Saturday, June 7, 2025

Setem


Semalam gua pegi posto

Nk pos kad birthday utk kklong. Lu tau brp harga setem? Singgit setengah daaa! Punya la mahal

Zaman gua budak2 dulu klu poskad atau sampul yg x gam, setem baru sekupang. Klu bubuh gam baru limabelas sen. La ni pehhhh mahai nyaa


Saje la khabo

Dulu tu pun 40 tahun lepas dh

Ahaks


*Happy birthday Kklong!!

Friday, June 6, 2025

Ditelan waktu


Menyusuri jalan kehidupan

Panjang

Kadang lurus

Kadang berliku


Singgah di persimpangan

Kadang seketika

Kadang bertahun lama

Kadang terus kekal setia


Namun semua

Saat n ketika

Segala peristiwa

Suka duka

Tangis n tawa

Saudara n taulan

Cinta tak kesampaian

Rindu yg mengundang pilu

Cita yg trsangkut di dahan cubaan

Adalah kenang2an


Namun kita masih teruskan

Perjalanan kehidupan 

Bersisa nafas

Berbaki hayat


Dan akhirnya

Semua hilang

Ditelan waktu



nkc @ Bedugul 

Juni 2025


*abg mat dahali meninggal 2/6



Saturday, May 17, 2025

Cannot brain lahh

 Food aid is abundant by d border but cannot cross over into Gaza

Saudi Arabia Qatar n UAE have promised trillion of dollars for the US but they can’t even send water n food to Palestinians who are just a few hundred kilometres away

Gaza is being bombed day n night but the whole world just watch the event unfolds as if it is just another show on tv

The zionists are so proud n arrogant with the crimes n atrocities they have committed that they publicly announce them daily

The US UK EU n their allies are devil’s advocates 

May calamity befall upon the hypocrite leaders of these countries n their supporters

 ~ The heart weeps silently 

But surely

From the river to the sea

Palestine will be free ~

InshaAllah 

Wednesday, April 30, 2025

To be as One

Beneath the ocean

Beyond d sky

My heart will fly

To seek my devotion 


The pain n despair

Along the way

Is just another share

Of how matters play


The moon singing the tune

The stars dancing with the moon

To celebrate the divine

Of soul intertwined


May I rest

Upon the feet of God

May this quest

Fulfil its void 

May i be as one


With d One


~ guala! ~

Sunday, April 13, 2025

once upon a story - 11 - "Lari engkau babi!"

 Satu hari Jumaat tu, gua n kaum gua yg paling kamcing time tu, Hamid @ Myed Bowie, ponteng skola. Masa tu kitorang form five. Kitorang pulak kalau ponteng skola tak ke mana pun, habis2 lepak kt port kitorang, bawah pokok ceri. Tu sebab geng kitorang namanya D Cherry Boys. Pokok ceri tu boleh tahan beso jugak la, dan rimbun daun2an nya. Siap kitorang bikin pangkin kt celah2 atas tu. Kiranya boleh lepak la. Pokok tu dok tepi rumah Pak Abu, dan +- 100 meter je sederet dr rumah Hamid. Dari rumah gua agak jauh jugak dekat setengah kilo.

Pagi tu, gua n Hamid terus pegi kt situ. Dan terus naik atas pokok. Cover line. Tak lama Mye, yang rumah nya memang port @ markas kitorang, yang dok selang dua pintu dari situ, pun datang. Siap bawak gitar lagi. Mula2 tu gua n Hamid dok atas pokok tapi bila Mye sampai gua pun turun. Nk main gitar la kononnya.

Hamid siap khabo jangan turun dulu sebab time2 tu mak dia akan keluar bila orang jual ikan sampai. Tapi gua apedehal. Turun jugak. Tak lama tu seperti mana kata Hamid, lori ikan pun sampai la dan mak dia pun keluar dr rumah. Lepas dia beli ikan n sayur seme, dia toleh ke arah pokok ceri tu. Lama dia dok perhati. Pastu dia masuk dalam. Gua ingat settle la. Tak lama mak Hamid keluar balik dan bawak kayu. Dia terus jalan ke arah kitorang. Bila dh dekat lbh krg 20m, Hamid kt atas pokok dh cuak. “Adoiii, mak gua sudah mari, beb!” Gua n Mye pun rasa berdebo n terus lari ikut lorong tepi tu. Mak Hamid bila nampak kitorang lari terus kejar, gua cakap lu! Mujur dia dh tua jadi dia lari anak2 je, sambil menjerit, “lari engkau babi!” Hamid masa tu dok atas pokok lagi.

Kitorang pun mencecer lari. Bila tak nampak kelibat mak Hamid, kitorang patah balik. Sesampai je kt bawah pokok ceri, mak Hamid pun datang. Dia tanya gua,”Hamid mana?” “Hamid kt skola , makcik.” “Engkau jangan nak tipu aku. Aku dh telefon skola tadi. Diorang cakap Hamid dh kluar awal tadi. Dia cakap Hamid adahal.” Mak aii, mak Hamid nk psiko gua. Padahal gua n Hamid memang x pegi skola langsung hari tu. Gua buat ceren je la. Mak Hamid pun membebel n bagi gua tazkirah, beb. Dan dia memang langsung tak perasan yang Hamid ada je dok atas pokok ketika tu. Puas dia mem’beta’ gua, dia pun ciao. Tak lama Hamid pun turun n kitorang gelak sakan bila mengenangkan kejadian itu. Sampai mak Hamid meninggal pun gua rasa dia tak tau yang Hamid time tu baguih punya dok atas pokok.

free2 je kena babi pagi tu. Ahaks -

 

Monday, April 7, 2025

Ronda pagi


 Pagi ni lepas jog ajak Nia k Manjung.

Pegi hospital nk derma darah gagal sebab bp tinggi hahaa sabo je la

Pastu pegi Peladang bayar baja sawit 60 guni

Last skali sarapan kt d izzan

La ni kt rmh n getting ready for skool at quarter to eleven


Layan..

Sunday, April 6, 2025

Zionist ~ most despicable people






And the world just stood still. So sad that this outrageous act of violent is a spectacle to fellow human beings. Nothing concrete has been done to stop the genocide. All the Arab nations n the Muslim nations are in the same league with the Devil’s helpers. Complicit. 
May God’s curse befall upon all these damned leaders.


Memang sial memang celaka, semua negara2 ini: baik Israel laknat n sekutu n khadamnya yakni amerika, britain, german n byk lagi, termasuklah semua jiran Palestin yg langsung tiada peduli akan nasib saudara mereka yang dizalimi dengan begitu kejam sekali seolah2 mereka semua negara2 arab ni takut dengan tentera musyrikun. Memang benarlah mereka ini munafiqun. Hari2 dok sembang deraih, poya2, lagho, seolah2 rakyat Palestin ni hanya layak mati je n patut dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka. Memang pembesar2 Arab ni semua sial. 


Nothing will happen but God’s will. And everything will be okay in the end. If it is not okay, then that is not the end. 
Wallahualam.





 

 

Bali Accommodation