Masjid seksyen 14, atau masjid bulat. Kat PJ. Sape dok
area pj mesti tau punya lah.. begitulah jugak dengan medan selera berdekatan.
Last weekend gua balik pj @ rumah bak. Pastu hari ahad
pagi pas subuh cargas pegi cari breakfast dengan Hakam. Hakam cakap canteknya
cari kt medan selera seksyen 14 sebab situ ada aneka pilihan. Gua pun cakap jom
la.
Memang betul la cakap hakam, macam2 diorang niaga:
nasi lemak, nasi berlauk, nasi dagang, lontong, roti canai, capati, telur
setengah masak, roti bako, kueh mueh seme ada. Memang rambang mata tengok, gua
cakap lu, beb! Terliur jeee..
Udahnya gua beli la lontong sebab hakam cakap sedap
(walaupun kalau dibandingkan dengan lontong yang gua beli dekat gerai kak pah @
sungei way lagi terangkat..) n nasi lemak untuk family dan tepung pelita dan apam untuk
bak.
masa zaman bebudak dulu, abang selalu bawak kitorang adek beradek makan ayam golek kt sini bila gaji. masa tu abang pun bujang lagi, dia layan la siblings dia..
Masa balik tu kitorang lalu kat masjid bulat. Terus kenangan
menusuk qalbu..
In another life, basically 40 years ago, masa gua
sekolah petang, hari jumaat je mesti pegi masjid ni sebab dekat dengan sekolah
gua, BBBSS. Kiranya senang la pas solat jumaat je terus masuk sekolah. Tapi cite
yang takleh dilupakan adalah hari jumaat je berebut budak2 sekolah gua nak pegi
masjid awal. Sebab?
Kitorang boleh amik job kutip sedeqah jumaat. Sape yang
bertugas kena bawak karung lalu depan saf, dan orang ramai akan masukkan
sedeqah diorang dalam karung tu. Bila selesai je solat, kitorang yang bertugas
tadi tu terus jumpa amil masjid untuk serahkan hasil kutipan. Kitorang tolong
kirakan sekali hasil kutipan hari tu, dan yang paling best dan yang dinanti2kan
adalah bila kitorang diberi upah. Dapat paling koman rm5 beb. Kena hari canteek
punya. Boleh dapat sepuluh hinggit. Tapi jarang2 la hahaa
Bila pegi sekolah pastu terasa seronok je. Mesti mewah
la belanja time rehat. Macam orang kaya-kaya je hahahahaa
Tu je la cite masjid bulat dalam kenangan.
Malam sebelum tu, kiranya malam minggu le, gua baru
sampai masa tu, pas maghrib pegi cari dinner kat food court 223. Pegi dengan
hakam jugak la sebab dia cakap nasi lemak kt sini terangkat. Dan memang benar
pun, nasi lemak siap balut daun pisang lagi @ rm1.60, terbaek gua cakap lu! Pekena
dengan ayam goreng lagi, pehhh.. masa kitorang sampai tu hujan renyai, dan gua
tenguk ramainya orang beratur, terutamanya tempat nk beli nasi lemak tu. Tapi hakam
cakap tu tak ramai sebab kalau ramai, mesti terkeluar dari food court tu kaum
beratur. Memang macam2 ada: satay, roti canai, otak-otak, goreng pisang cheese,
makanan siam, sup pelbagai rasa, burger dan tah apa2 lagi la.. gua beli nasi
lemak n ayam goreng n sup kambing. Memang sedap sekali. Maknanya? Next trip
kita repeat lagi lahhhhh hahaa
dulu, time gua budak2 dulu, time baru nak naik, umur 17, 18 tahun, selalu pegi tempat tu. Masa tu kitorang panggil maple. Datang mesti time midnite atau balik tenguk bola kt stadium merdeka. Bawak singgit cukup dah untuk canai atau nasi lemak n teh tarik. Masa tu la, kann. Sekarang mana nk dapat. Yela, cite dekat 40 tahun lepas tuu. Tua, beb!!
Bila balik pj je macam2 terkenang. Adusss!
Layan..