Saturday, June 24, 2023

Once upon a story - 6 - cite Raya Haji

 Raya Haji dh tak banyak lama lagi.

Bila dikenangkan, raya haji yang paling tak leh dilupai adalah semasa mula ngajo dulu di Limau Kasturi. Puluh2 tahun yang lalu. Peh! Lama tu bunyinya, knnn

Memang Kelantan terkenal dengan raya haji nya, makna kata raya haji lebih bersungguh diraikan dan lebih meriah la gamaknya. Tapi gua tak pernah raya puasa kat sana so cannot really compare la, kn.

Masa tu tahun pertama@kedua gua kt limau kasturi. Pagi raya tu lepas siap solat, seme bersiap le tuko pakaian dan bawak golok parang pisau dsbgnya untk ops sembelih lembu. Gua pun pergi la kt padang bole sebab kt sana diorg tambat lembu untuk disembelih. Lepas sekor, sekor lain pulak disembelih. Tiba giliran seekor lembu ni, masa diorg nk tumbangkan, tiba2 dia meronta dan terlepas, dan habis dia mengamuk dan kejar org kampong seme. Berterabur lari gua cakap lu. Memang betul tak cukup tanah la sebab ada yang panjat pokok untuk selamatkan diri. Adusss

Tapi pastu lembu tu juga selamat disembelih akhirnya. bila diingat balik memang lawak je rasanya. tapi time tu memang berdebo la jugak.

Memang takleh dilupakan. Layan..

Thursday, June 1, 2023

mimpi mimpi

Untuk kesekian kali

Aku bertanya lagi

Apakah kau sudi

Menjadikan diri ini

Teman yang sejati

 

Namun ku sedari

Ini hanya mimpi

Di sore hari

Kerna pasti

Aku ini

Tak layak di sisi

 

Dan semalam

Aku bermimpi

Dalam kelam

Kau pergi

Tak kembali

 

Pergi!

Pergi!

Jauh dari sisi

Tinggalkan diri

Yang merindui

 

Biar aku meratapi

Kasih dihujung hari

Sekadar mimpi

Yang tak bisa dikecapi

 

Walau hati

Tetap mengingati

Abadi

 

Surabaya 31 Mei ‘23




 

Bali Accommodation