Wednesday, June 30, 2010
bergetar jiwa
tadi gua baca blog sufimuda. layan..
tajuknya 'menjumpai Tuhan di dalam kamar Nya'. macam2 la citenya, panjang, tetapi syur..
takde la gua nak cite apa sangat, sebab baik lu orang baca sendiri, kan.. tapi sedikit yg gua nk kongsikan kt sini adalah kata2 berikut:
ku pandang pandang mata tak jemu
tak puas puas rasa merindu
walau nyata di pelupuk mata
tak ku izinkan berkedip walau sekejap jua
sungguh, begitu menusuk kalbu, menggetarkan jiwa, gua cakap lu! hanya jauhari mengenal manikam, kan..
layan....
Tuesday, June 29, 2010
don't lose yourself
Don’t lose yourself.
In life, many events occur. Even though you are sometimes drowned in your memories; good and bad, joy and sorrow, hope and despair, dreams and broken dreams; don’t let these feelings overwhelmed you.
Things happened.
For a reason, if you bring God into the picture. As such, the incidents and accidents and fascinations that passed by your life, are stuffs to make you wiser.
Often you are divided.
Longing for the past, and dreams for the future. Looking back, one can’t help but to live on, and to live for.
Memories hurt.
It’s true. But they are supposed to enrich your feelings: bliss, hopes, dreams, despairs, sorrow, misery.
People dream. Everyone has dreams. Do you know why you need to dream? So that you have something to live for and something to hope for.
Need for a change.
You can’t change the past but you can always make sure that things do not repeat themselves. You can always work things out for the future for they are in front of you, though things are not guaranteed to happen. But you can change. Because if you hold on to the past, you will lose your future.
Thus, don’t let your memories interrupt your goals, aims, dreams. Don’t let them make you become stagnant. Don’t ever give up with life.
After all have been said and done, thank God for the chance to live this precious life.
Truly,
Guala! juni2010
I am….
On the road to find out.
In the end I will know,
But on the way I wonder.
Cat Stevens @ Yusuf Islam
Monday, June 28, 2010
siratul mustaqim
"barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakannya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya."
Saturday, June 26, 2010
berapa line hang ada?
Malam tu pun memang dah lambat gila. Kawan ajak pukul 11malam. Gua sampai 130pagi. Inilah contoh Janji Malaysia Boleh!
So nak cepat punya pasal, sampai sampai je seberang disko tu gua terus parkin kat tepi jalan. Double-line lagi tu. Atau line kuning. Gua tak ingat sangat. Arr lantaklah gua pikir. Dah malam-malam buta... polis trafik mana rajin saman menyaman.
Tau tau gua turun kereta je nak pecut ke seberang macam Watson Nyambek, mamat sekor ni pulak sahut gua.
"Eh bos, parking? Sepuloh ringgit."
"Hah, amenda? Sepuloh? Tepi jalan pun kena bayar ke?"
"Ye bos, jalan dari sana sampai hujung sana kitorang tengok punya".
"Tengok apa. Tu gua taruk kereta kat double-line tu".
"Tapi kita Tiga Line, bos. Trafik semua dah kautim dah sama kita".
Hah...gua pun tergamam sebentar bila dengar dia punya cakap. Polis kita ada Jabatan Trafik, Special Branch, dan yang lain-lain...sekarang siap ada cawangan Tiga Line. Memang terrer. Entah bila diorang sepakat dengan Geng Tiga Line pun gua tak tau. Tak keluar berita Bernama pun. Patut buat upacara menandatangan MoU (Memorandum of Understanding).... biar wartawan semua gi buat liputan, barulah kita sebagai rakyat tau korang dua dua pihak ni dah sepakat. Kalau betul bajet lari, korang buat kenduri kat warung pun gua okey. Janji ada bagitau.
Berbalik kat cerita gua pulak... tak nak bayar parking punya pasal, gua pun selamba naik semula kereta... dan pusing balik rumah tidur. Terus lupa hasrat nak joget kat disko. Sempat lagi gua toleh ke arah member gua yang berdiri depan pintu menunggu gua. Muka dia nampak biol semacam. Tertanya tanya kenapa gua boleh belah cam tu je.
_________________________
Keesokkannya, gua kena maki dengan member. Moyang-moyang gua yang dah kebumi entah berapa kurun yang lepas pun kena sekali. Kesian.
Thursday, June 24, 2010
Tuhan itu satu?
Lu: Mana lu tau, beb?
Gua: Dah yang satu ni je gua tak jumpa lagi..
Lu: Pulak! gua ingatkan Esa.
Gua: Macam mana pulak yang dikatakan Esa tu?
Lu: adoyai!
tertutup & terbuka
hakikat suara akan kau temukan
tika telinga tertutup,
hakikat cahaya akan kau temukan
tika mata tertutup.
-anonymous-
dekat setara mana, ya..
"...dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan tahu apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."
surah Qaaf ayat 6
dekat setara mana, ya..
Sunday, June 20, 2010
cite pas maghrib td..
tadi pas maghrib, htr anak2 gua si lisa n arief ngaji kt rumah mak teh depa. pas tu, gua n nia, anak bongsu gua merangkap special escort, pun pg petrol station isi minyak kete orang rumah..
on the way balik tu, dengar lagu nasyid ahmadi hassan n al-jawaheer. lu orang kenal ke? diorang ni 70s punya singers. lagu tu senikata dia macam gini lbh krg:
"..hidup di dunia
hidup di dunia
hidup di dunia
waspada berwaspada
godaan menggoda
godaan menggoda
godaan menggoda
semua manusia.."
memang betul pun, gua cakap sorang2 td.
godaan yang tak berkesudahan, dan tak berkesudahan, selagi bernama manusia..
tengah syuk2 layan lagu tu, dh sampai rumah. terus switch off radio..
tu je la yg gua nk cite.. habis dh. :)
ceritera seorang itu..
dilahirkan ke dunia,
adakah dipinta?
atau sebaliknya?
tapi yang pasti,
sejak azali,
sudah tersirat adanya,
dalam kitab Illahi..
seorang budak itu,
menangis ketawa sesuka jua,
melepaskan emosi di dada,
riang ria ia selama,
tiada duka nestapa,
kalau ada pun,
hanya sementara jua..
seorang remaja itu,
mula berkonfrantasi di dalam jiwa,
tidak kena segalanya,
tidak seperti hati meminta,
lain dipinta lain yang tiba,
maka memberontak saja,
biasanya,
selalunya..
seorang dewasa itu,
sudah subur hati,
ataukah terpengaruh nafsu nafsi?
tapi yang pasti,
rentak jiwanya perlahan,
tidak seperti dahulu zaman,
yang sentiasa ingin melawan..
seorang orang itu,
sudah tua jadinya,
melalui proses segala,
merasa nikmat derita,
maka sampai ke peringkatnya,
untuk bersiap serba yang ada,
untuk kembali membawa diri,
pulang ke tempat abadi lagi sejati,
di sisi empunya diri..
nun kaf - perasu - 3 april 1994 5.17petang
Happy Father's Day!
Thursday, June 17, 2010
Mistik Syekh Siti Jenar
nyatanya Allah itu kerana zikir
zikir menjelaskan zat, sifat, asma dan af'alnya Tuhan
digulung menjadi rasa
dan rasa di dalam dirinya sendiri
ya kamu ya saya
bergerak menjadi zat yang mulia
syariat
tarikat
hakikat
makrifat
makrifatullah
makrifat insan
insan kamil
wallahualam.
Aku Menyintai Mu
Tuesday, June 15, 2010
Ranjau Sepanjang Jalan
of the palace & parliament..
can anyone tell me why they (read: ubn) are building a new palace? and the cost has doubled too. it's now +-rm800,000,000 to build the palace. what's the rationale, actually? the construction is on-going at the moment.
the new parliament building, supposedly to be located in Putrajaya, is more or less the same amount. which means they are spending at least RM1.5 billion to build two buildings . the irony of it all is that it is the people money they are using to foot the bill but we, the masses, are not allowed access to either one. ridiculous, don't you think so?
to make matter worse, they said yesterday that they have to cancel the scholarship for students who wish to do their masters program overseas due to financial constraint.
what shit are they talking about? at one end, you spend so much money for the sake of a few selected people but on the other end you cannot even allocate a meagre sum for the betterment of the younger and future generation.
simply put, (to me, la!) they are trying to con the masses in broad daylight, with the assumption that the masses are a bunch of stupid assholes, and can be fooled everytime and anytime.
guess they are digging their own grave come the next GE. insyaAllah.
Monday, June 14, 2010
Sunday, June 13, 2010
Rejab mampir.
Saturday, June 12, 2010
-tujuh petala-
kulit tapak tangan kanan rukuk pengasih penyayang
darah tapak tangan kiri berdiri raja hari pembalasan
daging lutut kanan sujud sembah dan patuh
tulang lutut kiri duduk pimpin ke jalan lurus
sum-sum ibu jari kaki kanan sujud jalan yang diredhai
lendir ibu jari kaki kiri duduk tidak dimurkai dan sesat
kehilangan adalah kepedihan..
berbahagialah engkau, wahai musafir papa,
yang tidak memiliki apa-apa
maka tidak akan pernah kehilangan apa-apa.
Syekh Siti Jenar
Thursday, June 10, 2010
jiwa tak keruan=kunfayakun
semalam gua cite yang si pesu d fluffy rabbit dh hilang, kan.. semalam jenuh gua cari, dan hari ni pun masih terbayang2 di mana2..
nak jadi cite, tengahari td keluar ke manjung, nampak banner iklan jual arnab. bila gua amati, alamatnya sejalan rumah gua.. jadi, petang tadi gua pegi la ke alamat tu. rumah si ahmad rupanya, dan memang pun isteri dia membela arnab pelbagai baka. gua pegi dengan nia, anak bongsu gua..
sesampai je kt sana, berpuluh2 arnab kalaupun tak beratus arnab, dalam sangkar pelbagai saiz . memang geram2 tenguk arnab ni, beb. gebu2, comel2, ada yang bulu lebatnya sampai tak nampak mata, baka itali , baka turki, baka thailand dll. tinjau punya tinjau, tiba2 gua ternampak seekor arnab dalam sangkar. hanya dia je seekor kt situ. bila gua pegi dekat, terdetik dalam hati gua, "pesu!" tapi bila gua tanya baka apa ni, isteri ahmad macam tak pasti je.. dia pulak tanya gua, "ada bela arnab ke?" "ada, tapi semalam dh hilang tah ke mana. rupa dia sebiji macam yang ni," gua jawab. isteri si ahmad dengar je dan tak cakap apa..
gua memang yakin benar itu adalah pesu, tapi oleh kerana isteri ahmad tak cakap apa, takkan gua nak ngaku tu arnab gua, walaupun 99.9% sure.. balik tu gua story la kt missus gua n anak2. budak2 tu nk pegi tenguk la, tapi hari dh senja, jd gua cakap esuk je la.. tapi pada ketika tu, memang seolah tak keruan je gua rasa..
masuk rumah, mandi, solat dengan anak2, terus baca yasin, sebab malam jumaat, kan..
tengah baca yasin sampai kt ayat 82, sebut je kun fayakun, tiba2 loceng rumah berbunyi. rupa2nya isteri ahmad dengan anak dia datang hantar si pesu! anak dia cakap dia jumpa pagi semalam kt tepi jalan, dan terus bawa balik. dan katanya lagi, pesu dh kawin dengan seekor arnab betina baka itali. peh! tahap kegatalan yg begitu tinggi, ye, pesu..
alhamdulillah, gua terus sujud syukur semasa gua dengar missus gua sembang kt balkoni dengan isteri ahmad tentang si pesu.
Tuhan bagi gua cash, beb, sebab semalam lepas solat maghrib gua mohon khusus tentang si pesu. dan hari ni dapat apa yang di hajat.
inilah yang dikatakan pagi mencari petang mendatang.
syukur alhamdulillah!
di mana cinta?
PTK punya cite..
pagi td pegi amik ujian PTK untuk kakitangan kerajaan. takde la gua beriya beno nak ambiknya.. dah depa pakat2 pegi, jadi gua pun pegi la.
kertas satu, kertas generik. soalan agak mengelirukan. berasa macam tak susah je.. boleh tahan la, konon2nya..
tapi kertas dua, kertas guru mata pelajaran memang confirm tah apa-apa tah yang ditanya.. memang la pernah dengar @ baca istilah2 yang digunakan tu, tapi itu cite zaman belajar dulu, time pakcik muda2 dulu, beb.. confirm takleh jawab, tapi mujur la objektif, jd jawab la jugak.. tiga kali gua semak soalan2 tu, dan setiap kali semak, bertambah pening dan biul rasanya.. tak banyak mana pun soalannya, 40 je. tapi tu la dia, memang susah, bagi golongan yang tak belajar macam gue..
terima je la nanti apapun keputusannya. redha n diredhai..
moral of the story: kalau tak belajo, tak payah la gatal2 nak amik exam, beb. harus kantoi!
dan lagi satu, semakin tua, semakin tak nampak tulisan, (dh rabun, beb!) dan semakin serabut kepala otak.. sabo je la!
Wednesday, June 9, 2010
cite orang2 yg bengong n fluffy missing..
baca kt online news yang jemaah menteri setuju bina parlimen baru kt putrajaya berharga rm900 juta. yang lama dikekalkan sebagai warisan.
apalah punya bangang menteri2 @ pecacai ni.. cakap duit takde, subsidi nak tarik balik. ni tiba2 nak bina parlimen baru pulak dah. semalam pun cite bangang jugak.. duit takde tapi nak beli 2 kapal bernilai rm2 billion je untuk memudahkan penghantaran bantuan ke Gaza, konon2nya.. cite macam orang biul. duit takde tapi at the same time nak beli macam2..
alahai, cakap je la nak bagi kroni, kan senang..
baca jugak tentang azmin ali tanya hishamuddin hussein kt parlimen td bagaimana rekod kemasukan altyantuya ke malaysia dipadamkan. hishamuddin terus terkedu. tak tau apa nak jawab selaku menteri dalam negeri yang (tak) bertanggungjawab. dia asyik usha najib je kt parlimen td.. adoyai!
oh, by the way, pesu the fluffy rabbit is missing. i noticed it this morning. he had been staying outside the house but within the compound since last week. till sunset, he was nowhere to be found.. : (
searched for him, again and again, since this morning till late afternoon. sigh.. may God protect him. insyaAllah.
hope he's okay. somewhere. somehow..
got to go as it's isya' already. the azan is being called..
ttfn
Tuesday, June 8, 2010
lalu, bagaimana harus kau solat?
Di kala kau berdiri
Di maqam Muhammad
Mengangkat tangan
Melaung takbir
Apakah kelihatan
Ketika itu?
Sejadah
Yang kau hampar?
Cahaya yang berkilauan
Hening menyuluh jiwa?
Apakah kau rasa
Ketika itu?
Teringat dunia
Yang tak berkesudahan?
Reroma naik terasa
Di sekujur tubuh?
Solatlah kamu
Seperti mana
Solatnya Rasulullah,
Dikatakan.
Namun,
Pernahkah kau
Melihat Rasulullah
Bersolat, atau
Sekadar
Mendengar cerita
Dari pelbagai sumber?
Lalu, bagaimana
Harus kau solat?
adam n hawa
pernahkah membaca tentang kisah adam n hawa?
tahukah tentang kejadian adam n hawa?
apakah sebenarnya pohon @ buah khuldi tu?
macam mana iblis yang telah dihalau keluar dari syurga dapat menyelinap masuk dan meracuni pemikiran hawa, dan lantaran itu, adam juga termakan pujukan hawa?
kenapa pulak bila mana adam n hawa memakan buah khuldi, tertanggal pakaian mereka?
persoalan, demi persoalan, demi persoalan..
Monday, June 7, 2010
ada berani?-ii
sambung cite semalam sementara tunggu isya'.
alang2 nyembang tentang Adam AS, nak tanya soalan tambahan ni.
di mana kubur Adam AS? tau x?
kalau tak tau, try tanya puak2 Jejak Rasul tv3 tu.
mana la tau depa boleh rescue..
Sunday, June 6, 2010
ada berani?
Salam.
Kebanyakkan daripada lu orang yang baca posting gua, my assumption, adalah melayu. Iye ke? Iyekan saje, k.. pastinya, lu orang jugak ada kawan @ kenalan @ kaum yang berbangsa cina, india, serani dan sebagainya, kan..
Jadi, persoalannya, kalau lu melayu, kaum lu cina, india, sikh, iban, melanau, siam, French, English, American, Scottish, African dan tah apa2 lagi la, Adam AS bangsa apa, ek?
Saje la tanya..
Gua tanya lu orang pulak. Amacam? Ada berani?
soalan sempena isya'. selamat!
Saturday, June 5, 2010
mimpi lisa..
tadi masa dinner dengan family, lisa cite mimpi dia masa tido malam tadi..
"lisa mimpi kt rumah ibu ni semua orang kumpul," dia kata.
"apasal?" tanya gua. "nak bincang arief nak kawin," jawab dia.
"arief nak kawin? lisa, angah dan along dh kawin ke, masa tu?" gua tanya lagi.
"dah," jawab dia lagi.
"dah ada anak ke?" tanya gua. "ada, lisa anak sorang, dan time tu tengah mengandung. kak long anak enam orang. angah anak dua orang. nia baru nak masuk universiti," cite lisa lagi.
"papa dan ibu sihat lagi tak, masa tu?" "sihat."
gua dengan missus senyum je la. tak pasti la pasal apa missus gua senyum tu, maybe lucu kot..
tapi gua senyum sebab ramai cucu gua, beb!
itu cite lisa, anak no3 gue, yang sekarang ni baru tahun 2 bersekolah.
maknanya, kalau nak jadi realiti cite mimpi dia tu, kena tunggu lebih kurang 20tahun lagi, da!
tua! ^_^
say what?
Friday, June 4, 2010
last day of school..
Thursday, June 3, 2010
soal jiwa..
AllahumasalialasayidinaMuhammad wa’ala alisayidinaMuhammad
Salam.
Muhammad. Muhammad SAW. Nur Muhammad.
Lu kenal Muhammad? Muhammad Rasulullah,
Muhammad Habibullah. Muhammad Nurullah.
Saje la tanya, kan..
Dikatakan nanti kita di padang masyar kelak, hanya syafaat Nabi Muhammad sahaja yang boleh menolong. Tapi kalau nak cite padang masyar, besar n luas tu, beb! Jumpa ke, nak cari nanti, bila mana manusia selaut yang ada tu terdiri dari zaman Adam AS sehinggalah ke bayi yang terakhir lahir..
Pastu, gamaknya, bila mana terselisih dengan Muhammad, kenal ke dia tu baginda Rasulullah? Agak2nya Muhammad ada bawak sepanduk kot, supaya senang kaum kenali dia?
Pastu lagi, kalau dh betul2 jumpa, nak cakap amende dengan dia? Nak mengaku macam gitu2 je yang kita ni umat Muhammad? Apa kebuktiannya? Apa penyaksiannya? Mana jalannya?
Jawab, beb, jangan tak jawab..
Gua tanya gua, sebenonya..
Tamsilan semata..
Wednesday, June 2, 2010
jendela jiwa..
xtvt sekolah minggu ni. stakat ni la..
tanda kertas exam
selasa:
tanda kertas exam
rabu:
tanda kertas exam
saje la bgtau..