Sunday, February 20, 2011

bak n mak: hero hindustan melamar gadis melayu



Hari raya kedua. Tahun 1954. Hari tu, mak jalan beraya dengan adik dia, cik intan, dan kawan2 sekampung. Mak masa tu keje polis. Kat alor setar. Pangkat sarjan, beb..

Sebelum tu, masa bulan puasa, bak ada mengirim surat, bagitau yang dia nak datang. Mak balas, dan mak cakap, nak datang, datang la..

Dah puas beraya, dah lepas isya’ pun, mak akhirnya naik beca balik la ke rumah atok. (kitorang panggil atok kedah..) rumah atok kat sungai korok, sebatu dari alor setar. (Ingat lagi time budak2 dulu, bila nak pegi rumah atok, mesti turun bas kat tepi jalan besar, ikut lorong kecil di celahan semak, lintas jalan keretapi, dan sampai la kat rumah atok. Rumah atok dekat dengan sungai. Keliling ada pohon nyiur dan rumah2 kampung lain.. masa tu la, tahun 70an.)

Masa nak sampai rumah, ada budak2 kat situ bagitau yang ada orang datang cari mak. Mak ingatkan polis datang nak bagitau mak kena duty. Tapi sesampai je katrumah, bila nak masuk, mak terdengar suara bak, sedang berbual dengan atok. Rupa2nya bak memang betul2 datang! Bak datang dengan sarjan hashim. Bak pangkat mata2 je, walaupun sebelum tu dia pangkat sarjan. Tapi bila dia belasah pegawai polis bangsa mat saleh, terus kena turun pangkat... mak, apalagi, terus berdebar kerana tak sangka bak akan datang. Ingat main2 je.. bak datang dari johor. Tahun ’54, beb. Sendiri mau ingat la berapa jauh nak travel dari johor bharu ke alor setar. Sehari jugak la, gamaknya.. bak rupanya datang meminang mak. Bak cakap pada atok yang dia datang dari johor bharu, dan dia bagi tempuh tiga hari untuk dapatkan jawapan. Peh! Tiga hari je, beb! Tak tau la apa yang mak bincang dengan atok, tapi bila bak datang tiga hari kemudian, atok bagitau yang mak setuju.

Ingatkan kedatangan bak meminang mak dengan selamba tu dah kira hebat dah, tapi ada lagi yang lebih hebat rupanya. Tiga hari selepas itu, bak terus bernikah dengan mak, dengan hantaran rm500 dan sebentuk cincin, dan atok pun buat la kenduri. Kenduri yang dirancang dalam tiga hari, macam mana la agaknya kelam-kabut persiapan.. (kat batu pahat tak buat kenduri pun. saje la bagitau..)

Namun, dalam masa yang suntuk tu, mak sempat menempah baju pengantin warna biru. Bak pun sempat dapatkan baju melayu warna biru jugak. Maka, bersandinglah kedua pengantin dihari yang bersejarah, 8 syawal 1373h @ 9 jun 1954. Mak umur 20 tahun dan bak 25 tahun. Hero Hindustan menikah dengan gadis melayu. Peh! (to me, bak memang ceren je..)

Dan tiga hari kemudian, bak pun berangkatlah kembali ke johor bharu sebab cuti dia dah habis. Tinggallah mak kat alor setar. Tapi tak lama, sebab tiga bulan selepas tu, mak berhenti keje, bak yang suruh, dan pegi la ke johor bharu diteman atok.

(gamaknya kalau mak tak berhenti keje, mesti pencen paling koman pangkat OCPD kot.. gamaknya la..) Tinggallah mak bersama bak sejak itu.

Hingga ke hari ini, hampir 57 tahun kemudiannya, masih kekal bak dan mak hidup bersama. Syukur Alhamdulillah.

Dan cerita ini dirakamkan pada hari ni sebab hari ni birthday mak yang ke 77, so, happy birthday, mak!! I love you so much, so much so that mere words can hardly describe how I feel for you. For both of you, actually, bak dan mak. To bak, happy birthday too, yang ke 82, end of the month, insyaAllah.

luv u guys, forever n ever n ever n ever....

2 comments:

dragonfly said...

bak's birthday early next month la.... very early, the first day of march infact :) don't mind your younger sister. as u can see she is just trying to be anal about the date and trying to annoy u, haha...

ku2 said...

salam. tau la.. : )
all d dates r in d reminder.

 

Bali Accommodation