Friday, August 14, 2009

terkenang.. v

Maka, petang tu gua pun pegi la balai pj dengan bapak gua. Sesampai di sana, io (investigating officer) member dengan bapak gua pulak. Jadi, sarjen tu ajak la gua n bapak gua masuk pejabat dia dan buat statement kt situ. Asalnya memang berdebar jugak nak pegi balai tu tapi bila dh io pun member bapak gua, lapang la sikit.. siap ode teh n kuih lagi.. semasa buat statement tu, sarjen tu tanya gua mana gua dapat kunci kete. Gua pun cakap la yang si izlan, anak tuan punya kete, yang bagi. Dan gua ingat lagi sampai hari ni sarjen tu cakap, “ha! Ni la alibi yg menunjukkan engkau tak curi kete tu..” lega gua dengar, beb! Kalau tak, sia2 je kena tuduh mencuri pulak. Dh la kete tu terbarai..
Petang tu gua kena lecture dengan mak bapak gua. Dan 2,3 hari jugak la sementara gua keluar rumah poya2 macam sediakala.
Member2 gua lg 4 orang kt kota baru tu gua pun tak tahu sampai hari ni sape rescue diorang. Duit nenek si aidi orang tua gua bayarkan rasanya, dan duit teksi rm160 pun setelah gua jadi cikgu pada tahun ’89, setelah 5 tahun insiden tersebut berlaku, gua pegi jelaskan.
Bila sekali2 gua terkenangkan cite ni, gua rasa amat bersyukur, beb, sebab Allah masih memberi peluang untuk gua betulkan kekhilafan gua. Alhamdulillah. Syukur yg tak terkata.

D moral of the story: bukan hari2 ‘cite2’ kehidupan kita berakhir dengan happy ending, beb. Oleh itu, beringatlah selalu, dan bagi mereka yg dah berkeluarga, kasihi dan sayangilah anak2, didiklah anak2 mengikut acuan yg diredhai Allah, latihlah anak2 dengan kebiasaan beragama, janganlah jemu mengingatkan anak2 tentang kebesaran Allah, pantaulah anak2 agar mereka tidak terjebak dalam gejala yang bakal merosakkan masa depan mereka.

life is what you make out of it, so make the best out of it! : )

No comments:

 

Bali Accommodation