha. Tapi berjuta-juta juga yang beragama Islam. Malahan lebih ramai daripada Islam di Malaysia. Di India, majoriti beragama Hindu tetapi tak kurang ramai yang beragama Islam. Di Indonesia yang majoritinya beragama Islam, ramai juga yang beragama Hindu, budha, Kristian dan sebagainya. Di Negara-negara Arab seperti Mesir dan Lubnan ramai orang Arab yang beragama selain daripada Islam.

Jadi, bila di Malaysia ini ada melayu yang bukan beragama Islam, ramai yang melatah dan melabelkannya dengan istilah murtad lantaran tanggapan umum melayu mestilah Islam di Malaysia. Sesungguhnya tanggapan ini adalah sesuatu yang meleset. Pernahkah kita bertanya apa sebab dia memilih jalan begitu? Bagaimana didikan agamanya selama ini? Apa yang menyebabkan dia memilih jalan itu? Sesungguhnya dalam agama itu tiada paksaan. Tidak bolehkah kita cuba menyiasat dan memahami terlebih dahulu? Apatah lagi bila kita mengambil kira melayu Islam di Malaysia ini rata-rata adalah Islam warisan. Bila mana mak bapak datuk nenek moyang kita dulunya Islam, maka kita melayu kononnya semua mesti Islam.  Salah tu!

Kenapa saya katakan demikian adalah kerana Islam kita hanyalah ikut-ikutan kebanyakkannya. Ibadat dan cara dan gaya hidup dipisahkan. Islam tidak benar-benar meresap dalam jiwa dan menjadi cara hidup kita. Contohnya berapa ramai daripada kita faham bacaan dan wirid dalam solat itu? Paling tidak pun cuba memahami al-fatihah. berapa ramai yang mengamalkan disiplin semasa solat di luar solat? Kenapa kita berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga tapi mata , mulut dan telinga, dan lebih-lebih lagi hati, kita abaikan dan tak menjaganya? Kenapa kita bersungguh beraya sampai habis sebulan syawal? Sedarkah kita aidil fitr adalah kembali ke fitrah kita, yakni sesuci bayi yang baru dilahirkan tetapi pada hari raya kita berfoya-foya makan minum tak ingat dunia seakan sebulan puasa kita dipaksa menahan lapar dan dahaga, maka bila tiba hari raya kita seolah membalas dendam. Kenapa jadi begini? Jawabnya, Islam kita adalah Islam warisan.

Sedarkah kita Islam @ iman tak boleh diwarisi? Nabi Nuh, Nabi Lut masing-masing tak mampu mengajak anak isteri ke jalan yang diredhai. Dalam satu lagu kumpulan Raihan, bait-bait liriknya menyatakan iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa. Iman bukannya boleh ikut-ikutan. Iman bukannya boleh dijual beli. Iman adalah abstrak. Suatu keyakinan yang tak dapat dihuraikan. Hanya jauhari mengenal manikam.

Bila mana kita menyatakan kita beragama, sepatutnya agama itulah cara hidup kita. Kalau benar agama cara hidup kita, agama itu hidup dalam diri kita. Kita akan hidup berlandaskan agama. Zahir dan batin. Berapa ramai yang solatnya cukup lima waktu? Berapa ramai yang boleh mengatakan dia khusyuk dalam solatnya? Berapa ramai yang memasang niat untuk melakukan pekerjaan hari itu sebagai satu ibadah kepada Tuhan, lalu berdoa sebelum keluar rumah, dan berdoa sepanjang hari? Berapa ramai yang sentiasa memberi salam dan senyuman kepada sesama insan, walaupun tak dikenali? Berapa ramai yang menjaga adab dalam majlis, yang menjaga hati orang lain, yang menghormati sesama insan, yang sentiasa cuba mengembirakan orang di sekelilingnya, yang suka menolong tanpa minta dipuji apatah lagi dibalasi, menolong tanpa perlu dipinta dan dipaksa, melakukannya demi Allah semata-mata.

Islam itu agama kedamaian, agama yang menganjurkan kasih sayang sesama insan, agama yang toleran. Tetapi di luar sana kita melihat ramai orang yang melakukan sebaliknya. Anak muda orang tua lelaki perempuan tanpa rasa bersalah dan malu terlibat dengan jenayah, dengan dadah, maksiat, mengadu domba, orang yang berkuasa berlaku zalim memakan riba, menipu dan berjanji palsu, ramai orang Islam bermusuhan sesama sendiri. Membunuh, merompak, menipu, adalah lumrah masa kini. Gejala sosial di kalangan remaja begitu membimbangkan. Apatah lagi dengan zina, membunuh anak yang tidak berdosa, anak-anak derhaka pada orang tua, anak muda hilang rasa hormat pada orang yang lebih tua. Inilah permasalahan yang timbul bila Islam kita selama ini hanyalah warisan, disulami dengan hiburan yang tiada henti, kemudahan FB, apps telefon pintar yang menghantui, lahirlah insan yang berpura-pura, yang bermuka-muka, munafiq, hidup umpama berada dalam bahtera tiada bernakhoda. Hanyut dan terus hanyut menanti ditelan ombak ganas kehidupan yang lagho lagi sementara.

Kalau umat manusia hari ini benar-benar beragama, tidak kiralah agama apa sekalipun kerana sesungguhnya semua agama menganjurkan kebaikan dan kasih sesama insan, nescaya tiada sengketa. Nescaya semua gembira bersama, berat dipikul ringan dijinjing. Semua akan hidup aman damai penuh kasih sayang. Semua umat manusia akan berada dalam suasana syurga. Tenang dan syukur selamanya.

Kesimpulannya, manusia harus menyedari hakikat tiada agama atau iman yang boleh diwarisi. Lantaran hidup ini penuh dengan kepalsuan, ibubapa dan para guru serta ilmuan mesti memainkan peranan dan merencanakan pedoman agar anak-anak kita hari ini akan menjadi insan yang berpekerti tinggi di suatu hari, yang mengimbangi hidup ini agar berjaya duniawi ukhrawi.

Saya menantikan hari itu..

-nkc-

6th July 2015


Sunday, July 5, 2015

Saturday, July 4, 2015

say what..

Wise

Friday, July 3, 2015

pencuri nangka

Pokok nangka yang gua tanam dua tahun lepas baru2 ni berbuah empat biji.. sebenonya banyak lagi tapi tak lekat..

Bila yang empat biji tu beso sikit gua pun balut  le.. memang sebelum ni pun pernah berbuah dan memang buahnya ternyata terbaek gua cakap lu.. nangka madu la , katakan.. jadi, setelah menunggu hampir empat bulan, akhirnya gua perasan masak lee dua biji buah ni masa gue tengah melayan pokok  kt luar laman. Gua pun amik parang dan cantas tangkainya.. pastu gua belah n kongsi dengan jiran2 keliling rumah. Malam tu makan dengan family memang terbaek, beb !

Lagi dua biji kt pokok tu mungkin akan masak dalam seminggu ni jugak.. lusa nya time  gua usha buah nangka tu sebelum buka pose, tetiba gua tengok dah ghaib dh buah2 tu. Memang cilaka la sape yang curi tu. Klau nak, mintak lee..boleh kita kongsi sorang sikit.. dulu pun pernah kena curi jugak.. gua suspect pencuri yang sama la.. sebab mungkin dia dah tau nangka gua memang A.. gua rasa nak sumpah jee orang yang curi tu kentut tak berhenti selama setahun, tapi mulut gua tak cukup masin.. daulat gua tak cukup power.. tuhan pun tak makbulkan sumpah gua tu agaknya..


Sabo je la..kan..

Image result for nangka madu

Thursday, July 2, 2015

Wednesday, July 1, 2015

melukis Tuhan

Aku
Melukis Mu dalam diri
Melukis Mu dalam hati

Sebak dada
Sesak rasa
Aku perhati
Di luar di dalam
Aku mati dalam hidup Mu

Aku melukis Mu
Tanpa jemu
Aku rindu
Pilu bertalu


Guala!
 

Bali Accommodation