Monday, December 6, 2010

aku & Engkau

Aku adalah umpama seruling, dan bunyi-bunyian dalam diri ku adalah dari Engkau;
Aku adalah umpama gunung, dan gema dalam diri ku adalah dari Engkau.

Thursday, December 2, 2010

ada cinta dalam hati


Ada lilin di dalam hati,
siap untuk dikobarkan.
Ada kekosongan dalam jiwa,
sedia untuk diisikan.
Engkau merasakannya, bukan?
Engkau merasa pemisahan
dari Sang Kekasih.
Mintalah Dia untuk mengisi,
rangkullah nur itu.
Beritahu orang-orang yang memberitahu engkau sebaliknya, bahawa
Cinta
datang kepada engkau dengan sendirinya,
dan kerinduan untuk Nya
tidak boleh dipelajari di mana-manapun.

-Rumi-

a day yesterday

Today

Another day

Another Thursday

Another birth day

Plus minus sixteen thousand

Four hundred twenty five days ago today

Was my birthday

nkc02122010

alam zahir batin

Salam.

tiga khamis yang lalu kali terakhir gua menulis, beb! Boleh tahan lama tu.. pakcik sibuk, nak buat macam mana, kan. Dunia, beb, layankan saja..

Sebenonya, memang dah niat pun nak bawak bertenang jap, ye la, nak meneroka alam.

Alam zahir dan batin.

Alam zahir gua sibuk pergi kebun, selang sehari sejak sebulan yang lalu gua cargas ke kebun seluas seekar setengah je, nanam nyiur pandan. Deme kata ada harga, lagi pun gua dapat subsidi dari pertanian, beb. Tak payah keluar modal, keluar kudrat je.. tapi modal tolak tanah bersih kawasan habis jugak la seribu..

Anak benih, baja, kawat duri, semenya deme bagi. Tanam aje la..


dari tapak semaian, gua bawak ke kebun untuk ditanam. Sekitar 150 pokok je..


Tadi pun pergi kebun lagi walaupun dah siap tanam. Adat orang berkebun gitu la, ada je keroje yang nak dibuat.. jalan ke kebun pagi2 memang syur.. sejuk, gua cakap lu.. berkabus hari-hari..








Selain dari berkebun, ada la lagi perkara yang gua melayannya..

anak2 gua, arief dan alisya, dua2 sekolah agama dapat nombor satu, gua pegi la tenguk majlis penyampaian hadiahnya, tumpang gumbira, alhamdulillah.. mak yam, adek bongsu bos gua, dan satu-satunya adik-beradik dia yang tinggal, dah meninggal baru ni tapi gua tak dan nak ziarah sebab hari sekolah... : ( rumput yang gua tanam pun dah berkembang biak. Celah2 tu, gua menanam pokok pelam epal dan nangka madu. siap prunning pokok kuini, rambutan dan mempelam lagi. Rumput dan pokok2 eksotik keliling rumah pun nak dilayan jugak.. jangan sampai tak terlayan, sudah.. rumah bos minggu lepas gua ziarah, sempena cuti sekolah. Dapat la anak2 gua pergi planetarium, muzium kesenian islam, masjid Negara, A&W, mandi pool kt rumah uncle dia, dan last kopek on the way balik, singgah rumah akak gua kat kkb. gitu la zahir gua lebih kurang..

Alam batin gua pulak menjelma bila malam tiba.





Isya’ dan subuh adalah masa bersamaNya, walaupun hakikat memang sentiasa bersama. Cuma tak peka. Jadi, malam selepas bermantul-mantulan, ghaib! Meneroka dan berkebun jugak, tapi dalam hati dalam belaian jiwa.

Menebas nafsu, menyemai benih2 kalamullah, menyiram saban hari dengan zikrullah tak berkesudahan, malam dan dinihari, melayan diri seadanya.. menggali, menyuluhi, memerhati, merasai, merasai.




dan yang gua cari adalah..



Gua mencari gua la! @ diri sebenar diri @ the other side of nk chai..








Layan….

Thursday, November 11, 2010

melankolia

Melankolia
Mashgul yang singgah
Hanya nyata di mata
Tak terluah walau sepatah
Adalah hati yang merasa..
Persis ditinggal pergi
Dibiar sepi
Dalam garis-garis hari
Memendam sunyi..
Duhai sukma
Pesona jiwa
Sukar digambar
Kenangan berakar..
Di hujung usia
Yang tersisa
Hanya Melankolia
Menjulang cinta
Yang pernah melekat di dada....

Zohor td 11 11 10
nkchai

Wednesday, November 10, 2010

Dia belaka..

ajaran & pemikiran Syekh Siti Jenar

salam.

Shalat limakali sehari adalah pujian dan dzikir yang merupakan kebijaksanaan dalam hati menurut kehendak pribadi. Benar atau salah pribadi sendiri yang akan menerima, dengan segala keberanian yang dimiliki.

Pada permulaan saya shalat, budi saya mencuri, pada waktu saya dzikir, budi saya melepaskan hati, menaruh hati kepada seseorang, kadang-kadang menginginkan keduniaan yang banyak, lain dengan Dzat Maha yang bersama diriku, Nah, saya inilah Yang Maha Suci, Dzat Maulana yang nyata, yang tidak dapat dipikirkan dan tidak dapat dibayangkan.

Syahadat, shalat, dan puasa itu adalah amalan yang tidak diinginkan, oleh karena itu tidak perlu dilakukan. Adapun zakat dan naik haji ke Makkah, keduanya adalah omong kosong. Itu semua adalah palsu dan penipuan terhadap sesama manusia. Menurut para auliya’ bila manuasia melakukannya maka dia akan dapat pahala itu adalah omong kosong, dan keduanya adalah orang yang tidak tahu.

Tiada pernah saya menuruti perintah budi, bersujud-sujud di masjid mengenakan jubah, pahalanya besok saja, bila dahi sudah menjadi tebal, kepala, berbelang. Sesungguhnya hal itu tidak masuk akal. Di dunia ini semua manusia adalah sama. Mereaka semua mengalami suka duka, menderita sakit dan duka nestapa, tiada bedanya satu dengan yang lain. Oleh karena itu saya, Siti Jenar, hanya setia pada satu hal, saja, yaitu Gusti Dzat Maulana.

Gusti Dzat Maulana. Dialah yang luhur dan sangat sakti, yang berkuasa Maha Besar, lagi pula memiliki dua puluh sifat, kuasa atas segala kehendak-Nya. Dialah Maha Kuasa pangkal mula segala ilmu, Maha Mulia, Maha Indah, Maha Sempurna, Maha Kuasa, Rupa warna-nya tanpa cacat, seperti hamba-Nya. Di dalam raga manusia ia tiada tanpak. Ia sangat sakti menguasai segala yang terjadi, dan menjelajahi seluruh alam semesta, Ngindraloka


alang alang kumitir
 

Bali Accommodation