Monday, September 30, 2024

Ya Hu!

 Dunya ini hanyalah

Nama & tanda

Kerna hakikatnya Dia

Adalah hakiki segala

 

Dunya ini, dan yang akan

Datang nanti, dan segala

Di sisi, adalah nyata Nya

Ketahuilah ini

 

Hanya ada Satu pati

Tersembunyi & Terperi

Meliput segala ini

 

Haruslah habib kenali sang Habibi

Walau seribu jubah menyelimuti Nya

Dia adalah Segala

Dan Segala adalah Dia

 

Tiadalah jiwa ini

Selain merindui

 

Segala puji bagi Diri

Sebenar Diri

 

Ya Hu!

 

-        Persidangan burung2    -

nkc @ Kazan 20th September 2024



Friday, September 13, 2024

Bila Langit Cinta Kelabu

 Bila mana

Rindu sendu

Bila malam

Kaku lesu

Bila tiada 

Saat bertemu

Bila langit 

Cinta kelabu

Langsung kita 

Terus pergi

Berlalu

Pilu


nkc



Tuesday, September 3, 2024

once upon a story - 10 - Jumpa bapak saya dulu la!!

 Masa zaman gua budak skola dulu, skola rendah n form one form two, kiranya gua ni tergolong di kalangan pelajar yg baik2 je. Saja la khabo, takut2 lu orang tak tau

Tapi bila masuk form three, tiba2 je berubah perangai gua, tahap keracunan n kebiulan menjadi tinggi, n mula la episod mmbuat keje2 bangang yag tak berkesudahan. Mmg banyak bebeno la. Tapi antara yg gua takleh lupa sampai ke la ni adalah time naik motor tanpa lesen. Setakat polis tahan atau buat roadblock ke, gua harus lepas. Sebab bila polis tahan n mintak lesen gitu gini, n gua pun xde lesen, polis tu pun apalagi, nak saman la. Takpun nk ajak settle tepi la kononnya. Tapi gua dengan tenang akan cakap, “jumpa bapak saya dulu la!”

Pehh! Terkedu kejap polis2 tu, x kira la roadblock, atau radio car, atau trafik yang tahan gua, bila dengar gua cakap macam tu, mesti diorang akan tanya samada,”sape bapak kau?” atau “berapa no bapak kau?”

Bila diorang dengar nama bapak gua, SI Akbar Khan, terus settle jgk kat situ hahaa

Takpun diorang bagi la nasihat sikit n suruh jalan. Hanya sekali je ada polis sorg tu bila dh settle sembang seme, suruh gua tolak motor tu. Suruh tolak sampai rmh sbb rmh gua lbh kurang 1km dr situ. Adusss, x rugged la, kan. Gua pun tolak lebih kurang 20meter, terus gua start motor n masuk gear n pederas haha

Kawasan jajahan gua? Dari Sungei Way sampai Brickfield, beb! It was the Eighties then. lebih sepuluh kali la jgk rasanya gua jual nama bapak gua. Memang sabo je la brader2 polis zaman tu jumpa gua. Tapi yang sebenarnya champion ialah boss gua, Akbar Khan. Orang yang dihormati n disegani zaman tu. Tu yg polis2 tu bagi muka kt gua sebenonya. Once upon a time.


#original 



 

Bali Accommodation