salam.
semalam gua cite yang si pesu d fluffy rabbit dh hilang, kan.. semalam jenuh gua cari, dan hari ni pun masih terbayang2 di mana2..
nak jadi cite, tengahari td keluar ke manjung, nampak banner iklan jual arnab. bila gua amati, alamatnya sejalan rumah gua.. jadi, petang tadi gua pegi la ke alamat tu. rumah si ahmad rupanya, dan memang pun isteri dia membela arnab pelbagai baka. gua pegi dengan nia, anak bongsu gua..
sesampai je kt sana, berpuluh2 arnab kalaupun tak beratus arnab, dalam sangkar pelbagai saiz . memang geram2 tenguk arnab ni, beb. gebu2, comel2, ada yang bulu lebatnya sampai tak nampak mata, baka itali , baka turki, baka thailand dll. tinjau punya tinjau, tiba2 gua ternampak seekor arnab dalam sangkar. hanya dia je seekor kt situ. bila gua pegi dekat, terdetik dalam hati gua, "pesu!" tapi bila gua tanya baka apa ni, isteri ahmad macam tak pasti je.. dia pulak tanya gua, "ada bela arnab ke?" "ada, tapi semalam dh hilang tah ke mana. rupa dia sebiji macam yang ni," gua jawab. isteri si ahmad dengar je dan tak cakap apa..
gua memang yakin benar itu adalah pesu, tapi oleh kerana isteri ahmad tak cakap apa, takkan gua nak ngaku tu arnab gua, walaupun 99.9% sure.. balik tu gua story la kt missus gua n anak2. budak2 tu nk pegi tenguk la, tapi hari dh senja, jd gua cakap esuk je la.. tapi pada ketika tu, memang seolah tak keruan je gua rasa..
masuk rumah, mandi, solat dengan anak2, terus baca yasin, sebab malam jumaat, kan..
tengah baca yasin sampai kt ayat 82, sebut je kun fayakun, tiba2 loceng rumah berbunyi. rupa2nya isteri ahmad dengan anak dia datang hantar si pesu! anak dia cakap dia jumpa pagi semalam kt tepi jalan, dan terus bawa balik. dan katanya lagi, pesu dh kawin dengan seekor arnab betina baka itali. peh! tahap kegatalan yg begitu tinggi, ye, pesu..
alhamdulillah, gua terus sujud syukur semasa gua dengar missus gua sembang kt balkoni dengan isteri ahmad tentang si pesu.
Tuhan bagi gua cash, beb, sebab semalam lepas solat maghrib gua mohon khusus tentang si pesu. dan hari ni dapat apa yang di hajat.
inilah yang dikatakan pagi mencari petang mendatang.
syukur alhamdulillah!
Thursday, June 10, 2010
di mana cinta?
PTK punya cite..
salam.
pagi td pegi amik ujian PTK untuk kakitangan kerajaan. takde la gua beriya beno nak ambiknya.. dah depa pakat2 pegi, jadi gua pun pegi la.
kertas satu, kertas generik. soalan agak mengelirukan. berasa macam tak susah je.. boleh tahan la, konon2nya..
tapi kertas dua, kertas guru mata pelajaran memang confirm tah apa-apa tah yang ditanya.. memang la pernah dengar @ baca istilah2 yang digunakan tu, tapi itu cite zaman belajar dulu, time pakcik muda2 dulu, beb.. confirm takleh jawab, tapi mujur la objektif, jd jawab la jugak.. tiga kali gua semak soalan2 tu, dan setiap kali semak, bertambah pening dan biul rasanya.. tak banyak mana pun soalannya, 40 je. tapi tu la dia, memang susah, bagi golongan yang tak belajar macam gue..
terima je la nanti apapun keputusannya. redha n diredhai..
moral of the story: kalau tak belajo, tak payah la gatal2 nak amik exam, beb. harus kantoi!
dan lagi satu, semakin tua, semakin tak nampak tulisan, (dh rabun, beb!) dan semakin serabut kepala otak.. sabo je la!

Wednesday, June 9, 2010
cite orang2 yg bengong n fluffy missing..
salam.
baca kt online news yang jemaah menteri setuju bina parlimen baru kt putrajaya berharga rm900 juta. yang lama dikekalkan sebagai warisan.
apalah punya bangang menteri2 @ pecacai ni.. cakap duit takde, subsidi nak tarik balik. ni tiba2 nak bina parlimen baru pulak dah. semalam pun cite bangang jugak.. duit takde tapi nak beli 2 kapal bernilai rm2 billion je untuk memudahkan penghantaran bantuan ke Gaza, konon2nya.. cite macam orang biul. duit takde tapi at the same time nak beli macam2..
alahai, cakap je la nak bagi kroni, kan senang..
baca jugak tentang azmin ali tanya hishamuddin hussein kt parlimen td bagaimana rekod kemasukan altyantuya ke malaysia dipadamkan. hishamuddin terus terkedu. tak tau apa nak jawab selaku menteri dalam negeri yang (tak) bertanggungjawab. dia asyik usha najib je kt parlimen td.. adoyai!
oh, by the way, pesu the fluffy rabbit is missing. i noticed it this morning. he had been staying outside the house but within the compound since last week. till sunset, he was nowhere to be found.. : (
searched for him, again and again, since this morning till late afternoon. sigh.. may God protect him. insyaAllah.
hope he's okay. somewhere. somehow..
got to go as it's isya' already. the azan is being called..
ttfn

Tuesday, June 8, 2010
lalu, bagaimana harus kau solat?
Di kala kau berdiri
Di maqam Muhammad
Mengangkat tangan
Melaung takbir
Apakah kelihatan
Ketika itu?
Sejadah
Yang kau hampar?
Cahaya yang berkilauan
Hening menyuluh jiwa?
Apakah kau rasa
Ketika itu?
Teringat dunia
Yang tak berkesudahan?
Reroma naik terasa
Di sekujur tubuh?
Solatlah kamu
Seperti mana
Solatnya Rasulullah,
Dikatakan.
Namun,
Pernahkah kau
Melihat Rasulullah
Bersolat, atau
Sekadar
Mendengar cerita
Dari pelbagai sumber?
Lalu, bagaimana
Harus kau solat?
adam n hawa
salam.
pernahkah membaca tentang kisah adam n hawa?
tahukah tentang kejadian adam n hawa?
apakah sebenarnya pohon @ buah khuldi tu?
macam mana iblis yang telah dihalau keluar dari syurga dapat menyelinap masuk dan meracuni pemikiran hawa, dan lantaran itu, adam juga termakan pujukan hawa?
kenapa pulak bila mana adam n hawa memakan buah khuldi, tertanggal pakaian mereka?
persoalan, demi persoalan, demi persoalan..

Monday, June 7, 2010
ada berani?-ii
salam.
sambung cite semalam sementara tunggu isya'.
alang2 nyembang tentang Adam AS, nak tanya soalan tambahan ni.
di mana kubur Adam AS? tau x?
kalau tak tau, try tanya puak2 Jejak Rasul tv3 tu.
mana la tau depa boleh rescue..

Subscribe to:
Posts (Atom)