Tuesday, May 26, 2020

d 24th year

Am I good enough for you?

You asked yesterday –

You are more than I wished for..

 nkc haiku


 

Friday, May 22, 2020

Aku

Aku sangat jauh tiada berjarak

Dekat hingga menjadi tiada

 

nkc

 


solat itu wajib ?

Solat itu tidak wajib bagi mereka yang tidak mengenal Allah

Sebab?tunggang tongek kumat kamit tapi tak tau apa di buat.

Idak ke itu menipu diri sendiri? Lagi nak tipu Tuhan.. pigi dahhh

Lantas, berkelakuan macam orang mabuk minum todi di depan Tuhan, idak kah itu satu penghinaan terhadap diri sendiri n juga Tuhan? Solat konon. Tapi fikiran melayang ke lain, hati langsung tak perhati. Idakkah itu syirik namanya?

Katakanlah,”Sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan sesuatu dengan-Nya.” Al Jin (72):20.

Maka, apa yang perlu adalah mengenal Allah dulu

Sebab? Awal agama itu mengenal Allah

Rasulullah juga mengenalkan sahabat @ pengikut beliau kepada Allah dulu, @ rukun iman. Bila mana sudah mantap pengenalan n keyakinan mereka, barulah mudah melakukan apa jua ibadah dengan penuh khusyuk

Ye, memang benar pada ketika rasulullah menyampai islam kepada sahabat, belum lagi turun perintah solat, tapi tidakkah nampak kat situ permainan Allah untuk memantapkan keyakinan golongan beriman @ pengikut rasulullah?

Sekiranya dimasukkan eleman feqah @ syariat, bermain dengan dosa n pahala, pasti kita akan berkata semua yang mengaku beragama islam solat itu wajib dilaksanakan, tetapi solat yg bagaimana? Solat ikut-ikutan?

Tidakkah solat ikut-ikutan, khususnya orang melayu di Malaysia ini, bersandarkan pada dosa pahala syurga neraka? Apakah mereka pengamal solat begini tidak Nampak betapa mereka tidak jujur @ ikhlas melaksanakan solat mereka? Udahlah tak faham apa diucapkan dalam solat, malah meminta upah pahala lagi. Adusss langsung tiada perasaan malu

Udah diberi hidup ini dari pagi sampai ke dinihari setiap hari tanpa @ dengan hanya sedikit kesyukuran, lagi diminta upah atas segala amal ibadat yang tidak seberapa rupa dan kualitas nya? Tak malu ke?

Kalau seorang itu sudah n telah mengenal Allah, (walaupun kita mengenal Allah sekadar yang Dia izinkan kita) nescaya tiada dia akan mengambil kerja malaikat mencari kesalahan orang lain, tiada dia mengambil kerja Tuhan menjatuhkan hukum ke atas orang lain.

Sehari-hari hanya menilik diri agar mendapat redha ilahi

Sehari-hari beramal soleh n beribadat penuh kesyukuran dan terimakasih kepada Tuhan yang memberi tanpa henti-henti

Bila sampai waktu solat, rohnya akan memberi segala konsentrasi seumpama berkata-kata dengan kekasih hati, maka timbullah  khusyuk @ syuk

Terbitlah syurga @ syurrrrrrr

Bila mana hamba mengenal Tuhan, tiadalah lagi halangan, n pada ketika itu, solat bukan lagi wajib, malahan, solat adalah kemestian n kerinduan n kelazatan.

Maka ‘wajib’lah solat ketika itu wallahua’lam

Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan Dia. Hanya kepada-Nya aku seru dan hanya kepada-Nya aku kembali.” Ar Rad (13):36

Barulah lillahi

 

Siapa yang kata? Guala!!

 

-kutugila-

 

Friday, May 15, 2020

tell me

TELL ME. Shel Silverstein. (right, @Alan Craig Craig Craig Craig ...

Friday, May 8, 2020

pilihan


وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا (7) فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (8) قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (9) وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا    (10)
Demi jiwa dan penyempurnaan (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (Q. S. al-Syams [91]: 7-10).


Menjadi Abdullah


-Menjadi Abdullah-

Aku datang ya Allah aku datang
Telah aku tinggalkan apa-apa
Segala-gala nama-nama siapa-siapa

Telah aku lewati hidup ini
Segala rasa dan bangga
Setiap kata dan harta
Telah ku lipat dan buang segala

Ku putuskan rasa sedih dan duka
Ku buangkan rasa suka dan cita
Nama kata yang memuji mengeji
Jauh ku campak semua

Yang tinggal kini aku 
yang bukan milik ku
Hamba yang tidak berwujud
Kerna telah hilang semua fana

Aku datang mengadap Mu
Hanya sendiri tanpa apa-apa

Memanggil Mu, ya Ilahi ya Ilahi

Aku ingin mendengar  mengharap Mu
 memanggil ku
Ya Ruhi Ya Ruhi

Kerna aku hanyalah Abdullah
Ysng pernah bersalah


nkc


Monday, May 4, 2020

lu ingat lu ada masa

ashrafi -http://ku2blog.blogspot.com/2009/11/sharabul-ashiqin-1.html














Lu ingat lu ada masa
Banyak bebeno lagi masa
Tu pasal la
Lu sibuk ke sini ke sana

Lu ingat lu banyak masa
Tangguh solat sebab dunya
Esuk lusa boleh qada
Puasa pun begitu juga adanya

Lu ingat ada lagi masa
Bikin hidup huru hara
Nanti taubat bila tua
La ni enjoy dulu la kita

Lu ingat lu ada masa
Macam masa lu yg punya
Boleh guna bila bila
Tak cukup hari ni esuk pun ada

Lu ingat lu ada masa
Rupanya tinggal sekelumit jua
Kelam kabut rasa di dada
Malaikat maut nak sampai tak lama

Lu ingat lu ada masa
Tapi sebenonya lu yg lagho
Maut menjemput sampai waktunya
lu pun tak tau bila saatnya

Lu ingat lu ada masa..
Lu ingat je laa




 - kutu -
Bt 7 lekio





Saturday, May 2, 2020

binasakan diri mu




Manusia itu Rahsia Aku dan Aku adalah Rahsia Manusia.
Setiap Ruh mempunyai tempat di daerah ketika ia berada dalam jasad.Setiap insan wajib mengetahui bagaimana mahu mengolah setiap lapisan tersebut agar tersingkap baginya Rahsia.
Kenali Dirimu dengan merenungkan kedalam Dirimu Nescaya engkau akan Mengenali Allah tanpa huruf,suara,tanpa dalil dan perantaraan. Galilah Rahsia Alam Dirimu sendiri sehingga berjumpa dengan Air dari Alam Malakut, Alam Jabarut dan akhirnya Lahut, Nescaya kamu akan dapat menyaksikan kembali bagaimana Dirimu berhimpun dan bertasbih di Alam Lahut serta menyaksikan bagaimana Dirimu bersaksi akan Diri KeTuhanan Adakah Aku Tuhan Kamu,(Ruh menjawab) Bahkan Kami menyaksikan.
Sesiapa yang sampai keAlam ini, ia mengambil Ilmunya terus dari Allah tanpa perantaraan iaitu Ilmu laduni.Di Alam ini, ia beribadah dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.Pandangannya senantiasa melihat pada dua Alam, melihat Dirinya di Alam Zahir iaitu Afaal,Sifat dan Asma, bermusyahadah dengan ZatNya di Alam lahut.Adakala mereka itu FANA (lebur) penglihatan di Alam ini ketika mentajallikan Rahsia-Nya sehingga tiada yang dilihat melainkan ALLAH SWT.
Bagaimana hendak Mengenal Diri?
Apa yang harus di kenali dengan Diri ini ?.
Adakah Mengenal Jasad yang dikenali oleh semua orang kafir dan mushrik dengan itu mereka sudah Mengenal Robb mereka?. Adakah Mengenal Bathin sahaja tanpa mengetahui soal Rohani?.
Mengenal diri tanpa Mengenal jalan Mengenal Diri anda tidak akan sampai kepada tujuan
Mengenal Jalan tanpa Mengenal musuh akan tertewas separuh jalan.
Mengenal Musuh tanpa bersenjata akan di kalahkan. Mempunyai senjata lengkap namun tidak Mengenal Maqam musuh akan menempuh kekalahan.
Mengenal senjata dan musuh tetapi tidak ada tarbiyah dari orang Mengenal perjalanan dan kaeadah juga akan binasa dalam kesesatan.
Siapa yang benar Mengenal Dirinya, akan binasalah Dirinya, tenggelam ia dalam lautan kefakiran, tenggelam ia dalam lautan ketiadaan keAkuan.
Wujud Insan adalah Bayang-Bayang kepada Wujud Allah.Tiada akan wujud Bayang-Bayang ini jika tiada yang Ampunya Bayang-Bayang, tidak bergerak Bayang-Bayang melainkan bergeraknya Tuan Ampunya Bayang-Bayang.
Apabila kamu memandang Diri kamu, memandang kewujudan Dirimu, maka kamu Wajib memahami bahwa kamu ada pemiliknya.Wujud kamu menyatakan Wujud Diri-Nya.Dia Ghaib dan kamu nyata, Dia Hakikat dan kamu Syariat, Dia adalah Wujud dan kamu adalah Bayang bagi Wujud-Nya.Lihatlah Diri kamu lagi,pandanglah segala Sifat yang ada pada Diri kamu,lihatlah matamu,lihatlah telingamu, lihatlah mulutmu,lihatlah akalmu,lihatlah gerak diammu,lihat rasa hatimu.Semuanya tidak lain melainkan kenyataan sifat-sifat- Allah.
Semoga hati kita tidak dibutakan sama sekali, sehingga tidak Mengenal Diri-Nya. Meskipun Al-Ghaib tetapi sangat dekat sekali, bahkan lebih dekat Dia bila dibandingkan dengan Urat Nadi yang ada di lehernya sendiri.Berarti lebih dekat Dia meskipun dibandingkan dengan keluar masuknya Nafas dalam Dada. Maka yang memutuskannya
Barang siapa yang hidupnya sekarang ini di Dunia Buta Mata Hatinya tidak mengetahui keberadaan Diri Allah yang dekat sekali dan Wajib Wujud-Allah maka kelak di Akhirat juga akan lebih Buta dan lebih sesat jalannya


Friday, May 1, 2020

Pkp story

Pkp punya cite..
1- antara dua darjat~ orang kebanyakkan tangkap n denda n lokap tp orang ada² NFA lah, buka kertas siasatan la, hanya langgar sop lah..  Ngencing je deme ni
2- isnin ni hampir semua sektor ekonomi n sosial boleh beroperasi dh. Maknanya ramai la orang akan bergerak ke hulu n ke hilir. Apakah kemungkinan untuk kes positif covid meningkat semula? Itu yg menakutkan klu ia terjadi. Hopefully my premonition is just a false alarm
3- masa ni la KERAjaan nk membahagi-bahagikan harta ghanimah. habis seme glc bagi kt puak dia.. Adoyai tak menyempat la puak² ini.  Sabo je la ekk

Semuga kita semua dilindungi Nya

di jalan sesat






Apakah takdir mimpi ini
Mendatang berulang kali
Berdarah penuh di tanah
Sedang tangan menungkat langit
Apakah yang ku perjuangkan
Apakah yang dipertahan
Apakah mesti aku jadi pahlawan
Oh Tuhan      
Tidaklah aku layak
Untuk SyurgaMu
Namun aku tak berdaya
Menahan panas NerakaMu
Curiga di mata orang
Bagai mentari rembang
Bagaikan aku berdosa
Pada siapa saja
Sedang Tuhan di mana-mana
Melihat semua dosa
Dalam serata usia
Walau ditelan
Segitiga Bermuda
Selalu ku mengulangi
Dosa yang telah ku buang
Diikuti kembali mengapa begini?
Mengapa begini?
Oh Tuhan
Tidaklah aku layak
Untuk SyurgaMu
Namun aku tak berdaya
Menahan panas NerakaMu
Sedang Tuhan di mana-mana
Melihat semua dosa
Dalam serata usia
Walau ditelan
Segitiga Bermuda
Sedang Tuhan tahu sesiapa
Untuk Neraka untuk Syurga
Aku tak terpaksa memilih Syurga
Demi pengertian pada hukum alam
Dan sesungguhnya aku cinta padaMu Tuhan
Walaupun sesat jalan.



 

Bali Accommodation