Monday, May 26, 2014
Friday, May 23, 2014
Thou
I saw my Lord with the eye of my heart, and I said: who art Thou? He said: Thou.
Mansur al Hallaj
Thursday, May 22, 2014
pelam telur kembali lagi!
hasil tuaian petang khamis! |
Esuk cadangnya nak bawak
ke sekolah sikit, bagi kaum layan..
Cadangnya le, kan..
Panda sudah mari!
Panda ditatang macam anak raja..
rakyat dibiarkan merempat..
memang keparat punya keje!
Sunday, May 18, 2014
Saturday, May 17, 2014
cinta - 3 bait
Cinta bukannya kemusnahan,
Cinta bukan penyembahan,
Cinta juga bukan penghambaan,
Cinta tak sepatutnya menjadi tekanan.
Cinta bukannya obsesi,
Cinta bukan depresi.
Cinta hanyalah mencintai,
Tak terikat dan dihantui.
Cinta bukannya obsesi,
Cinta bukan depresi.
Cinta hanyalah mencintai,
Tak terikat dan dihantui.
Cinta adalah kebebasan,
Ketenangan, kegembiraan,
Keseronokan.
Cinta adalah kenangan,
Berkongsi rasa,
Kata tanpa suara,
Bergema di dalam jiwa..
nkc
semalam hari guru
Semalam hari guru.
Beratus ucapan gua dapat, kalau pun
tak beribu,
Dari seluruh negara, kaum kerabat, ex
students, sedara mara,
Kat sekolah jangan cite lah! Sikit2
budak2 khabo,
“selamat hari guru, sir!” happy
teacher’s day, sir!”
Gua pun jawab, “terima kasih, thank
you thank you!”
Layan je le..kan.
Pagi2 baca ucapan menteri,
Pastu nyanyi lagu keramat ‘guru
malaysia’
Ramai2 bersemangat,
Time budak2 buat show,
Gua numpang jugak sekaki,
Layan kaum cikgu nak nyanyi,
Pk 1 nyanyi sambil berpuisi,
Koir Jimba Jimba cikgu pompuan pun
nyanyi sama,
Gua olah lagu olele di kotaraya &
pabila larut malam,
Memang mengancam cikgu nyanyi,
Akhirnya gua pun nyanyi selagu,
Lagunya ‘ngam ho’ naik bukit kasi
pelan2 kayuh,
Layan, beb...
Dapatlah jugak hadiah gitu gini,
Budak2 bagi campur cikgu bayo dan beli
sendiri,
Okey la tu dapat sesuatu,
Malam pulak ada jamuan,
Merai hari guru dan jamuan perpisahan,
Dijemput yours truly jammin’ lagi,
Boh dua lagu kali ini,
Crowd seme sunyi dan perhati,
nk chai yours truly,
melayan duniawi..
moral of the story:
layan, jangan tak layan,
tapi,
jangan sampai tak terlayan..
setitis air laut
Jurugambar David Littschwager mengambil gambar menakjubkan setitis air laut yang diperbesarkan sehingga 25 kali yang menunjukkan ekosistem larva ketam, diatom, bakteria, telur-telur ikan, zooplankton, dan cacing.
Friday, May 16, 2014
Thursday, May 15, 2014
now that's nice..
"I’m moodY like SQuidward. Sometimes selfish like Mr. Crabs. A bit dumb like Patrick. But I’ll be there for You like SponGeBob."
Monday, May 12, 2014
you'll never cry alone, Kopites!
thank God Man City won the English Premier League. not that i love @ support man city, but i would always prefer them winning the league rather than liverpool. any other team, for that matter, as long as it's not liverpool. old foe dies hard..
tell suarez that he'll never cry alone, ok!
ahak!
as for gerrard, personally i was sorry to see him slipped against chelsea, which to me, was the catalyst for liverpool grip on the league to slip away..
try again, the reds!
tell suarez that he'll never cry alone, ok!
ahak!
as for gerrard, personally i was sorry to see him slipped against chelsea, which to me, was the catalyst for liverpool grip on the league to slip away..
try again, the reds!
Sunday, May 11, 2014
Thursday, May 8, 2014
Mawlana Shaykh Muhammad Nazim Adil al-Haqqani
Mehmet
Nâzım Adil (Arabic: محمد ناظم الحقاني , born April 21, 1922 CE / Sha'ban 23, 1340
[Hijri year AH] and died May 7, 2014), formally referred to as Muhammad
Nazim Adil al-Qubrusi al-Haqqani (Turkish: Nazım
Kıbrısi), often calledShaykh Nazim,
was a Turkish
Cypriot Sufi Sheikh and
leader of the Naqshbandi-Haqqani Order.
innalillahiwainnailaihirajiun
kerna aku menyinta
Tak aku menyinta kecuali kerna aku menyinta
Aku menyinta kerna Kau aku cinta
Perlahan-lahan tapi pasti
Akar cinta bertaut rapi
Terhunjam ke tanah
Pucuk kasih tersusun rapi
Pucuk kasih tersusun rapi
Melangit ke jannah
Pasti sampai ke mati
Cinta suci kekal sejati
nkc
tentang Cinta
Apa saja tentang
Cinta
Hanya ceritera..
Kerna Cinta
Hanya pecinta merasa..
Rasa & rahsia
Yang tak terbicara..
Guala!
Tuesday, May 6, 2014
cinta
Kalau kau lihat ombak lihatlah air
Kalau kau lihat pantai lihatlah pasir
Kalau kau lihat sinar lihatlah mentari
Kalau kau lihat aku lihatlah Nya
Kalau kau gagal melihat
hampa belaka sia-sia jua
kerna cinta melihat Nya atas segala
ku2
Thursday, May 1, 2014
bila..
Bila hujan menuruni
Carilah sang pelangi
Bila gelap menjelang
Carilah bintang
berkerlipan
nkc
dalam hati..
dan hati manusia
seumpama lautan
bergelora dengan ributnya
pasang surut tak menentu kekadangnya
jauh ke dasar dalam tak tersentuh adanya
dan pasti ada mutiara jua di sana..
dan hati manusia
adalah jendela
kekadang tertutup rapi
segala rahsia terkunci
kekadang terbuka luas
menunggu sehingga tiba puas
dan hati manusia
adalah segala
merangkum segenap usia
menyimpan segala rasa
segala rahsia
segala-gala..
nkc
Subscribe to:
Posts (Atom)