Thursday, January 1, 2009

Suatu Pesanan

Berkata Syekh Abd Qadir Al Jailani: jika anda berguru kepada seseorang demi untuk sampai kepada Allah, maka ikutilah saranan ini: Hendaklah anda berwudhuk dengan sempurna, mindamu penuh khusyuk, dan matamu jgn memandang selain dari tempat wudhuk saja. sesudah itu anda terus pergi solat. anda buka pintu solat dengan wudhuk tadi, kemudian anda buka pinta istana Allah dengan solatmu. apabila sudah selesai solat, tanyalah Allah menerusi bisikan hatimu: siapa yang patut saya ambil sebagai pembimbingku @ guruku? Siapa yang benar-benar dapat menyampaikan ajaranMu kepadaku? Siapakah orang pilihan Mu, khalifah Mu, wakil Mu?
Allah Maha Pemurah, nanti pertanyaan mu yang serius itu akan dijawabnya. Tanpa ragu lagi, bahawa Dia akan mendatangkan ilham kedalam hatimu. petunjuk yang paling batin, yakni sirr.
Allah akan memberikan tanda2 yang jelas.pintu cahayaNya akan dibukakan buatmu, lalu cahaya itu akan mendorongmu ke jalanmu yang benar. ingatlah, siapa yang berusaha dengan bersungguh2 mencari pasti akan ketemui.

Firman Allah:
dan orang2 yang bermujahadah menuju Kami, nanti akan Kami tunjuki mereka jalan2 kepada Kami. (Al-Ankabut:69)

Keputusannya terletak pada dirimu sendiri, pada hatimu yang diberikan cahaya. anda sendiri memutuskan, bukan orang yang anda hendak berguru kepadanya. apabila hatimu telah bulat tertumpu kepadanya, maka mulalah berguru kepadanya. dialah yang menjadi pilihan Tuhan untukmu. jangan ambil peduli tentang miskin kayanya, susur galur keturunannya, rupanya, cara dan kaedahnya, kata dan bicaranya. yang penting ialah batinnya, hatinya dan bukan zahirnya.
di majlisnya, jangan anda tergesa2 bercakap dan menarik perhatiannya kepadamu. perhatikan khidmat yang berfaedah yang dikerjakannya terhadap Tuhan. dia adalah pengajar dan pembimbing. dia hanya penyampai bukti2 ketuhanan. anda hendaklah bersedia menerima apa yang Allah sampaikan melalui pembimbing itu. tumpukan perhatian terhadapnya. jangan sekali2 melanggar perintahnya. hendaklah mendengar kata bicaranya dengan penuh khusyuk dan tekun. jangan sampai anda merasa syak wasangka terhadap arahannya, kata2nya, perlakuannya, kerana itu semua timbul daripada kerohaniannya. anggaplah dia lebih bijaksana dari orang lain, dan biarkan dia membimbingmu menuju Allah dalam keadaan tenang tenteram, asalkan matlamatnya mestilah Allah semata2, bukan ghairullah.
ikutilah saranan ini baik2, moga2 Allah akan membimbingmu ke jalan menuju kepadaNya.

sirrul asra fi ma yahtaju ilaihi abrar - Syekh Abd Qadir Jailani

3 comments:

Anonymous said...

salam ku2..
trima kasih yang tak terhingga untuk 'suatu pesanan'..
..dan pesanan ini akan aku sebarkan untuk generasiku yg akan datang..
dengan tanpa dapat aku kawal,airmataku berlinang..
thank ku2..

tok janggut said...

Salam,
Adakah wuduk kita sekarang ni tak betul?

ku2 said...

salam tok janggut.
bagaimana pendapat tok, adakah tok rasa wudhuk kita tak betul? dalam posting ni tak pulak dihuraikan cara2 wudhuk. boleh tok kongsikan sikit ilmu di dada?
terima kasih.

 

Bali Accommodation