It was lovely while it lasted
It was never meant to stay
But we let ourselves get carried away
Guess I let myself get carried away
-Looking back at those yesteryears-
nkc
deals with anything, everything, and perhaps, nothing...
It was lovely while it lasted
It was never meant to stay
But we let ourselves get carried away
Guess I let myself get carried away
-Looking back at those yesteryears-
nkc
Hari ni raya, beb!!
Pagi ni bangun macam biasa bulan puasa, kiranya cuba
istiqamah lee, kn.. 5++ dh cargas, settle solat n breakfast n mandi, cargas
subuh kt masjid. Boleh bertakbir sama2, knn. Ramai kaum tuuuu. Dekat 3 saf
steng. Satu saf 50+- sendiri kira la, knn.
Settle tu je, usual routine nyapu laman sesi pagi,
siap baju raya, tema all black this year, terus cargas solat raya dengan Abil
n Arief. Penuh masjid, beb .
Balik layan sesi bergambo pulak. Macam2 pose ada, layannnn.. Tenguk gambo
cantek2 pulak kali ni.. bukan la nk ngata dulu x canteek, knn. Selesai bergambo,
breakfast raya ramai2 seronok je sebab everyone is home, kn. Kklong pun rezeki
dia cuti weekends. Alhamdulillah.
NKc n family |
anak dara papa |
layan Abil main selagu |
X lama tu Ona Fakir n Aish datang. Nyembang punya
nyembang, diorg pun nak cargas ke rumah pakteh yg sepelaung je dari rumah gua
ni. Missus gua pun konon nk join la, tiba2 Ib n Nyah n anak2 sampai, Halil n
fmly pun sekali, n pastu Zuhril n istri pulak sampai. Deme ni pangkat anak buah
sebelah Missus. Layankn diorang, tengah meriah Azhar n Nomi n anak2 pulak join,
Ina n Amir n lima anak dara dia tiba jugak, kiranya meriah la kt rumah sebab
berpusu-pusu kaum kerabat datang. Alhamdulillah. Last sekali yg datang Kak Bedah,
akak ipar gua yang sulung dgn anak menantu. Mula2 tu gua suspect mesti 40-50 orang datang hari ni. tapi bila gua kenang-kenangkn, dalam 30++ je. idak la ramai bebeno ekkk
Settle diorang balik, gua pun naik mandi, tukar
t-shirt n trek, lunch sambil tenguk movie kt Netflix dengan family,cite Yaksha, Korean thriller. Sebenonya cite
ni tenguk mlm tadi tapi dh larut, sambung hari ni le.
Habis movie, gua pun scroll gambo2 kt phone, sambil tu
jawab messages kaum nganto. Mata aduss pedihhh sekali. Terus lena. Hahaa. Sejam
jugak laa.
Bangun pukul lima, settle solat, terus cargas nyapu laman sesi petang pulak. Tenguk gaya langit nak hujan. Memang dah lama tak hujan pun sebenonya n masa tu jam 5.45. Gua pun cakap kt Tuhan, bg hujan pkl 6.15 okeyy tak? Bagi habis nyapu dulu. Settle nyapu, membako daun pelepah kering, ngam2 pukul 6.14 hujan pun turun. Pehhhh! Terbaekkk! Dia bagi cash, gua cakap lu. Alhamdulillah. Pastu, rezeki apa lagi yang tak putus2 yang lu nak nafikan dari Allah ? Hujan lebat, renyai, n terus berhenti. Sempat la 15m kot. Syukur la, coz something is better than nothing, kann
Masa hujan tu gua siap jalan tengah2 hujan, tangan
dibuka dan dada dikuakkan, sambal muka ngadap ke langit. Pehh, macam cite Shawshank Redemption gua cakap lu!
Pastu, pekena nescafe secawan, masuk mandi n berjemaah
dengan family.
Sampai sini saje gua coretkan cite raya utk share
dengan lu orang.
Moral of
the story: blissful feelings with the unexpected visits from
family n relatives. Alhamdulillah. Deme khabo kalau orang suka datang rumah
kita tu maknanya murah rezeki. Deme khabo..
Layan..
Tahun kedua gua ngajo kt Limau Kasturi, 1990, hari raya pun
bakal menjelang. Hari last skola tu, gua pun naik keretapi pkl 10++ pagi dari
Limau Kasturi menghala ke Kuala Lipis. Keretapi tu diorang panggil kereto ike
sebab bawak lauk pauk: sayur ikan ayam dan macam2 makanan lain. Sementara nk
nyampai kt Lipis tu lebih kurang dekat tiga jam jgk laa. Bila kt Lipis terus
gua cargas pegi bus station. Tenguk2 tiket bas balik KL dh habis, beb.. pehh!
Yang ada tiket ke Raub je. Terus gua pun sambar tiket tu dan
sesampai di Raub terus beli tiket ke KL. Bas ekspress Raub ke KL ni pun boleh
tahan jugak la laju nya. Zaman tu bas tu berhenti kt stesen bas pekeliling. Lu orang
tau tak kt mana? Entah ada lg ke tidak stesen bas ni. Bila sampai Pekeliling je
gua tenguk jam dh pukul enam, nak masuk time buka dh ni. Gua pun apalagi sepantas
kilat cepat2 jalan sampai kt Chow Kit dan tunggu bas mini.
Dalam perjalanan ke area rumah parents gua kt SS3, masa tu
bas mini tu baru nak lalu Trebor @ Jalan 222, azan pun berkumandang menandakan
masuknya waktu berbuka puasa bagi kawasan sekitarnya. Adusss, gua pun silap la
tadi tak dan nak beli air dulu. Ingatkan sempat le sampai sebelum buka. Mujur la
pada gua ada ceklat @ gula2 hudson. Gua pun kulum ceklat tu sambil doa berbuka,
n pastu hisap dunhill sebatang sebagai kenang2an sementara nak nyampai rumah.
Sabo je laaa..
Masa tu gua baru
masuk maktab, MPIK, maktab perguruan ilmu khas. Kat Jalan Tenteram, Cheras. Tahun
’86.
Memang gua pun berasa gua ada ilmu khas, itu sebab boleh
masuk maktab ni. Apakah ilmu khas gua? Gua amik spm tiga kali,beb, tu lah gua
punya ilmu khas hahaa
Gua sebenonya xnak masuk maktab jadi cikgu asalnya, kerana
gua tengok cikgu ni seme macam belia je dressing, nerd semacam jee, tapi dh mak
gua paksa jgk, jadi gua layankan jugak la (dan sebenonya memang betul firasat n
doa seorang ibu itu, kerna hari ni gua dah jadi cikgu lebih 34 tahun, beb! Dan gua
rasa sangat bersyukur atas kurniaan n rezeki ini. Alhamdulillah terimakasih
Mak!)
Minggu2 pertama kuliah kt maktab tu dua jumaat pertama gua
mesti ponteng, terus balik rumah kt PJ. Masuk minggu ketiga satu pagi tu gua
terserempak dengan pensyarah Bahasa Inggeris gua, *Mrs Quah. Terus dia tanya
gua, “NK Chai, why didn’t you attend my class on Friday? Are you temperamental?”
Terkedu gua, beb, x tau nak jawab apa. Bukan sebab tak tau
nak jawab apa2, tapi tak faham maksud temperamental masa tu. Gua ingat sebab
gua budak PJ mesti English gua hebat (dan memang boleh tahan hebat pun ehem ehem
hahaaa) tapi bila Mrs Quah tanya macam tu, terus tewas gua , adusss.
Pastu dia pun explain la maksud perkataan tu, dan sejak hari
tu gua takde dah ponteng kelas, hanya jarang2 sekali je ahaks.
*thanksss Mrs
Quah!
Cemburu
Aku melihat mayat itu
Terbujur
kaku Keras beku
Wajah seakan
Tersenyum
Puas
Kerna dapat
jemputan
Aku?
Entah bila
Akan sampai
Jemputan
Kain kapan
Papan keranda
Sudah ditempah
Liang sudah
digali
Cuma
tunggu hari
Kerna badan
sudah
berbau
tanah
janji pasti
tiba
nanti
nkc april ini '23