Dua hari sebelum raya, seperti lazimnya, gua balik pj.
Sempat la solat terawih sekali, sahur sekali dan berbuka puasa dua kali kt
rumah pj dgn bak n al..
|
kitorang n bak |
Takde apa yang special sgt raya sebab mak dah takde
rasanya. Biasanya mak la yang paling sibuk kalau malam raya nak isi kueh dalam balang
la, tukar langsir la, tukar sarung kusyen, dan tukar carpet. Biasanya sebab gua
dan family yang selalu je ada kt rumah pj malam raya, kitorang la rescue dan
layankan mak. Tahun ni, pagi raya, macam biasa Lau datang dan membawa sepeti
buah lai. Tengahari sikit abang n family pulak datang. Kamal n thoriq pun ada
jugak. Kiranya meriah la jugak. Pastu ellis n kak lin pun tiba.
Petang pas zohor, gua bawak kain baju yang dh pakai ke dobi. Bawak la kitab satu untuk membaca sambil menunggu kain dibasuh. Sudahnya gua
berkenalan dgn seorang budak india ni, sanjieev rasanya nama dia. Lepak kt
laundry berbual n terus pegi kedai india kt SS5 pekena paper thosai. Layan..
|
dataran lee, mana lg.. |
Balik tu, Sali n anak2 seme ada kt rumah. Kiranya meriah
terus sampai ke petang. Malam tu sebab dah janji dengan family, layankan
diorang pegi cruising ke kl. Singgah dataran merdeka, amik gambo kt masjid jame’
n lalu je kt klcc sebab orang punya la ramai dan nia pun dh tido
keletihan.
|
gaby, nia, angie |
|
masjid jame' tuuuu |
Esuknya lepak je kt rumah dgn bak n al, pastu pas zohor n lunch,
kitorang pun balik la lekio. Tapi sebelum tu pegi ziarah kubur mak kt shah alam
dulu. Pkl 330 gerak dari shah alam line clear je. Bila sampai bukit beruntung,
peeehhhhh!, kenderaan bersusun terus sampai sungkai. Adoyai! Hari pulak hujan,
siap nak terkencing lagi tapi tahan je la sampai la bayo tol kt sungkai baru
singgah toilet. All in all, 4jam steng jugak la gua driving hari tu. The longest
time ever from pj to lekio. Hahaa layan..
|
happy family |
Jumaat, dh janji dgn kak minah, terus ke bagan dato’. Dh
dua tahun tak datang. Macam biasa, makan kt rumah kak minah tak pernah tak
menyelerakan. Sudahnya, petang pukul enam jugak la baru nyampai blk rumah.
|
klcc hari raya |
Sabtu pulak layan ipoh rumah abg mi n midi. Sedap nasi
minyak dgn kari kambing kak nor masak. Mee kari kt rumah midi pun boleh tahan,
tapi lopis memang terbaek! Siap tapau lahi haha dah pukul 5 ptg baru la balik.
Ahad pagi kaklong dh balik sg buloh sbb isnin ada
kelas. Gua pun dok bawak bertenang je. Isnin hantar lisa n arief balik asrama. Selasa
skool as usual dh. Punya la malas nk ngajo. Mood raya tak habis lg gamaknya,
tapi sebenonya penat, beb..
Raya ni empat orang dh sahabat n kenalan gua
meninggal. Raya ketiga, ku, meninggal. Esuknya raya keempat zul penang, junior
kt skola seaport pulak meninggal. Hari kelima, zailani, geng navy kt stadium
meninggal. Semalam, pak dut, yg dok kt kg jelutong, pun dh meninggal. Maknanya tak
lama dah tuuu, kn
|
ku |
Hari ni klu ikut tarikh dah 13 syawal, maknanya tahun
hijiriah dah dua tahun mak takde. Kalau dikenang memang la sangat sedeh n
rindu, kann, tapi layan je la
Semuga Allah memudahkan hidup n mati gua inshaAllah