Monday, March 29, 2010

team bola sekolah gua..

salam.

masa cuti sekolah dua minggu yang lalu, hari2 gua kt padang je, layan budak2 b-18 tahun training bola. pagi dua jam, petang dua jam. penat jangan cite la.. dengan berkilat kulitnya. nasib baik gua tanned je, tak hitam.. : )
setelah berlatih selama dua minggu, minggu lepas team b-18 pun main la dalam pertandingan peringkat daerah. sebelum tu depa friendly tiga kali, kalah 0-8 dengan victoria institution, menang 3-2 dengan x-tldm, kalah 1-3 dengan old boys tldm. jadi, bila main dalam tournament ni target gua quarter final je.. pattern main ada dah, tapi keeper pulak cap ayam. masa main peringkat kumpulan, 1st game kalah 2-5, pastu menang dengan team cap ayam 11-1, menang lagi 4-0, dan last game dlm group seri 1-1. kiranya dapat la jadi naib johan kumpulan, dan layak ke suku akhir seperti yang di targetkan.
masa quarter final jumpa sm vokasional, (yg akhirnya dapat naib johan pertandingan) main kt vokasional. diorang score sebiji, kitorang balas, diorang up 2-1, kitorang equalise 2-2. masa tengah 2-2 tu, flanker gua sepak freekick kena palang, memang cuak habis puak2 vokasional tu.. tapi macam yang gua cakap tadi la, keeper gua betul2 cap ayam. bukan sebarang cap ayam, tapi cap ayam togel. bila vokasional dapat freekick dekat dgn tengah padang, player diorang pun sepak la, dan bola tu melantun kt tanah dan melambung naik pada keeper sekolah gua. bola yang memang takde bahaya langsung tu, keeper tu boleh nak tangkap dan terlucut terus masuk gol. adoyai! apa la punya bangang keeper gua. terus down semangat players lain. pastu vokasional attack lagi dan striker dia try sekali, dan lagi sekali keeper cap ayam tu boleh dive lambat giler, bola dah lalu bawah badan dia baru dia cecah tanah. bersabar je la banyak2.. kesudahannya team gua kalah 2-5. ape2hal pun, objektif tercapai. dan yang pentingnya defence gua semuanya budak form 3 n 2, maknanya pertandingan u-15 nanti boleh berentap la, kot..
petang tadi, sehingga sabtu ni, hari2 dari jam 4 - 630 petang gua dok kt padang je la. layankan budak2 u-15 training. memang letih, kulit pun mengerlip, tapi enjoy! sebab gua pun train sama. paling tidak pun, gua maintain la fitness.
hopefully, budak2 under 15 boleh capai targetnya. apa targetnya? gua pun belum tentukan lagi sehingga la sabtu ni. kita tenguk diorang main dulu, tenguk sistem main, tenguk pattern main, bagi main friendly sekali, pastu baru set target. insyaAllah.

Sunday, March 28, 2010

cite solat-iii

salam.

solat itu
bila mana hamba berdiri
di atas maqam Muhammad
lalu diangkat takbir
maka Adam hamba
tinggal wujud sedia Ada



http://ku2blog.blogspot.com/2009/07/solat-itu.html

how good?

salam.

it's not how good you are,
but how good you wanna be..

Saturday, March 27, 2010

cite solat-ii

salam.

solat itu memuji Allah.
solat itu berdoa pada Allah.
solat itu berkata-kata dengan Allah.
solat itu mikraj orang mukmin.
solat itu zahir menyembah yang batin.
solat itu sepanjang masa.
solat itu penyatuan.

wallahualam.


Friday, March 26, 2010

cite solat

salam.

Baqir al-Ulum meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:
"saat seorang hamba bangkit melaksanakan solat, Allah Taala menatapnya, hingga dia selesai dari solatnya. dan rahmat menaunginya dari atas kepala hingga ke ufuk langit, para malaikat mengitarinya dari sekeliling dirinya sampai ufuk langit. Allah menguasakannya kepada malaikat yang berdiri di arah kepalanya dan berkata, 'hai orang yang bersolat. kalau kamu tahu siapa yang sedang menatap mu saat ini, tentu engkau tidak akan berpaling dan ingin selalu berada di tempat ini untuk selama-lamanya.' "

harus diketahui bahawa pokok semua solat adalah rakaat tunggal, sedangkan rakaat-rakaat lainnya, baik dalam solat fardhu atau sunat, ada demi menyempurnakan rakaat yang satu ini.

dari Syaikh al-Amuli ra dalam Wasa'il nya meriwayatkan hadis dari Uyun al-Akbar dan al-Ilal dengan sanad dari ar-Ridha as:
"asal solat dibuat dua rakaat. pada sebahagiannya ditambah satu rakaat, pada yang lain ditambah dua rakaat, dan pada sebahagian lain tidak ditambah sesuatu pun. kerana asal solat hanya satu rakaat, kerana asal bilangan adalah satu. Allah Azza wa Jalla mengetahui bahawa para hamba tidak akan mampu menunaikan satu rakkat tersebut dengan sempurna dan selesai. maka disertakan padanya satu rakaat lain agar menyempurnakan kekurangan dalam rakaat yang pertama. maka Allah Azza wa Jalla mewajibkan asal solat dua rakaat.
kemudian, Rasulullah saw mengetahui bahawa para hamba tidak akan mampu menunaikan solat dua rakaat ini dengan sempurna sebagaimana diperintahkan, maka pada solat zuhur, asar dan isya', ditambahkanlah dua rakaat untuk menyempurnakan dua rakaat yang pertama...."

wallahualam.

Sunday, March 21, 2010

kenal ke Muhammad?















salam. sahabat sekalian, kenalkah akan Muhammad saw?
A) Muhammad Hamba Allah
B) Muhammad Pesuruh Allah
C) Muhammad Kekasih Allah
D) Muhammad Penyata Allah

ha! yang mana lu orang berkenan, pilih la.
takde salahnya, semua jawapan adalah betul belaka.
tinggal lagi, martabatnya berbeza2 je..
tu je. hakikatnya Muhammad saw jua yang dicita....

jadi, persoalannya, kenal ke Muhammad?
kalau tak kenal, berkenalan la.
kalau tak, rugi dunia akhirat, gua cakap lu.

wallahualam.

Thursday, March 18, 2010

Loving:

salam.


Loving:

i have two ways of loving You:

a selfish one

and another way that is worthy of You.

in my selfish love, i remember You and You alone.

in that other love, You lift the veil

and let me feast my eyes on Your Living Face.


Rabia al-Adawiya

Tuesday, March 16, 2010

Dunia (gua) hari ini..

salam.

-Dunia (gua) hari ini-

pagi 8.30:
10km run keliling pangkalan tldm dengan team bola sekolah. lembik la budak2 ni. gua yg dh tua ni pun steady je lagi.. sejam, baru selesai lari. pastu buat line padang bola sebab petang kang ada friendly.

petang 2.45:
setelah solat zohor n lunch, bawak anak2 n missus tenguk 'alice in wonderland'. the children enjoyed the movie, even insisting me to buy them a cd. biasa la, anak2.. well, i did enjoy it too.. : )

petang 5.30:
tenguk game friendly u-18 dengan tldm old boys. depa menang 3-2, but i was more concerned about the way they played their game. masih banyak kelemahan n kelonggaran..
btw, hari tu kena bubuh dengan Victoria Institution 0-8. a massacre!

malam 8.15:
setelah berjemaah dengan anak maghrib tadi, sekarang layan blog jap.. isya' insyaAllah berjemaah di musalla pulak.

malam sikit:
maybe pas dinner, kluar ke kedai jap. maybe je la, sebab badan pun letih jugak ni..
by midnite, supposedly in dreamland, insyaAllah.

Monday, March 15, 2010

mencintai yang Mencintai..


salam.


mencintai yang Mencintai adalah sesuatu yang sukar dinyatakan. lantaran cinta itu suatu yang abstrak, subjektif, indah, aneh, rindu, pedih. cinta juga bukanlah suatu yang boleh dipaksa, walaupun ia boleh dipupuk.

namun, yakinlah, mencintai yang Mencintai adalah sangat berharga, bahkan tiada ternilai, tiada sebanding, kepuasan yang hakiki.

maka, carilah ia sementara hayat dikandung tanah, adam masih berupa muhammad, jiwa terasa di dada.

carilah, walau terpaksa harungi ranjau berduri, lurah dituruni, gunung didaki, laut diseberangi.

carilah..

Sunday, March 14, 2010

menjelaskan Tuhan..

salam.
Sahabatku, mampukah kita menjelaskan Tuhan? Kalau kita melihat kembali Kitab Suci, terdapat banyak ayat-ayat yang menjelaskan tentang Tuhan, tetapi setelah diteliti lebih jauh semua penjelasan tersebut hanya sebatas pada sifat-sifatNya. Tuhan tidak mampu dijelaskan dengan kata-kata karena kata-kata hanya boleh menjelaskan suatu wujud yang berada pada ruang dan waktu sedangkan Tuhan melampaui ruang dan waktu.
Ini sama seperti menjelaskan bagaimana rasanya jatuh cinta atau falling in love, tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan “rasa” ketika kita sedang berada dalam keadaan tersebut. Tetapi “rasa” tersebut boleh kita rasakan. Sama halnya dengan Tuhan, tidak ada kata-kata yang bisa menggambarkanNya tetapi Ia boleh kita rasakan didalam hati kita. Hati kita adalah jambatan menujuNya.
Melalui hati, kita mendekat kepadaNya. Melalui hati kita menuju Cahaya Agung Ilahi sebagaimana yang Dia sebutkan dengan penuh Cinta dan Kasih Sayang didalam Hadis Qudsi “Aku adalah Khazanah yang terpendam. Aku rindu ingin diketahui, untuk itu Aku menciptakan makhluk”. Mari kita menggapai KhazanahNya melalui hati yang suci. Hati yang di redhai olehNya. InsyaAllah.

yang mengenal dirinya mengenal tuhannya

Saturday, March 13, 2010

Taskiyatun Nafsi

salam.

setelah lebih 20 tahun mencari dan mencari, akhirnya ketemui.
Taskiyatun Nafsi telah sempurna dilaksanakan, Alhamdulillah, bersama AlMukarram Mursyid YM Pa' Tuan As-Sayyid Ali AlMashoor pada jam 10.15 pagi bertarikh 13 Mac 2010 bersamaan 27 Rabiul Awal 1431.

wallahualam.

Friday, March 12, 2010

-berpaut akar-


wahai kasih
tatkala berganjak hari
sayang ini makin
berpaut akar
bertaut gagang
hingga maut
menjelang

Yusuf Fansuri

Wednesday, March 10, 2010

kematian datang lagi..ii





salam.

kematian datang lagi,
dan lagi, dan lagi,
membuka beribu-ribu,
pintu mati..

kematian datang lagi,
takkan mampu dihindari,
maka usah digusari,
barang yang tentu pasti..

kematian datang lagi,
aah! jangan dipeduli,
menanti atau tidak,
tetap ia hampiri..

kematian datang lagi,
sediakanlah diri,
dengan bagasi,
sarat amal ukhrawi..

kematian datang lagi,
jawablah nanti,
bila tiba saat pasti,
mengadap Rabbul-Izati..

kematian datang lagi,
dari dulu hingga kini,
hingga akhir segala duniawi,
di satu hari nanti..

kematian datang lagi..

salam.

kematian datang lagi,
tanpa henti-henti,
menjemput diri,
yang telah dijanji,
bila hayat tiba,
di penghujung hari..

kematian datang lagi,
mengintai celah daunan hari,
menanti saat yang dinanti,
mengetuk pintu hati,
membawa khabar dari Empunya Diri..

kematian datang lagi,
membawa diri,
mengembara jauh,
masuk ke alam abadi..

kematian datang lagi,
entah bila untuk diri ini,
sampainya janji..

kematian datang lagi,
itu memang pasti..

kematian datang lagi..














*mak uda yahya meninggal dinihari tadi

Tuesday, March 9, 2010

menangguh yang tak pasti..



salam.


jangan ditangguh ke hari esuk apa yang dapat dilakukan hari ni.


mesti ramai @ semua setuju dengan kenyataan di atas, tapi adakah ramai yang mampu
melakukan demikian?


sesungguhnya setiap hela nafas adalah dengan izinNya jua, maka dalam kesempatan yang
masih diberikan ini, haruskah kita tangguhkan setiap niat baik, sedangkan kita tahu esuk belum lagi dijanjikan untuk kita?


sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.


menunda amal perbuatan yang baik adalah suatu tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa.



tomorrow has never been promised for you.


wallahualam.

Saturday, March 6, 2010

mixed emotions..

salam.

hari ni mood @ perasaan berubah2 secara kontras yang agak ketara.

pagi tadi sukan olahraga sekolah kt stadium tldm. sebelum mula acara, hari hujan, agak lebat, menyebabkan hawa sejuk dan menyegarkan. memang seronok sangat la hari sukan macam ni. gua pulak bertugas sebagai ketua pelepas peserta. semuanya berjalan lancar: dengan opening yang colourful oleh kontinjen perbarisan, perasmian yang ringkas, acara berjalan seperti dalam jadual, kiranya semuanya line clear @ smooth sailing. gua punya keje bagi taklimat kt peserta sebelum semua acara larian je. takde la susah beno, tapi technical aspect mesti tau la, beb!

tengahari zohor baru sampai rumah. lepak la jugak badan. pas solat n lunch, terus bermalas2an sampai asar. petang cargas macam biasa la.. dekat waktu maghrib gua pun masuk rumah, tenguk kt handphone miscal dari kaum dekat 10kali.. ada satu voice message masuk, gua dial 1313 terus dengar message dari mashor bahawa mye, member yg gua jenguk minggu lepas, dah meninggal. innalillah wainailaihirajiun. ngam2 seminggu lepas gua tenguk dia, 445 ptg sabtu lepas, dan tadi dia meninggal 445 ptg jugak lbh krg.

terkedu jugak jap.. ye la, baru je jumpa minggu lepas, minggu ni dh takde. dia tua dari gua 2 tahun. mye memang kamcing dengan gua satu ketika dulu. time cherry boys dulu. the 80s.. peh! lama tu, kan.. mye la yang cite kt gua tentang ketuhanan, mantol sama2, makan tido sama2, main gitar lagu2 sentimental, buat macam2 keje gile. ada satu lagu yang gua ingat sampai hari ni, antara yang mye ajar kt gua, lagu ebiet g ade, 'kamelia iv'. rangkap akhirnya:
di sini di kamar ini
yang ada tinggal gambar mu
ku simpan dekat
dengan tidur ku
dan mimpi ku

kalau di umpamakan, begitu jugaklah mye pada gua.

mye, i'll miss u..

Friday, March 5, 2010

usia n hayat

salam.

semakin meningkat usia,
semakin singkat hayat.

layan....

Thursday, March 4, 2010

solat berjemaah..

salam.

tadi selepas solat isya' di musalla, hj osman, seorang karkun tempatan, membaca beberapa potongan hadis. pengajaran yang ingin disampaikan dari apa yang dicite tadi adalah tentang perlunya solat berjemaah. dikatakan dalam satu hadis, "celakalah orang yang tidak mendirikan solat berjemaah bila mana dia mendengar azan dilaungkan."
dua persepsi @ idea yang gua dapat dari cite ini. pertama, dari sudut zahirnya, kita seharusnya berjemaah dengan orang ramai, agar membina ukhwah muslimin, bersama qariah..
dari sudut yang lain pula, bila mana hati berkata2 dengan Tuhan, anggota yang lain hendaklah berserta hati, khusyuk mengikuti dan mendengar, yakni dalam jemaah tersendiri.
do u follow what i story2 here? saja la cite..

Tuesday, March 2, 2010

of Pesu the fluffy rabbit n 210kmh on the highway..



salam.
as mentioned in the previous post, i went back to pj last weekend. other than the kenduri at my parents place, i went to nilai tinggi via the elite expressway to visit mye, an old friend, who was bed-ridden. i went to his place in the afternoon of saturday, with mashor in his audi A4. his was the 2008 version, which had three driving mode: comfort, dynamic, n automatic. on a usual day, mashor would opt for the automatic mode. so, after being at mye's place for 45minutes or so, it was time to go back.
along the highway i asked him to increase the speed. saje la test power.. he said earlier he had driven the car at the speed of 250kmh. the top speed was 280kmh. so i thought it wouldnt be much of a problem for his car to touch 200kmh. as expected, that's what happened. and he went further, which was at 212kmh where he released the accelerator because of the traffic.. phew! how did i feel then? hmm, couldn't really tell coz it was a mixture of feelings. though the adrenalin was pumping, there was no anxiety, maybe because the car was so mint in condition that you dont feel the difference, except that it was going so damn fast.. peh!


the next day, before i went back, i met mashor again at his parents place. he brought along a rabbit to give away. it seemed that his wife kumie was going to europe later at the end of february for a couple of months (jalan2, beb! how senang can some people be, kan..) so the rabbit had no where to go. i was reluctant to accept the rabbit but my children were excited with the prospect of having one. mind you, it was not the plain ordinary rabbit. this one was so fluffy, so gebu, so geram, that you couldn't resist to hold it. his name was Pesu ('pe' as in Paris). so pesu got a new home that was a total contrast to what he had before, which was at the 19th floor of a condo. his new home is one with a garden, where he can roam freely in the late afternoon, and that is what he has been doing these last two days..


layan, pesu, layankan..

Monday, March 1, 2010

happy birthday bak n mak!

salam.

hari ni birthday bak, yang ke 81, beb..

last 20th feb, birthday mak yang ke 76..

sabtu lepas, lepas maghrib, buat kenduri doa selamat kt rumah parents kt kelana jaya. meriah.. semua siblings + anak2 buah datang.. tu yg 'kecoh' tu. anyway, it's not an everyday occasion, kan..


bak n mak, anak mu mendoakan agar sihat sejahtera dalam usia yang ada, dipermudahkan segala urusan duniawi n ukhrawi, semuga selamat selamanya, insyaAllah.
 

Bali Accommodation