salam.
hari ni mood @ perasaan berubah2 secara kontras yang agak ketara.
pagi tadi sukan olahraga sekolah kt stadium tldm. sebelum mula acara, hari hujan, agak lebat, menyebabkan hawa sejuk dan menyegarkan. memang seronok sangat la hari sukan macam ni. gua pulak bertugas sebagai ketua pelepas peserta. semuanya berjalan lancar: dengan
opening yang
colourful oleh kontinjen perbarisan, perasmian yang ringkas, acara berjalan seperti dalam jadual, kiranya semuanya
line clear @ smooth sailing. gua punya keje bagi taklimat kt peserta sebelum semua acara larian je. takde la susah beno, tapi
technical aspect mesti tau la, beb!
tengahari zohor baru sampai rumah. lepak la jugak badan. pas solat n
lunch, terus bermalas2an sampai asar. petang cargas macam biasa la.. dekat waktu maghrib gua pun masuk rumah, tenguk kt handphone miscal dari kaum dekat 10kali.. ada satu
voice message masuk, gua dial 1313 terus dengar message dari mashor bahawa mye, member yg gua jenguk minggu lepas, dah meninggal.
innalillah wainailaihirajiun. ngam2 seminggu lepas gua tenguk dia, 445 ptg sabtu lepas, dan tadi dia meninggal 445 ptg jugak lbh krg.
terkedu jugak jap.. ye la, baru je jumpa minggu lepas, minggu ni dh takde. dia tua dari gua 2 tahun. mye memang kamcing dengan gua satu ketika dulu. time cherry boys dulu. the 80s.. peh! lama tu, kan.. mye la yang cite kt gua tentang ketuhanan, mantol sama2, makan tido sama2, main gitar lagu2 sentimental, buat macam2 keje gile. ada satu lagu yang gua ingat sampai hari ni, antara yang mye ajar kt gua, lagu ebiet g ade, 'kamelia iv'. rangkap akhirnya:
di sini di kamar iniyang ada tinggal gambar muku simpan dekatdengan tidur kudan mimpi kukalau di umpamakan, begitu jugaklah mye pada gua.
mye, i'll miss u..